Commercial Break

Friday, March 6, 2020

Itinerari dan bajet lengkap percutian di Croatia




Post ini adalah sambungan entri mengenai trip di Bosnia Herzegovina.

Kami tiba di Zagreb pada pukul 2.30 petang.

Setibanya di stesen bas, kami segera membeli tiket bas ke Graz dahulu. Alhamdulillah masih sempat grab tiket murah. Perlu diingatkan tiket bas mereka ini ada macam-macam harga mengikut syarikat bas dan juga waktu berlepas. Mesti survey and bajet dulu and jangan bertangguh jika ada tiket murah.


Selepas itu kami tukar duit lebihan Euro kepada Kuna dan keluarkan Kuna daripada International ATM Machine yang terdapat di dalam stesen.

Kami check in dahulu sebelum menjelajah Zagreb. Saya sangat tertarik dengan rekaan rumah yang kami sewa melalui airbnb. Serius selesa, besar dan cantik serta moden rekaannya. Booking untuk dua orang dengan harga yang berpatutan tapi besar bukan main. Rasa rugi pula tak berlama-lamaan di Croatia.

Bagusnya rumah yang kami book ini berhampiran sahaja dengan perhentian bas utama dan trams. Ada dua trams yang terletak berdekatan. Memang strategik! Walaupun strategik, namun ia tetap sunyi, selesa dan privacy.




 

Selepas mandi dan solat kami terus ke Zagreb Old Town dengan menaiki train. Perut sudah lapar, menjerit minta di isi. Untungla train dekat je dengan rumah. 




Croatia ialah satu lagi destinasi di Balkans yang melangkaui jangkaan saya. Tidak sangka bahawa bumi ini juga memberikan pengalaman manis buat kami.


Reka bentuk Bandar Zagreb ini unik sangat. Ala-ala mengintai bumi Eropah. Cantik!



Kami melalui lorong yang happening sebelum tiba ke destinasi makanan halal pertama, iaitu Brew House. Brew House ini merupakan restoran middle-east yang menyediakan makanan dari Lebanon.

Brew House ini terletak lebih kurang 10 minit daripada Ban Jelacic, mercu tanda Zagreb.







Kami order Biryani Lamb dan Escalope Chicken. Mula-mula food ni sampai, ingatkan tak habis sebab portionnya sangat besar, sekali tu licin pinggan sambal menjilat jari. Lapar sangat..haha.

Selepas itu kami berjalan-jalan menikmati suasana malam di Old Town Zagreb sebelum balik tidur..

Hari kedua kami teruskan dengan menjelajah Old Town Zagreb serta seluruh isinya dengan hanya menggunakan trams dan berjalan kaki sahaja.





Di antara tempat yang menarik yang lainnya yang kami habiskan masa selama dua hari di Zagreb ialah Jelacica, Zagreb Cathederal, St. Mark Church, Furnicular to Upper Town, Lotrscak Tower, City Museum, Tkalciceva Street dan seluruh Old Town Zagreb.


























Selain itu kami ke pasar Dolca, Zagreb. Kami tertarik dengan pelbagai buahan segar yang murah berbanding mahal jika di jual di negara kita seperti Strawberi, Blueberry, Cherry dan sebagainya. Dahlah murah, sedap dan manis pulak tu! 






Yang menariknya, walaupun majority penduduk Zagreb ialah beragama Katolik, ada sebuah masjid besar berdiri teguh untuk umat Islam di Bandar Zagreb. Banyak makanan halal di jual di dalam masjid ini. Kami lunch dan solat di sini.

Namun harus di ingatkan, Masjid Besar ini agak jauh dari Old Town Zagreb dan attractions yang lain. Boleh naik tram tetapi perjalanannya agak panjang sedikit. Caranya ialah dengan menaiki tram no 6,7,14 atau 8 dan stop di Folnegovicevo Naselje Station seterusnya jalan kaki dalam 15 - 20 mins melalui residential flats.

Setelah menghabiskan masa selama dua hari di Zagreb, kami meneruskan perjalanan ke benua Eropah di mulai dengan Graz, Austria.

Berikut ialah Jumlah Kos sepanjang perjalanan di Zagreb, Croatia:


Item (Harga dalam Kuna)

Tram dalam Zagreb                          20 (Per person)
Bus from Zagreb to Graz                  129 (Per person)
Accommodation (Booking via Airbnb) 127 (two person, 1 night)
F&B, Souvenir                                  50 (Per Person)

GRAND TOTAL (PER PERSON): MYR 165 


Stay tune untuk cerita tentang Austria.