Commercial Break

Showing posts with label Alexandria. Show all posts
Showing posts with label Alexandria. Show all posts

Tuesday, August 4, 2015

Bibliotheca Alexandrina


Bibliotheca Alexandrina merupakan maktabah atau perpustakaan yang pertama dibangunkan di dunia, didirikan pada abad ke 4sm. Perpustakaan ini berfungsi sehingga abad pertengahan sebelum di jilat api dalam satu peperangan dan kemudiannya di buka semula. Nyatalah ia mempunyai sejarah yang amat panjang.

Ianya merupakan satu-satunya perpustakaan yang bukan sahaja di kunjungi oleh pelajar, orang awam malah pernah juga di lawati oleh berjuta-juta pelancong. Ianya sangat istimewa,dan pernah mendapat pembiayaan dari UNESCO pada tahun 1990.

Perpustakaan ini banyak menyimpan jutaan artifak lama. Di dalamnya terdapat berjuta-juta manuskrip Mesir kuno Papyrus, Venekia, Kitab Taurat malah ada juga Hindu dan juga Budha! Ada 4 muzium- Antiquities, Manuscripts, Sadat da ‘History of Science’. Ada juga internet free (perlu daftar laptop).

Banyak lagi keistimewaan Bibliotheca Alexandrina yang bayaran masuknya hanya 2 EP seorang dan di buka pada setiap hari dari pukul 9 pagi – 4 petang, kecuali hari Jumaat dan Ahad.


Kaunter tiket 

Pemeriksaan dilakukan sebelum di benarkan masuk ke perpustakaan.





Monday, August 3, 2015

Montazah Palace / Istana Raja Farouq


Pagi-pagi lagi kami sudah terpacak di hadapan Istana Raja Farouq atau kini lebih dikenali sebagai Montazah Palace yang terletak di dataran tinggi menghadap lautan Medditeranean yang indah.

Istana ini kini di gunakan untuk para tetamu Presiden Mesir yang membuat lawatan ke Iskandariah dan di samping itu ia di buka sebagai tarikan para pelancong. Malah telah di bina sebuah hotel di dalam kawasan yang maha luas ini.

Hotel di kawasan Montazah
Pelbagai aktivti boleh di lakukan di dalam Montazah, antaranya ialah memancing di laut Medditeranean

Bayaran masuk ialah 8 EP dan harus bersedia dengan stamina yang kuat untuk berada di sini. Jika tak larat berjalan boleh cuba naik basikal dengan bayaran tambahan (saya tidak ingat caj tambahan sewa basikal di sini).

Sesungguhnya, kawasan istana yamg indah ini amat luas, sehingga kami yang dah cukup makan dengan makanan sarapan pagi memarak selera iaitu Pizza dan Fathirah Coklate yang enak ini pun mengambil keputusan untuk pulang menaiki teksi ke luar dari Montazah untuk ke jalan besar setelah satu pagi letih menghabiskan masa di dalam kawasan Montazah!


Oh ya, untuk ke sini, pagi tadi kami hanya berjalan kaki dari Mandarah kerana jaraknya yang amat dekat dari tempat tinggal homestay yang kami diami.

Friday, July 31, 2015

Sistem Pengangkutan Awam di Iskandariah

Kami menaiki bas dengan bayaran 2.25 EP seorang daripada Alexandria National Musium ke Stesen Keretapi Alexandria. Pertama kali menaiki bas di Egypt. Egypt mempunyai pengangkutan yang effisien yang terhenti pada zaman 70-an. Maksud saya, sekiranya mereka bertambah maju dengan graf yang menaik daripada tahun 70-an sehingga sekarang, pastinya mereka sangat hebat dari segi pengangkutan, bisa menyamai Jepun barangkali.

Stesen Keretapi Alex besarnya boleh tahan.



Tips penting apabla berada di bangunan-bangunan kerajaan di Mesir- Sesiapa pun tidak di benarkan mengambil gambar di dalam sebarang bangunan-bangunan kerajaan seperti balai polis atau sebagainya termasuklah stesen keretapi. Jika dilihat oleh pegawai yang menjaga, maka gambar akan di suruh delete. Entah bagaimana saya terselamat ambil gambar dan masa tu saya tak tahu pun stesen keretapi ialah kawasan larangan bergambar. 

Kami bercadang untuk membeli tiket untuk ke Cairo semula pada keesokkan harinya, tapi barangkali tiada rezeki merasa pengalaman naik keretapi di Mesir, tiket semua sudah habis dijual.

