Kami tiba semula di pekan Goreme menjelang tengahari setelah satu pagi menghabiskan masa di Goreme Open Air Museum dan mengambil keputusan untuk terus makan tengahari sebelum check-in di hotel yang terletak di Uchisar.
Nazar Borek.
Ini nama restoran yang kami cuba untuk lunch yang pertama di Cappadocia dan tidak menduga hari-hari seterusnya kami pasti akan masuk dan makan di restoran ini sekurang-kurangnya sekali.
Ini nama restoran yang kami cuba untuk lunch yang pertama di Cappadocia dan tidak menduga hari-hari seterusnya kami pasti akan masuk dan makan di restoran ini sekurang-kurangnya sekali.
Hari pertama kami makan Bucuk and Peyner (Spicy Sausage & Cheese) yang berharga TR 8 dan aiskrim yang memang win berharga TR5 (share 2 orang kerana portionnya amat besar). Allah. Memang nikmat dan amat lazat sekali aiskrim di sini terutamanya perasa Pistachio. (kita boleh request satu perasa sahaja atau campur-campur semua perasa).
If dah jejakkan kaki di Turki sememangnya wajib cuba aiskrim homemade Turki terutamanya perasa Pistachio dan wajib cuba aiskrim di restoran ini sebab ini adalah aiskrim TERSEDAP yang saya pernah nikmati di seluruh Turki .(Saya tahu, sebab saya akan makan aiskrim di setiap tempat yang dikunjungi di Turki selagi mampu makan ).

Restoran ini juga mendapat rating yang amat baik di Tripadvisor kerana bukan hanya aiskrim, malah makanan-makanannya pun semua enak-enak belaka. Setiap hari kami akan makan di sini at least sekali semasa di Cappadocia dan tak pernah rasa nak complain masakan di sini.
Antara food yang pernah kami rasa di sini ialah;
Kofte - 17 TR
Semua makanan ini kami berkongsi dua orang.
Seronoknya di restoran ini, kita boleh makan di luar hadapan restoran, sambil menikmati pemandangan di sekitar pekan Goreme.
Ada juga WIFI PERCUMA.
Seronoknya di restoran ini, kita boleh makan di luar hadapan restoran, sambil menikmati pemandangan di sekitar pekan Goreme.
Ada juga WIFI PERCUMA.
Tips beli aiskrim di Turki: Jangan terkejut if nak beli aiskrim di Turki, memang kena bertabah sebab trademark penjual aiskrim di sini, masa diorang nak serve aiskrim tu kepada kita, diorang akan acah-acah macam bagi or tak nak bagi. Sometimes terasa seolah-olah di buli oleh penjual aiskrim yang nakal.
Di Nazar Borek ini, walaupun seluruh pekerja restoran tu dah cam muka kami, setiap hari kami pasti di acah oleh mamat Turki penjaga aiskrim yang muka sweet-sweet ni.
Layankan aje keunikan mereka ini.
ala nyesal xcuba aiskrim tu..padahal mmg dh lalu pn..
ReplyDeleteTu la...sye yang dah cuba pun terkenang-kenang..hehe next time if ada rezeki ke Turki lagi @zulkifli mat isa
ReplyDeleteok..jom repeat cappadocia..ahahaha.
ReplyDeleteHahaha..may be after a few years. Hopefully the aiskrim masih ada lagi di situ
Delete