Commercial Break

Tuesday, October 20, 2015

Kedai Souvenir PALING MURAH di Cappadocia


Mata pakcik Turki si owner kedai, tiba-tiba membulat merah menyala dan mukanya yang sejak tadi serius serta merta bertukar menjadi bengis seiring dengan pertanyaan kami yang cuba untuk menawar harga yang lebih murah.

Badannya yang besar kelihatan seperti membesar dua kali ganda bersama bebelannya yang seakan tidak berhenti untuk seketika. Kami berdua tersengih macam kerang busuk. Sudah terang lagi bersuluh papan tanda sebesar alam yang menyatakan “Price is fixed, No Discount”.

Marah pakcik Turki berasas kerana harga barang-barang yang di jual di kedai itu memang sudah cukup murah, jauh lebih murah daripada harga souvenirs yang di jual di sekitar Goreme, Uchisar dan juga Istanbul selama yang kami sempat lawati. Itulah kedai Sulian Gift Shop.

Hari sebelumnya kami memang sudah pernah singgah di kedai ini, dan pernah juga meminta diskaun kepada pekerja wanita yang tersenyum lemah lembut menolak permintaan kami. Semasa itu tiada pakcik Turki garang si owner kedai. Hari ini kami kononnya mencuba nasib lagi.

Namun jangan takut untuk singgah di kedai souvenir yang PALING MURAH di Cappadocia ini kerana marah pakcik Turki hanyalah seperti marah kepada anak-anak kecil. Kalau tak mahu kena marah jangan minta diskaun. Shopping, pilih barang dan bayar. Tetapi, sebab kami membeli dengan kuantiti yang agak banyak, pakcik Turki ini tetap memberikan sedikit potongan harga (dalam 2 atau 3 Lira) mungkin kerana menghargai kesabaran kami menahan bebelannya tadi.

Tips: Lokasi kedai Sulian Gift Shop ini terletak sebaris dengan Nazar Borek.

2 comments:

  1. adoi...rindu cappadocia..baru pegi bln 7 ari tu..btw suka baca blog akak..terjumpa masa seach pasal mesir..

    ReplyDelete
  2. Haah betul...rasa macam nak pegi lagi...tapi banyak lagi negara tak pegi lagi kot hehehe.
    Ohh bulan 7 rasanya macam summer kan masa tu?

    Hee...awak nak pegi Mesir pulak ye? Kalau sukakan sejarah, pasti akan jatuh chenta dengan Mesir.

    All the best for your next journey :-)

    ReplyDelete