Commercial Break

Monday, June 8, 2015

Pengalaman melancong ke Turki dan Mesir


Entri ini bersambung daripada entri TRAVELOG EGYPT DAN TURKIYE.

Kami mengambil keputusan untuk menggabungkan pelancongan Mesir dan Turki, kerana kedua-duanya hanya memakan masa selama 2 jam penerbangan (direct flight) di antara satu sama lain. 

Mengikut perancangan, kami akan ke Mesir dahulu untuk ke beberapa tempat bersejarah yang menarik di beberapa daerah di Mesir. Selepas beberapa hari di Mesir, kami akan ke Istanbul melalui Cairo. Dan seterusnya, setelah beberapa hari di Turki, kami akan ke Cairo semula, dan dari Cairo kami akan pulang ke Malaysia.

Untuk tujuan ini, ada dua syarikat penerbangan yang di pilih:

1) Saudi Arabian Airlines – KUL–CAI–KUL ( Return Ticket) = RM 1,710 per pax
    a) KUL-CAI ( transit di Jeddah selama 3 jam) 
    b) CAI-KUL (transit di Riyadh selama 1 jam)

2) Turkish Airlines – CAI–IST-CAI (Return Ticket, Direct Flight) = RM 1,137 per pax.

Kami memilih Saudi Arabian Airlines kerana ia adalah syarikat penerbangan yang menawarkan harga yang PALING MURAH ke Cairo semasa kami booking tiket ini 5 bulan sebelum tarikh penerbangan. Tambahan pula, transit di Jeddah (KUL-CAI) adalah yang paling singkat berbanding syarikat penerbangan lain. Begitu juga dengan perbangan pulang ke Malaysia, transit di Riyadh hanya memakan masa selama satu jam sahaja.

Untuk penerbangan Cairo-Istanbul-Cairo pula, ada juga beberapa syarikat penerbangan lain yang menawarkan harga yang sedikit murah tetapi kami memilih Turkish Airlines kerana ia adalah penerbangan tanpa henti selama dua jam. Hanya ada dua sahaja direct flights bagi penerbangan di antara Cairo dan Istanbul iaitu Egypt Air dan Turkish Airlines. Banyak lagi penerbangan di antara Cairo-Istanbul, seperti Aegean Arlines dan Royal Jordanian Airlines, tetapi kesemuanya transit yang mengambil masa yang agak lama iaitu di antara 4- 10 jam. Mungkin juga memakan masa lebih daripada itu.

Tempahan tiket Saudi Arabian Airlines adalah melalui website Saudi Airlines sendiri. Maklumat penerbangan Saudi Airlines ini tidak muncul di website seperti Sky Scanner, Expedia dan sebagainya walaupun ia yang menawarkan harga yang termurah ke Cairo semasa itu. Jadi, kalau ingin cuba perkhidmatan Saudi Airlines, memang harus melalui website Saudi Airlines. Pembayaran juga tidak boleh di lakukan secara online melalui proses biasa kad kredit Malaysia. Untuk pembayaran tiket dan seterusnya pengesahan tempahan, ianya perlu di lakukan di pejabat Saudi Arabian Airlines Malaysia – Kuala Lumpur di Megan Phileo Avenue, Jalan Yap Kwan Seng. 

Ini adalah pengalaman pertama kali kami menaiki Saudi Arabian Airlines dan Turkish Airlines.

Pesawat Saudi Arabian Airlines yang kami naiki iaitu Boeing 777 dengan tempat duduk 3-4-3 satu barisan, ianya cukup luas dan selesa:


CHECK-IN
Urusan check-in sangat berjalan lancar. Oleh kerana penerbangan ke Cairo kali ini adalah transit di Jeddah, maka hampir keseluruhan penumpang ialah rakyat Saudi, dan lebih kurang 30% ialah rakyat Malaysia yang mahu ke Mekah untuk menunaikan umrah. Jumlah beg yang dibenarkan untuk check-in ialah 2 bagi seorang, dengan maksima berat 23 kg per beg (total 46 kg per pax). Manakala hand-carry yang dibenarkan ialah 7 kg seorang. Saya rasa ianya sangat-sangat banyak dan amat memuaskan hati bagi yang sangat memerlukan.

BOARDING
Lebih kurang sama sahaja seperti flight lain-lain. Walaupun senyuman tidak semanis seyuman krew Malaysia Airlines, tapi mereka tetap tersenyum. Oh ya cuma bagi pesawat ini, surat khabar di agih-agihkan oleh kabin krew sejurus semua penumpang duduk di tempat masing-masing, berbeza dengan Malaysia Airlines yang menempatkan suratkhabar di penti masuk kapal terbang. Hampir semua suratkhabar yang di tawarkan ialah di dalam Bahasa Arab. 