Terpaksa kami naik Tremco besok, sepertimana perjalanan dari Cairo-Alexandria yang lalu.

Namun, dapat juga kami merasai menaiki Keretapi Jarak Dekat atau pun lebih di kenali sebagai Train Ayam di Alexandria untuk ke Mandarah.

Ianya di panggil Train Ayam kerana dalam Train yang sangat sempoi dan bergerak terhenjut-henjut seperti berada di atas kereta lembu lagaknya, apa-apa sahaja boleh di bawa termasuk ayam hidup! Peniaga-peniaga jalanan juga bebas berleluasa menjual barangan di dalam keretapi. Cool sangat, hahaha.
Tambahan pula dengan hanya bayaran 1 EP seorang, pengalaman merasai seperti kehidupan rakyat marhein Mesir sangat berbaloi.

Setibanya di Mandarah lebih kurang 40 minit kemudian, perjalanan kami tidak terhenti setakat itu sahaja.

Kami menaiki Tut Tut daripada Mandarah untuk ke Universiti Al Azhar di Alexandria. Tut Tut ialah sejenis kenderaan seperti beca tetapi mempunyai kelajuan seperti motor yang di pandu oleh jejaka-jejaka Alex yang kelajuannya akan membuatkan penumpang-penumpang berasa seperti mahu terbang. Maksima penumpang Tuttut boleh muat 3 orang dan tambangnya hanyalah 1 EP seorang. (Anda perlu membayar 3 EP untuk menaiki satu TutTut.)
Akhirnya setelah selesai perjalanan pertama kali di dalam Tut Tut yang penuh debaran, kami berjaya tiba di Unversiti Al Azhar Cawangan Alexandria.


Tak boleh masuk pun kerana hari itu ialah hari cuti, tetapi dapat jugalah kami mengintai-ngintai dari luar, menatap untuk pertama kalinya.
Dan akhir sekali, kami menaiki Tut Tut semula untuk ke apartment Nazihah di AsSofiroh. Membuang lemak mendaki tangga ke tingkat tujuh di mana rumahnya terletak (tiada lif), sebelum di jamu dan membina lemak semula dengan mee bandung hasil air tangan ikhlas kawan serumahnya yang manis.

Sesungguhnya hari ini rekod yang di pegang oleh saya telah di pecahkan dengan pengalaman menaiki 6 jenis kenderaan dalam masa hanya satu hari.


Nota: Untuk yang berminat merasai pengalaman menaiki keretapi Cairo-Alex, (atau vice versa) dinasihatkan dapatkan tiket sebelum hari perjalanan untuk mengelakkan kehabisan tiket.

Tuesday, July 28, 2015

Alexandria National Museum

Aroma seram memenuhi setiap ruang. Patung Anubis yang berkepala anjing gurun menyambut di pintu masuk, memandang garang seakan mahu menerkam dan meratah. Menurut kepercayaan Mesir Kuno, Anubis adalah dewa kematian, yang kononnya berhubungan dengan mummies (mumia) sebagai simbol wujudnya kehidupan selepas menjadi mumia.

Suhu di rasakan amat dingin, sememangnya kerana bilik itu lebih beku berbanding bilik-bilik sebelum ini. Paling berbeza, ianya terletak di bawah tanah, dan hanya di terangi dengan lampu oren yang agak malap sinarnya. Bauan aneh kuat menusuk hidung, agak menyesakkan dada di ruangan yang sempit itu. Suasana sunyi sepi, lantas menyedarkan bahawa hanya kami bertiga makhluk bernama manusia yang berada di dalam bilik tertutup itu. Hati semakin rasa tidak enak.

Kami berjalan menghampiri hujung bilik sambil melihat artifak yang di pamerkan di kiri dan kanan. Tiba-tiba terlihat sekujur tubuh kaku yang di balut kemas di dalam bekas kaca sebesar manusia. Mulanya antara percaya atau tidak, patungkah atau ianya benar-benar mumia di hadapan mata. Allah, itulah nama yang pertama menjengah di hati sebaik sahaja tahu akan kebenaran. Bulu roma tegak berdiri. Minda bermain dengan perasaan.  Masih jelas di ingatan akan balutan yang terkopek sedikit dan ternampak isi di dalam.

Alexandria National Museum ini terletak di Tariq Al-Horreya Street (dahulunya ialah Rue Fouad) dan mendapat rating yang tinggi oleh TripAdvisor.

