Commercial Break

Sunday, October 25, 2015

Hierapolis, The Ancient City




Hierapolis merupakan bandar Roman dan Byzantine yang di tinggalkan kerana gempa besar. Namun ia tetap kelihatan utuh sebahagiannya seakan tidak pernah ada bencana yang memusnahkan. Masih jelas kelihatan kesan-kesan tamadun dan gaya hidup mereka melalui corak-corak yang jelas terukir di dinding dan tembok. Inilah hasil kerja-kerja galian artifak dan binaan semula runtuhan kota purba yang dipercayai dibina pada tahun 1000 sebelum masihi ini. Binaan semula telah bermula sejak 150 tahun dahulu ketika kota purba ini di temui pertama kali dan berterusan sehingga kini.


Walaupun demikian, masih ada juga kesan gempa pada sebahagian bangunan yang senget dan pecah-pecah.

Tinggalan Roman ini merangkumi banyak binaan termasuklah grand theater, hammam (kawasan mandi awam), collaseum dan binaan-binaan yang lain. 




Bagi seseorang yang sering menonton filem Roman, pasti rasa bahagia menyusuri tempat ini sambil membayangkan suasana di kelilingi oleh orang-orang Roman dengan pakaian ‘Roman’ yang diperbuat daripada kult binatang ‘pure’ {if you know what I mean). Mereka berjalan di lorong-lorong, bekerja, berhibur dan menjalani hidup di tempat ini. Dengan bangunan yang masih tersergam dan ada yang sudah rebah, suasana yang terbayang di ruangan minda terasa amat benar. 




Yang menariknya, Hierapolis juga terkenal kerana sebagai lokasi untuk perkhidmatan spa air panas sejak abad ke 2 BC sehingga ia ‘hilang’ di landa gempa. Seluruh dunia akan datang melawat kota ini terutamanya mereka yang menghadapi masalah kesihatan kerana mereka percaya air panas di sini ada kuasa ajaib untuk menghilangkan pelbagai jenis penyakit. Sebab inilah Necropolis mempunyai pelbagai bentuk kubur menggambarkan budaya seluruh dunia.



Di penghujung Hierapolis terdapat sebuah Muzium yang mempamerkan sedikit barangan yang di jumpai di Hirapolis dan Necropolis sebelum ini. Setelah menghabiskan masa lebih kurang setengah jam di muzium, kami ke Cotton Castle pula.




Nota: Hierapolis merupakan salah satu UNESCO World Heritage Site di Turki.





2 comments:

  1. Salam pn..blog yg amat membantu terutama kpd sy yg br merancang utk ke mesir n turki thn dpn. hopefuly pn dapat update blog ini dgn itinerary and budget yg lengkap sepenjang berada di sana.. tq in advance.

    ReplyDelete