Commercial Break

Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Sunday, July 13, 2014

Pengalaman berjalan di 798 Art Zone, Beijing

Untuk yang bakal ke Beijing dan salah satu tempat yang akan di lawati ialah 798 Art Zone, mungkin boleh tengok video ini untuk membayangkan sedikit suasana yang bakal di lalui nanti.

Klik link di bawah ya

http://youtu.be/ZOH55MF3ZtA

Friday, January 18, 2013

Sheikh Sudais at Masjid Wilayah Malaysia

Video ni sudah agak lama. Just nak share, suasana ini ialah ketika Imam       Masjidil Haram, iaitu Sheiks Sudais berada di Malaysia dan mendapat sambutan hangat. Ini adalah saat-saat ketika beliau di serbu ramai. Beliau adalah antara Imam yang bacaannya sangat memukau dan menusuk jutaan jiwa.




sumber: Youtube


Monday, January 7, 2013

Melontar Jamrah

Melontar jamrah adalah wajib haji. Video memberikan gambaran tepat akan suasana melontar semasa musim haji.
 
Sumber: itnnews youtube

Monday, February 13, 2012

Day 17 (9 November 2011) Part 1 -Hari terakhir di Mina

Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik; oleh itu jika kamu (wahai kaum musyrik) bertaubat (dari kufur) maka yang demikian adalah baik bagi kamu; dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari (azab seksa) Allah. Dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) dengan azab yang tidak terperi sakitnya.

Surah At Taubah Ayat 3



Hari terakhir melontar... 

Sekali lagi, kami keluar untuk tujuan melontar pada waktu dhuha, sama seperti hari-hari yang lepas. Kali ini laluan ke Jamrah tidak terlalu sesak kerana ramai jemaah-jemaah haji negara lain lain telah menyelesaikan lontaran di Jamrah melalui Nafar Awal, semalam. Sesiapa yang melakukan Nafar Awal tidak perlu lagi melakukan lontaran di hari yang terakhir ini.

Pada hari ini rata-rata laluan ke Jamrah di lalui oleh Jemaah Haji Malaysia dan sebilangan kecil jemaah haji negara-negara Asia Tenggara. Senario ini sangat jarang di lihat kerana selalunya Tabung Haji tidak menggalakkan jemaah haji Malaysia melontar pada waktu ini. Mereka yang pergi pada waktu ini biasanya mereka yang tidak bergerak ikut kumpulan yang di aturkan oleh pihak Tabung Haji.
Sangat berbeza dengan hari-hari sebelumnya, pergerakan ke Jamrah sangat tenang, tertib dan tiada tolak menolak seperti semalam dan sebelumnya. Sangat sopan santun. Mebuatkan saya rasa sangat bangga menjadi rakyat Malaysia!! Patutla Pak Arab selalu cakap "Malaysia bagusss!!" Sangat berbeza rupa-rupanya karakter orang Melayu ni yer..

Hari ini dapatlah saya berzikir dengan tenang sambil menuju ke Jamrah, tidak seperti semalam dan kelmarin saya asyik kerap menegur tak kira Arab ke, Turkey ke, dan lain-lain ke...menyuruh mereka sabar dan jangan sibuk tolak menolak. Setelah 18 hari di sini, saya tidak gerun dengan badan besar mereka lagi. Mereka juga hamba Allah yang wajib di tegur sekiranya mereka menyakiti makhluk lain. Mereka bukannya makhluk yang harus di takuti. Mungkin badan mereka besar, tetapi mereka tetap orang Islam.

Askar yang menjaga Jamrah pun muka penuh riang dan tak stress. Siap senyum-senyum dan melambai-lambai kami lagi, berbeza dengan hari-hari sebelumnya, muka begitu garang! Tak boleh salahkan mereka. Mereka kena menunjukkan sifat tegas dengan mereka-mereka yang berdegil demi keselamatan dan keselesaan semua. Beberapa hari di sini saya sangat faham akan tugas mereka. Hari ini mereka siap bersantai sambil berborak-borak sesama mereka. Ada jemaah yang memohon untuk mengambil gambar bersama mereka dan mereka dengan begitu sporting menggayakan pelbagai aksi. Saya ajak suami tapi dia tak mahu. "Tertukar niat pulak nanti", katanya. Kunun.

Di dalam terowong, ramai jemaah haji Malaysia turut keluar melontar sama !!

Video dibawah menunjukkan perjalanan kami di dalam terowong Muaissem. Ramai jemaah haji Malaysia, dan kalau nak tahu, suasana melontar yang ini adalah di consider sebagai tidak padat!!   






Seperti semalam, sebelum masuk ke Jamrah, saya mandi di tandas Jamrah. Hari ni lagi best, takde orang!

Dan akhirnya hari ni saya dan suami berjaya melontar di Tingkat Satu Jamrah. Perasaannya? Best sangat.

Di Mina kami berdua makan aiskrim sekali lagi. Kali ini perasa lain pulak. Kami akan pulang ke Haram malam ini. Agak sayang mahu tinggalkan bumi Mina, tetapi perasaan rindukan Masjidil Haram sudah membuak-buak.