Ianya mempamerkan lebih daripada 1,800 artifak yang memaparkan sejarah Alexandria khususnya dan Egyptnya umumnya. Kesan-kesan dari zaman sebelum Firaun (Greco Roman), sehinggalah ke zaman keagungan Islam dan seterusnya zaman moden Iskandariah jelas di rasai di sini.Ini termasuklah koleksi-koleksi daripada zaman Ancient Egyptian, Coptic dan Islam dan juga objek-objek daripada zaman Hellenestic dan juga abad ke 20.
Ianya juga mempunyai penerangan yang lengkap di dalam Bahasa Arab dan Inggeris di setiap artifaknya, tidak seperti di kebanyakan tempat bersejarah dan pelancongan di Egypt.

Bayaran masuk sebanyak 30 EP adalah berbaloi terutamanya bagi penggemar sejarah dan peminat koleksi lama. Muzium ini di buka daripada pukul 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Pelawat tidak di benarkan mengambil gambar di dalam bangunan muzium.

Tips untuk ke sini, beritahu pemandu teksi yang anda mahu ke “Met-haf al-iskandariya al-qawmiyya”. Tiada pemandu teksi yang tahu jika anda menyebut “Alexandria Natioanal Museum”.

Tadinya, kami hampir berperang dengan pemandu teksi yang mengatakan tahu dimana lokasi muzium tetapi hampir setengah jam berpusing-pusing di jalan yang sama namun tidak juga berjumpa dengan Muzium yang di cari. Kami akhirnya turun dan bertanyakan orang akan jalan kearah Muzium dan akhirnya berjaya sampai ke tempat ini dengan berjalan kaki.

Sesungguhnya perjalanan sukar ke muzium ini amat berbaloi dan ia merupakan lokasi yang wajib di kunjungi sekiranya sudah berada di Alexandria.


Alexandria National Museum dan papan tandanya yang hampir jatuh. Namun jangan risau, bangunannya masih cantik dan terjaga rapi.

Friday, July 10, 2015

El Mursi Abul-Abbas Mosque dan Roman Amphitheater


Ianya sudah masuk waktu solat Jumaat ketika kami tiba di El Mursi Abul-Abbas Mosque ataupun lebih dikenali sebagai Masjid Al-Abbas. Beliau merupakan ulama besar Mesir pada kurun ke 13 dan beliau turut di maqamkan di dalam masjid ini. Ianya sangat dekat dengan Citadel of Caitbay iatu hanya dengan beberapa minit berjalan kaki. Berdekatan dengan masjid ini juga terdapat maqam Imam Busyari yang terkenal kerana telah menamakan Buldah yang sering di baca oleh orang ramai ketika menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w.

Masjid ini di bina pada tahun 1307 dan kini merupakan salah satu masjid yang terpenting yang terpenting di Alexandria.

Selesai solat di masjid kami menaiki Trem Byran dari depan Masjid ini untuk ke Mahattah Raml. Sangatlah slow trem ini sehinggakan orang jalan kaki pun lebih laju daripada trem ini, tapi sebab nakkan pengalaman, redah ajela..lagipun harganya sangat murah iaitu cuma 0.50 EP seorang. 
Memang berbaloi bagi yang nak rasakan pengalaman naik trem zaman 70-an? di sebabkan keadaan di dalam trem rasa-rasanya seperti tiada pembaharuan sejak zaman itu.


Dari Mahattah Raml kami menaiki teksi untuk ke Roman Amphitheater dalam 10 EP seorang. Untuk masuk ke Roman Amphitheter ini, banyaran seorang 20 EP di kenakan, jadi kami decide tak masuk dan hanya mengintai-ngintai dari celah pagar sahaja, sebab tempat ini bukan berada di kawasan tertutup, ianya boleh nampak dari luar pagar, dan kawasannya tidaklah besar sangat. (Sebenarnya, memang nasib baik tak masuk kerana jika di bandingkan dengan Hierapolis dan Ephesus di Turki. Binaan di sana lebih mengkagumkan) Namun, jika tidak ke Turki, haruslah masuk kerana di sini terdapatnya kesan tamadun Rom ribuan tahun dahulu. Ianya pernah tertimbus dan tidak mendapat perhatian kerajaan Mesir sehinggalah pada tahun 2006 hasil inisiatif Universiti Warsaw, Poland sekumpulan ahli arkeologi telah memulakan proses baikpulih Roman Amphitheather ini dengan kerjasama kerajaan Mesir.