KABIN
Cantik. Canggih. Seat baru, luas dan selesa. Nyenyak tidur. Di sebabkan kapal terbang tidak penuh semasa penerbangan KUL-Jeddah dan Riyadh-KUL, maka ramai sungguh yang tidur berbaring di tutupi selimut di atas seat . Business Class pun tak rasa macam ni.

MEAL ON BOARD
Memang layak di puji. Ada pelbagai variasi di dalam satu hidangan. Jika yang suka makanan Arab terutamanya nasi Arab, memang sangat-sangat berbaloi. Percayalah, sampai tak larat nak makan. Untuk perjalanan dari KUL-CAI dan juga CAI-KUL, ada tiga kali waktu makan yang heavy. Sehinggakan kami hanya minta satu sahaja set meal untuk di kongsi berdua semasa flight Jeddah-Cai sebab dah kenyang sangat. Manakala sewaktu flight Riyadh-KUL pula, kami minta pramugari tidak kejutkan dari tidur untuk makan malam, (bukanlah malam pun, rasanya lebih kurang pukul 1 pagi) dan hanya minta hidangan sarapan sahaja pada keesokannya.

Untuk yang dahaga, nak request air, jus or teh anytime pun mereka tak keberatan hidangkannya untuk penumpang. Memang puas hati.







IFE ( IN-FLIGHT ENTERTAINMENT)
Monitor terpasang di belakang tempat duduk dengan dengan pelbagai hiburan filem dan cerita bersiri yang terdiri dari pelbagai genre. Banyak pilihan.Paling istimewa, ada alunan AlQuran oleh imam-imam Masjidil Haram.
Selain dari itu, ada juga di sediakan maklumat penerbangan yang up-to-date. 

SERVIS
Best! Ada selimut dan bantal. Ada juga comfort kit yang sangat lengkap seperti berus gigi, ubat gigi, stoking, penutup mata dan lain-lain.

PRAMUGARI / PRAMUGARA
Pramugarinya bukan rakyat Arab Saudi, tetapi daripada pelbagai negara. Tidak pastilah samada kerana kami bernasib baik, layanan yang diberikan sangat baik walaupun sebelum ini kami dengar pramugara dan pramugari Saudi Arabian Airlines agak kasar. Tetapi untuk penerbangan kali ini, memang tidak begitu. Mereka sangat professional dan mesra.

LANDING
Seperti biasa, entah mengapa inilah saat-saat yang amat mendebarkan bagi saya walau apa jua jenis penerbangan yang saya naiki. Dan saya bersyukur kali ini, hentakannya tidak kuat. Memang tabik spring kepada pilot Saudi Arabian Airlines yang bertugas ketika itu.
Pemandangan Jeddah pada waktu malam.


OVERALL
Saya sangat berpuas hati. Kalau ada tambang murah ke destinasi pilihan, saya tidak akan teragak-agak untuk memilih Saudi Airlines sekali lagi.



Transit di Jeddah, pemeriksaannya agak ketat. Untuk wanita, harus masuk ke sebuah bilik kecil dan di situ penumpang akan di periksa ketat oleh pegawai wanita yang berwajah garang. Kalau yang pakai boot, memang wajib buka. Apa yang ada di dalam stoking pun di periksa sekali.
Lelaki juga di periksa, tetapi hanya di sini.

Satu perkara yang saya amat suka, walaupun airport Jeddah agak kecil dan penuh, tetapi sesungguhnya suasana di sini amat menggamit memori tahun 2011. 

Nota: Untuk pengalaman bersama Turkish Airlines, saya akan catitkan semasa travelog Turki.


12 comments:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. seronoknya tengok layanan dalam flight antarabangsa ni. jauh beza dengan dalam malaysia.. hehee trip percuma ke Bangkok.

    ReplyDelete
  2. Betul ke harga tiket tu hanya 1k lebih? Return?

    ReplyDelete
  3. Good write-up. I definitely love this site. Continue the good work!


    Also visit my homepage pt freeport indonesia

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, Cik.
    Saya Nak Tanya berkenaan visa transit jika naik Airlines Saudi?
    Perlu X waktu check in Hari tu? Dan dia tengok X visa masuk Mesir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Semasa saya pergi tidak perlu.

      Delete
  5. Assalamualaikum.

    Masa saudari pergi ke Mesir tu bulan berapa??

    ReplyDelete
  6. Salam.. Saya tgh aim tiket kul-ist.. harga yg ok adalah dr saudi airlines, pegi balik ada trnsit di jeddah.. both flight ada transit dalam 4 - 6 jam. asalnya saya rasa berkeyakinan nak book.. tp bila baca pasal visa transit rasa ragu2 pula.. mmg harga saudi airlines ni yg paling affordable di skyscanner skrg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf...boleh kongsi tak mcm mana?

      Nak ke Mesir x perlu Visa kan?
      Mendarat kat Jeddah pun x perlu kan? Sbb ada Visa transit...

      Maaf kalau ini soalan bodoh dari saya

      Delete