Pemandangan dan udara musim bunga (spring) di Istanbul amat menyegarkan. Kami berdua berjalan perlahan di sekitar kawasan Sultanahmet, menikmati apa yang terbentang di mata, merasai dan menghirup sepuasnya udara spring. Udara di Istanbul nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk yang mencengkam.
Sehinggalah di satu point kelihatan dari jauh Masjid yang sangat besar, tersergam cantik dan unik. Tidak pastikah apakah itu Masjid Biru/Blue Mosque yang dicari-cari, kami hanya melangkah mengikut laluan yang dirasakan benar sehingga masjid indah betul-betul berada di hadapan mata.
Dari luar, signboard besar tertulis Sultanahmet Camii. Masuk dalam baru tahu itulah Blue Mosque. Binaannya memang amat unik.
Blue Mosque yang di bina pada tahun 1609 ini di gelar Masjid Biru kerana terdapat lebih 20,000 jubin biru Iznik di gunakan dalam pembinaannya.
Masjid ini menjadi tumpuan pelawat berbilang bangsa dan agama sehinggakan mereka sanggup mematuhi peraturan menutup aurat untuk masuk ke sini.
Pelawat di benarkan masuk ke Blue Mosque mengikut peraturan pakaian yang sesuai pada waktu-waktu yang dibenarkan dan TIDAK pada waktu solat. Hanya mereka yang bersolat sahaja di benarkan masuk pada waktu itu.
Selain daripada berpakaian sopan, pelawat wajib memakai stokin di dalam masjid.
Masuk adalah PERCUMA.
Sekitar perkarangan Blue Mosque pun cukup besar untuk bersantai-santai.
Selepas Blue Mosque, kami sempat menghabiskan masa explore sekitar Sultanahmet yang terkenal dengan banyak lokasi bersejarah tumpuan jutaan pelancong. Cuba untuk mengenalpasti kawasan-kawasan yang akan di lawati di Istanbul dalam beberapa hari lagi selepas tamat trip ke lain-lain daerah di Turki.
Kemudiannya kami berjalan kaki mengikut sepanjang laluan Metro sehinggalah akhirnya tiba di kawasan Universiti Istanbul.
Menjelang senja, kami menaiki Metro semula ke Otogar dari untuk menaiki bas long distance ke Cappadocia.
No comments:
Post a Comment