 Berdekatan dengan Roman Amphitheater ini juga terletaknya Masjid Nabi Danial, Maqam Nabi Danial dan Maqam Luqman AL Hakim.

Selepasnya, kami meneruskan perjalanan ke Muzium Alexandria.

Friday, July 3, 2015

CITADEL OF CAITBAY, ALEXANDRIA


Citadel of Caitbay atau Fort of Qaitbay adalah kubu yang telah dibina pada abad ke 15 dan terletak betul-betul di pinggir laut Mediterranean di hujung kota Alexandria. Ianya telah dibina pada 1477 AD (882 AH) oleh Sultan Al-Ashraf Sayf al-Din Qa’it Bay pada zaman pemerintahan kerajaan Mamluki.

Angin pagi laut Medditeranean yang sepoi-sepoi menyambut kedatangan kami  dengan airkrim Gelato Homemade seorang satu di tangan. Ada beberapa kedai yang menjual aiskrim Gelato Homemade di sekitar kubu ini dan ianya merupakan antara makanan yang anda harus rasa apabila menjejakkan kaki di Mesir. Rasanya sangat asli dan segar.




Cara untuk ke Citadel ini dari Mandarah:
1)Tremco dari Mandarah ke Manshiah : 2 EP
2)Tremco dari Manshiah ke Akhir Laut: 0.50 EP

Memang sangat murah naik tremco di Mesir.

Citadel in di bina di atas  tapak runtuhan rumah api yang dipanggil Pharos of Alexandria (Lighthouse of Alexandria), yang dahulunya adalah merupakan salah satu seven wonders of ancient world yang telah musnah akibat gempa bumi besar yang melanda Mesir ketika itu. Kubu ini dibina dengan menggunakan batu-bata yang kebanyakannya berasal daripada lighthouse tersebut. Adalah dipercayai bahawa Pharos of Alexandria merupakan rumah api yang tertua di dunia.


Bayaran masuk ialah 30 EP.

Di dalam kubu tiga tingkat ini ini penuh dengan bilik-bilik yang pastinya di gunakan untuk menghendap musuh dan melaksanakan strategi perang. 


Lubang untuk mencurahkan minyak panas sekiranya musuh masuk ke dalam kubu.
Pemandangan seluruh lautan dan bandar berhampiran pantai dapat dilihat dengan jelas dari tingkat atas kubu ini.



Selain daripada melawat di dalam kubu ni, ada juga aktivti-aktiviti lain yang boleh di lakukan di sekitar Citadel ini seperti melawat aquarium laut, naik sampan atau bot, beli souvenir, melawat masjid Al-Abbas,melawat makam para ulama dan juga lepak-lepak makan aiskrim sambil menikmati keindahan panorama sekitar malah anda boleh memancing jika mahu!


Jika sudah sampai Iskandariah, Citadel of Caitbay sememangnya merupakan salah satu tempat menarik yang wajib di kunjungi.



Tuesday, June 30, 2015

Buah-buahan Sungai Nil




























Kami tiba di Mandarah, berdekatan dengan pinggir laut Medditeranean di Alexandria. Kami akan berada selama tiga hari dan dua malam di Alexandria.





Di sini kami telah menyewa Homestay yang di sewakan oleh pelajar Al Azhar Mesir. Ianya terletak di celah-celah rumah penduduk Mesir, lokasi yang sesuai sekiranya anda mahu berasa dekat dengan kehidupan di Alexandria. Harganya ialah 180 EP sehari. Ia juga berdekatan dengan kedai-kedai dan mudah untuk ke jalan besar bersebelahan pantai.

Untuk penyewa yang ramai, harga ini sesungguhnya amat berbaloi-baloi kerana 180 EP ialah harga bagi sebuah rumah yang mempunyai 3 buah bilik yang mampu memuatkan dua oang sebilik, ruang tamu yang juga boleh memuatkan ramai lagi sekiranya di betangkan tilam dan juga dapur yang lengkap dengan kemudahan.

Akan tetapi saya tidak galakkan anda menyewa tempat ni sekiranya anda tidak tahan mandi air sejuk (heaternya tidak berfungsi). Pagi dan malam di Alexandria amat sejuk walau pun pada masa kedatangan kami ialah penghujung musim sejuk dan hampir datangnya musim panas. Namun saya tidak pasti akan keadaan masuknya musim panas.

