Pamukkale merupakan daerah yang terpanas di Turki. Oleh kerana sepanjang tour Pamukkale akan melibatkan tempat-tempat yang open air tanpa bumbung, maka wajib pakai losyen pelindung matahari (Sun block) atau pun pakai topi atau anything yang boleh cover kulit. Selain itu, untuk kesihatan mata (dan juga nampak lebih bergaya!) boleh juga mengenakan kaca mata hitam. Ini tips penting di Pamukkale bagi mereka yang ‘alergik’ matahari. Kami berada di Turki semasa Spring dan cuaca tetap agak panas di Pamukkale, jadi berkemungkinan keadaan panas akan menjadi tersangat panas semasa Summer atau tidak terlalu panas semasa winter di Pamukkale. Saya cadangkan anda kaji setiap cuaca di daerah-daerah berlainan di Turki secara berasingan sebelum menjejakkan kaki di daerah-daerah tersebut.
Ini van tour yang kami naiki |
Mula-mula sekali kami dibawa ke Karahayit lokasi terletaknya Red Hot Springs & Glazier.
Karahayit ini adalah daerah yang seringkali di landa gempa bumi di sebabkan oleh Volcanic Activity yang aktif. Menurut tour guide kami, baru 3 minggu lepas Karahayit di landa gempa bumi berukuran 4.7 degree.
Panas air yang pelbagai suhu di Hot Springs bukan sebarangan. Airnya bewarna merah, kaya dengan mineral yang menyihatkan. Uniknya, penduduk di sekitar menggunakan air Hot Springs di dalam heating system mereka mereka bukannya gas atau elektrik. Inilah kelebihan kurniaan tuhan secara semulajadi.
Sebenarnya bukan hanya satu malah ada beberapa lagi Hot Springs di tempat-tempat lain yang berhampiran. Ianya ada yang berwarna biru dan hijau. Katanya Hot Spring di belakang gunung, airnya lebih panas daripada ini.
Mereka percaya bahawa air ini dapat membantu merawat pelbagai masalah kesihatan dan sangat menghargai hasil bumi ini.
Mereka juga sangat bangga dan sering mewarwarkan bahawa Nicholas Cage pernah membuat penggambaraan filem Ghost Ride di sini!
No comments:
Post a Comment