Commercial Break

Monday, October 26, 2015

Cotton Castle




Pamuk = Cotton, Kale = Castle

Daerah paling panas tetapi ada salji? 

Macam mustahilkan..



Sebenarnya ini bukan salji, tetapi kawasan berbukit yang bewarna putih seperti kapas.

Kawasan ini pada asalnya merupakan lautan. Sehinggalah beribu tahun dahulu, lautan ini surut dan mineral-mineral yang amat banyak di dalam laut membentuk daratan yang bercampur dengan kesan-kesan dari volcano, sehingga hasilnya air yang keluar di puncak ini mengandungi kadar kalsium dan sodium bikarbonat yang sangat tinggi dan menghasilkan warna putih seperti salji.






Sejak tahun 1988 lagi, Cotton Castle merupakan salah satu kawasan dibawah UNESCO Heritage Site.

Turun ke bawah di hujung Cotton Castle ini terdapat sebuah tasik yang agak besar. Pemandangan yang indah, serta boleh naik sampan di sini. 

Ia merupakan salah satu kawasan penduduk tempatan berehat-rehat dan bersantai.


Sesungguhnya. Cotton Castle sangat-sangat mengkagumkan,ianya tiada di bahagian dunia yang lain.

No comments:

Post a Comment