Dan yang lagi tak best, kadang-kadang ada hari-hari tertentu tiada air di kawasan ini.

Juga mesin basuhnya tak berapa nak berfungsi bagi yang bercadang mahu basuh baju di sini.




Makan tengahari kami yang pertama di Alexandria ialah di restoran yang berdekatan dengan homestay tempat kami tinggal iaitu Hadramawt. Maka dengan sesungguhnya bahawa makanan di restoran ini adalah Super Sedap. Kami telah order Nasi Kabsah, Nasi Maghdud dan Nasi Turki. Portionnya sangat besar, bersamaan dengan saiz perut orang Arab.

Restoran Hadramawt


Saya paling suka Nasi Kabsah

Jika tidak habis, boleh bungkus bawa balik. Ataupun sepatutnya order dua jenis nasi untuk tiga orang sudah memadai. Begitulah telahan kami pada mulanya setelah nasi di hidangkan. Namun tanpa di sangka-sangka kami telah habiskan nasi-nasi tersebut dengan jayanya. 

Sebelum ke restoran ini kami awal-awal lagi telah membeli air jus yang juga super sedap ini, yang di jual di salah sebuah kedai di belakang homestay. Subhanallah, sangat sedap.



Siapa yang pernah merasai jus buah-buahan di Mekah dan Madinah, pasti akan terkenang-kenang. Enak.

Mungkin agak keterlaluan, tetapi jus buah di sini adalah 5 kali ganda super sedap. Manis, lemak, pekat dan terangkat. 

Ia hasil daripada buah-buahan segar yang tumbuh subur di delta Sungai Nil, sungai yang di sebut di dalam Al Quran.

Sesungguhnya, kekuasaan Allah dapat itu juga dapat di rasai dari makanan dan minuman.


Petang dan malamnya kami berdua menghabiskan masa santai dengan berjalan-jalan di sekitar Mandarah. Banyak yang kami dapat lihat. Tentang kehidupan di Mesir.

Kami juga telah ke Fatahullah, yang terletak kira-kira 20-30 minit berjalan kaki dari homestay. Fatahullah ialah pasaraya sederhana besar di Mandarah, terdapat juga kedai-kedai kecil di dalam kompleks ini.

Banyak barang-barang runcit dan makanan yang di jual di Fatahullah.







Selepas itu, sempat juga kami mengintai-ngintai dari celah-celah pagar Montaza. Kami bercadang akan ke Montaza pada hari lusa.




Dan seterusnya, kami berjalan di pinggir laut menikati cahaya petang dan terbenamnya matahari Iskandariah.




Wednesday, June 24, 2015

Jejak pertama di Alexandria (Iskandariah)

Teksi yang di naiki daripada Rumah Perlis ke Stesen Keretapi Cairo adalah kepunyaan lelaki arab Mesir yang baik dan alim kelihatannya. Dalam perjalanan tidak putus-putus dia berbual dengan Nazihah sementara kami berdua terdiam dan meneka-neka kerana tidak paham butir bicara Bahasa Arab di antara mereka. Setakat Ana, MaIsmuka, KaifaHaluka dan perkataan-perkataan yang seangkatan dengannya tu bolehla faham…

Dia malah memasang ayat-ayat bacaan Al Quran, ada antaranya ialah rekod bacaan oleh suaranya sendiri. Merdu suaranya, barangkali laku sekiranya menjadi imam jemputan sembahyang terawikh di Malaysia.

Pemandu teksi yang berjambang. Muda lagi daam 26 tahun umurnya. Masih bujang.


Pukul 9.30 pagi kami tiba di stesen keretapi yg kelihatannya sibuk. Mulanya kami merancang untuk menaiki keretapi ke Alexandria daripada Cairo. Harga tambang tiket keretapi daripada Cairo-Alexandria ialah di antara 25 EP – 35 EP. Namun rezeki tidak memihak, tiket telah habis di jual kesemuanya. Yang  ada hanya tiket sebelah petang, dan kami tidak mampu untuk menunggu selama itu.



Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menaiki Tremco atau Arabi Terbang yang berharga 35 EP seorang. Tremco ialah sejenis kenderaan awam yang popular di Mesir, iaitu sejenis van yang mampu memuatkan berbelas-belas orang dalam satu masa. Seatnya kecil sahaja, ruangnya kecil sahaja tapi menakjubkan ianya mampu memuatkan hatta Arab bersaiz besar sekalipun. Segalanya tidak mustahil di bumi Mesir.



