Commercial Break

Monday, October 12, 2015

Panorama Goreme, Selime Cathederal, Ihlara Valley & Derinkiyu Underground City

Hari ini kami join Green Tour ke lokasi-lokasi lain di Cappadocia yang agak jauh daripada pekan Goreme. Dengan harga 100 TR seorang, tour ini akan cover Panorama Goreme, Selime Cathederal, Ihlara Valley dan Derinkiyu Underground City. Kos 100 TR ialah termasuk tour guide, transportation, makan tengahari dan entrance fees ke tempat-tempat tersebut. 

Tour bermula pada pukul 10 pagi dan tamat pada pukul 6 petang dan kami telah di jemput di hotel untuk menyertai tour tersebut. Setakat yang kami survey di sekitar pekan Goreme, 100 TR adalah harga yang paling murah untuk Green Tour. Green Tour ini telah di booking siap-siap semasa hari pertama tiba di Goreme lagi melalui Hiro Tour.



Kecuali Panorama Goreme yang jaraknya dekat sahaja, tempat-tempat lain jaraknya jauh dan sepanjang perjalanan sememangnya terbentang pemandangan yang indah dan menarik.




1)Panorama Goreme


Antara pitstop terkenal untuk yang join tour dimana peserta-peserta tour akan dibawa ke kawasan tebing tinggi antara pekan Goreme dan Uchisar untuk menikmati panorama pemandangan Pigeon Valley. Bagi kami, view ni biasa-biasa je sebab dah biasa tengok view yang lebih cantik di Uchisar. But, untuk yang tinggal di tempat rendah seperti Goreme Valley, view seperti ini sememangnya magnificent.


2)Selime Cathederal 


Masih rasa kagum bagaimana orang dulu-dulu boleh menebuk batu dan boleh dirikan satu penempatan yang besar seperti ini. Selime Cathedaral adalah satu contoh penempatan di dalam gua seawal abad ke 8 yang lengkap dengan segalanya seperti tempat tidur, monastery, gereja, dapur dan pelbagai lagi. 



Lukisan di bumbung gereja

Daripada maklumat yang di berikan, pernah lebih 3,000 orang menginap di sini pada satu-satu masa. George Lucas tertarik dengan keunikan tempat ini dan mahu memfilemkan adegan Star Trek di sini, tetapi tidak mendapat kebenaran kerajaan Turki. Sekali lihat, panorama di sini seperti tempat tinggal di dalam kartun Flinstones.


3)Ihlara Valle


Dianggap sebagai salah satu Canyon yang mengkagumkan di dunia, Ihlara Valley yang panjangnya sejauh 14 km ini terhasil kerana letusan gunung berapi daripada Mount Erciyes berabad dahulu. 

Kami dibawa berjalan hanya sejauh 3.5 km kerana kekangan masa. Di sepanjang lembah Ihlara Valley ini terdapat sungai yang udaranya segar dan nyaman serta di kelilingi oleh gunung-ganang indah serta penempatan gua-gua lama yang telah ditinggalkan. 



Penempatan gua-gua lama yang telah di tinggalkan

Boleh singgah makan roti dan minum teh di tepi sungai, tempat kami berehat-rehat sebentar.


Pemandangan di sekitar sememangnya mempesonakan. Kami di beritahu bahawa pernah ada 8,000 orang menginap di sini pada satu-satu masa.



4)Derinkiyu Underground City 


Merupakan penempatan bawah tanah yang mempunyai kedalaman yang paling tinggi di Turki (ya, Turki bukan sahaja mempunyai satu, malah ada beberapa lagi penempatan bawah tanah!) Ianya setinggi 8 tingkat dan berkedalaman 60 meter, serta mampu memuatkan sehingga 20,000 orang dalam satu-satu masa. Lengkap dengan dewan mesyuarat, gereja, bilik-bilik tidur, tempat menyimpan stok makanan, dapur, kandang ternakan serta pelbagai lagi. 





Ianya telah wujud seawal abad ke 8 B.C sehinggalah ianya telah di perbesarkan dan di gunakan semasa zaman Byzantine (abad ke 5 – 10 A.D) untuk menjadi tempat tinggal dan perlindungan daripada musuh. Kawasan ini kemudiannnya ditinggalkan begitu sahaja sehinggalah di jumpai semula pada tahun 1969, dan pelawat hanya boleh melawat sebahagiannya sahaja. 



Oleh kerana lorong untuk memasuki underground city ini teramat sempit, maka sebelum masuk ke sini larangan sudah diberi kepada orang yang sakit jantung, asthma dan klaustrofobia.

Kenapa?
Mungkin ada yang bertanya dan rasa hairan, kenapa banyak gereja yang kami lawati di Capadocia? Kenapa Turki yang pernah terkenal dengan tamadun Islam tiada masjid? Jawapannya, tempat-tempat yang kami lawati di Cappadocia hari itu, sejarahnya wujud sejak sebelum zaman Nabi Muhammad s.a.w di utuskan menjadi rasul lagi. Keadaan politik pada masa itu menyebabkan orang-orang Nasrani dan Kristian tidak bebas dalam mengamalkan agama mereka, jadi kebanyakan mereka telah lari demi menyembuyikan diri, maka wujudlah penempatan-penempatan yang di tebuk menjadi gua.
Kesemua tempat-tempat yang unik ini wujud kerana kebijaksanaan survival skills mereka.

TIPS – pakai kasut yang sesuai dan kena ada stamina dan tenaga sebab green tour ini banyak aktiviti hiking dan panjat tempat tinggi.

No comments:

Post a Comment