Commercial Break

Thursday, October 29, 2015

Selcuk

Cuaca di Pamukkale pagi itu agak panas tetapi tidaklah panas yang membahang. Ianya rasa panas yang nyaman bagi rakyat Malaysia beriklim khatulistiwa. Dan seperti bagaimana biasanya orang-orang Turki yang amat punctual selama pengalaman kami menaiki bas mereka, bas ke Selcuk bertolak tepat pada pukul 9.30 pagi tanpa seminit pun bertangguh. Ringkasnya, jangan amalkan janji melayu jika mahu rasa bahagia di Turki!

Perjalanan dari Pamukkale ke Selcuk mengambil masa selama 3 jam. Perjalanan yang di rasakan singkat kerana sebelum ini pernah berasa berjam-jam berada di dalam bas di Turki, dalam tidur mahupun jaga.


Pada lebih kurang pukul 12.40 tengahari kami tiba di Selcuk Otogar. Sejurus tiba kami segera berjalan kaki ke hotel.

Hotel kami terletak di strategik area yang tidak jauh dari Otogar, malah kedudukannya di tengah-tengah pekan Selcuk.




Urkmez Hotel. Luar bangunan nampak macam kecil. Bila dah masuk ke dalam, design di dalam hotel sangat moden dan up-to-date serta mesra pengguna termasuk di dalam bilik. Keseluruhan susun atur, design dan kebersihan memang baik. Keluasan bilik adalah sederhana. Bilik kami juga ada balkoni.





Inilah juga satu-satunya hotel yang ada kettle dan menyediakan tea/nescafe percuma sepanjang kami di Turki, luar dari kebiasaan hotel-hotel di Turki.

Saya rasa ownernya selalu mengembara ke luar negara (dilihat dari caranya setelah beberapa kali bertemu dengannya). Sepanjang yang kami kenali, kebanyakan orang-orang Turki tidak pernah keluar dari negara mereka.


Barangkali mahu keluar dari daerah yang mereka diami pun agak sukar.

Selain owner, pekerja-pekerja hotel ini juga peramah dan helpful.

Namun yang paling memikat hati ialah buffet breakfast yang di sediakan. Sangat lazat, unik dan pelbagai. Masakan Turki yang tidak pernah di rasa. Antara semua hotel di Turki yang pernah kami diami, breakfast di sini adalah No 1.





Sayangnya, kami hanya di sini sekejap cuma. Sejajar dengan review-review positif yang kami baca di Agoda dan Tripadvisor, memang pengalaman di sini amat mengkagumkan. Turkish hospitality at its best.

We really wish we could spend more time here.


2 comments:

  1. Salam Ija

    Saya nak tanya... kalau dari pamukkale kita amik day tour dan malam naik bas terus ke bursa atau istanbul posibble tak? atau rushing sangat?

    kita boleh amik bas direct dr pamukkale atau kena pergi denizle dulu?

    dan toiletnya ada tempat untuk mandi tak if tak stay overnight?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @dhiya zafira,

      Ya, possible. Ambil day tour and malam naik bas ke bursa or istanbul, provided bas malam tersebut ke bursa / istanbul masih available lagi. Saya rasa tak rushing sebab kami petang tu masih sempat berjalan-jalan di Denizle dan pekan Pamukkale selepas day tour.

      Kedua-duanya boleh, samada bas direct dari pamukkale or dari denizle. Rasanya dari Denizle lagi banyak choices.

      Toilet depends, ikut nasib, ada yang ada tempat mandi and ada yang tidak.

      Delete