Pemandangan di dalam perjalanan lebih kurang 3 jam daripada Cairo ke Alexandria menarik untuk di tatapi walau di dalam Tremco yang ruangannya sempit. Namun, saiz tidak melambangkan keselesaan kerana saya nyenyak tidur berbantalkan lengan suami hampir sepanjang perjalanan! Rasanya, Tremco yang laju memecut dan terbuai-buai membuatkan saya tidak mampu menolak ajakan mata.


First glimpse of Alexandria


Akhirnya kami tiba berdekatan stesen keretapi Alexandria. Kami harus menaiki teksi daripada tempat ini untuk ke homestay di Mandarah. Nasib agak kurang memihak, entah mengapa agak sukar untuk kami mendapatkan teksi yang agak besar yang mampu memuatkan beg-beg kerana hampir semua teksi mereka comel-comel belaka. Ada juga teksi yang di ingini, tetapi penuh dengan penumpang. Akhirnya Nazihah berjalan ke hadapan jalan besar sedikit daripada tempat kami menunggu.  Cuba untuk menahan teksi di situ.
Teksi di Alexandria. 

Saya perasan ada seorang “Ammu” asyik memandang kearah kami dan beg-beg kami. “Ammu” yang bermaksud “pakcik” ialah panggilan popular oleh pelajar-pelajar Al Azhar kepada lelaki Mesir tidak kira lelaki itu tua/muda, hensem/tidak, kaya/miskin walaupun sebenarnya Ammu ialah panggilan untuk lelaki Mesir yang jauh lebih tua dari si pemanggil. Oleh kerana terbiasa mendengar Nazihah yang muda remaja menggelar Ammu hatta kepada lelaki hensem muda belia Mesir sekalipun, maka kami yang remaja purba ini pun terikut-ikut menggelar mereka sedemikian.

Ammu tersebut berkata sesuatu kepada saya tetapi saya hanya tersengih mengangguk-angguk malas untuk melayan, yang sebenarnya saya tidak faham sepatah pun perkataan yang keluar dari mulutnya. Saya pura-pura memandang kearah lain, dan pura-pura sibuk membelek kasut yang agak berdebu walau baru hari kedua berada di bumi Mesir.

Akhirnya Nazihah berjaya menahan sebuah teksi yang agak besar. Tapi agak hampa kerana harga yang pemandu tersebut caj kepada kami terlalu mahal. Jadi kami terpaksa melepaskan teksi tersebut pergi dan berura-ura mahu menahan teksi lain pula. Belum sempat teksi mahal tersebut pergi,  Ammu yang tadi sibuk-sibuk memandang kami pergi kearah teksi tersebut dan berkata sesuatu kepada Nazihah. Mendengar caj yang mahal itu, dia beralih pula kearah pemandu teksi dan berkata sesuatu kepada pemandu tersebut. Nampaknya dia cuba bersungguh-sungguh  mempertahankan harga yang murah untuk kami. Kami pula besungguh-sungguh mengatakan tidak mengapa, bahawa kami akan cuba mendapatkan teksi lain. Namun Ammu tersebut lansung tidak mempedulikan kami, malah sungguh-sungguh dia berdebat dan mempertahankan harga yang sepatutnya, walaupun kami ketika itu kami juga sedang bersungguh-sungguh cuba untuk menahan teksi yang lain pula. Jika di lihat sepintas lalu, mereka seakan bergaduh pula. Namun demikian, entah apa yang di perkatakannya kepada pemandu teksi tersebut, akhirnya ketekadan dan semangat si Ammu mempertahankan harga untuk kami, membuatkan si pemandu teksi mengalah, dan akhirnya kami di benarkan menaiki teksi tersebut dengan caj yang berpatutan.

Peristiwa ini benar-benar membuatkan saya lebih memahami sikap Arab Mesir. Sikap mereka amat berani dan berterus terang serta tidak takut-takut untuk mempertahankan hak mereka dan kebenaran atau apa yang di rasakannya benar, tetapi kadang kala ianya terlalu berani sehingga mungkin boleh mampu membawa kepada perbalahan.

Dan sesungguhnya, hari kedua di Mesir dan jejak pertama di Alexandria telah menemukan saya dengan 3 orang Mesir yang baik-baik. Angka yang boleh tahan untuk syak wasangka tebal berasas.