Bagi mengelak jangkitan virus Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV), pada tahun ini Lembaga Tabung Haji (TH) tidak mengadakan lawatan ke ladang-ladang unta untuk para jemaah.
Untuk mengelak jangkitan virus ini, TH juga meminta para jemaah haji supaya sentiasa memakai topeng mulut dan hidung (mask). TH akan membekalkan penutup mulut dan hidung di stesen-stesen berlepas nanti.
Selain itu, jemaah haji juga dinasihatkan agar mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan.
Jemaah juga disarankan agar membawa sejadah sendiri ke masjid untuk menjamin kesihatan masing-masing.
Para jemaah perlu sentiasa peka dengan gejala-gejala penyakit itu seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas.
Namun begitu, jangan terlalu bimbang dengan virus MERS-CoV ini, sentiasalah mematuhi arahan TH demi keselamatan dan kesihatan masing-masing.
Ramai diantara kita yang mengerjakan umrah bersama isteri dan anak-anak kecil. Berikut adalah beberapa contoh keperluan persiapan yang diperlukan bagi mereka yang akan membawa anak-anak kecil bersama :-
1. Pakaian siang, malam dan sweater. Juga socks dan tudung.
2. Ubat-ubatan seperti PCM, ubat batuk, selsema – Lebih kurang seminggu sebelum pergi, sebaiknya bawa anak-anak jumpa doktor dan dapatkan nasihat doktor untuk ubatan dan panduan menghadapi anak tidak sihat. InsyaAllah, doktor kan berpengalaman.
3. Buku-buku dan alat tulis. Ini penting untuk buatkan mereka leka ketika kita sedang menguruskan urusan kita di dalam hotel terutamanya.
4. Biskut, coklat, air kotak, gula-gula. Biskut itu penting nak makan sambil-sambil isi masa lapang semasa di airport, dalam bas, di masjid.
5. Topi untuk pakai semasa keluar (Jika perlu)
6. Bawa selipar/ sandal yang flat, senang nak pakai dan cabut.
7. Carrier untuk anak kecil dan juga backcarry.
8. Tisu basah. Ini penting juga. Selain itu, tisu biasa juga. Banyak kejadian memerlukan tisu basah dan kering ini terutamanya berada dalam bas untuk perjalanan jauh seperti dari Mekah ke Madinah yang mengambil masa yang agak lama.
9. Termometer. Mungkin juga coolfever.
Sebaiknya sebelum pergi umrah, mulalah bercerita dengan anak-anak pasal nak pergi umrah. Selalulah bercerita dengan anak-anak pasal nak pergi umrah ni, nak naik aeroplane, nak pergi Mekah, nak tengok Kaabah, nak pergi solat kat masjidilharam dan lain-lain. Berilah mereka pendedahan awal dan clue awal mana kita nak pergi dan apa tujuan kita ke sana. Boleh juga tunjukkan kat anak-anak keadaan tempat yang akan mereka pergi nanti seperti cerita-cerita travelog umrah di TV alHijrah dan juga ketika azan berkumandang yang menyiarkan live Kaabah.
Adakah wajib seorang perempuan menunaikan Fardhu Haji bersendirian?
Jawapan:
Tidak wajib, ia di syaratkan pergi bersama-sama suami atau mahramnya atau perempuan yang 'thiqat' iaitu yang di percayai, sekurang-kurangnya dua orang tetapi harus baginya pergi dengan seorang perempuan thiqah atau seorang diri sekiranya ia yakin terjamin keselamatan dirinya.
Dalam perjalanan haji, saya menemui ramai jemaah Haji Indonesia yang rata-rata menunaikan Fardhu Haji dengan duit pinjaman daripada Bank. Sejak itu persoalan tentang hal ini sering berlegar-legar di fikiran.
Adakah harus seseorang itu menunaikan haji melalui pembiayaan atau pinjaman institusi kewangan?
Akhirnya dari sumber Tabung Haji, saya berjaya mendapatkan jawapan:
Harus bagi orang yang berhutang melalui skim pinjaman wang daripada institusi kewangan untuk menunaikan fardhu Haji atau Umrah sekiranya di yakini mampu membayar balik hutang tersebut dan tidak menjejaskan kehidupan normal seseorang. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada syarat-syarat beikut:
a) Tidak ada unsur riba
b)Mempunyai pendapatan yang melebihi sara diri serta orang yang di dalam tanggungan untuk melunaskan hutang dan perbelanjaaan mengerjakan Haji.
c)Kemudahan yang diambil di atas dasar menyegerakan perintah Allah s.w.t
Harap jawapan ini dapat di jadikan petunjuk bagi mereka di luar sana yang berkira-kira mahu melakukan pinjaman untuk mengerjakan Haji. Namun begitu, menyimpan sedikit perbelanjaan setiap bulan dengan niat mengerjakan Haji satu hari nanti pasti hasilnya sangat manis :-). Selamat Berjaya! Nota: Jika sudi mari baca tips tentang menyimpan wang untuk haji ini http://www.ijaie.blogspot.com/2012/02/day-23-15-november-2011-part-2-tips.html
Mungkin ada yang dah tahu, tetapi hakikatnya masih ramai yang di luar sana belum tahu maklumat penting ini.
Selain daripada ke kaunter yang terdapat di cawangan Tabung Haji sendiri, para pendeposit Tabung Haji juga boleh mengunjungi kaunter Bank Islam atau Bank Rakyat untuk melakukan urusan berkaitan Tabung Haji. Tabung Haji telah lama mengadakan usahasama dengan kedua-dua bank ini untuk menambahkan perkhidmatan dan memudahkan pengguna.
Antara perkhidmatan yang di tawarkan di kedua-dua bank ini termasuklah:
1)Pembukaan akaun Tabung Haji
2)Simpanan Tunai
3)Simpanan Cek (tempoh penjelasan cek yang lebih pantas)
4)Pengeluaran tunai
5)Pindahan Wang antara Akaun TH
6)Pendaftaran Haji
7)Pengaktifan Kad Bank
8)Kemaskini Buku Simpanan TH
Yang paling menarik ialah tiada sebarang caj akan di kenakan kepada pendeposit dalam segala urusan yang berkaitan di atas.
Jadi kepada pendeposit TH yang tempat tinggalnya jauh dari Tabung Haji, tetapi berdekatan dengan Bank Islam dan Bank Rakyat, urusan berkaitan Haji boleh di laksanakan di bank-bank berkenaan dan lebih memudahkan anda.
Bertahun-tahun lamanya, Ibadat Haji tetap sama cuma suasana yang berbeza. Mari kita lihat perbezaannya.
Wuquf di Arafah : Zaman dahulu orang Wuquf Di Arafah dengan mendirikan khemah sendiri di merata-merata, termasuk di celah-celah bukit.
Sekarang sudah ada khemah yang memang teratur didirikan untuk para jemaah, lengkap dengan pendingin hawa.
Melontar Jamrah dahulu...walaupun tempat melontar hanya tertumpu pada suatu lokasi sahaja, tetapi ia tidaklah berebut-rebut kerana orang tidaklah terlalu ramai seperti sekarang. Melontar pada masa itu juga tidak berkemudahan dan berbumbung seperti masa sekarang.
Besar, moden dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tandas, eskalator dan sebagainya, namun pada masa-masa tertentu ia juga di penuhi dengan jutaan manusia.
Qurban atau Qurbani (salalu mendengar orang-orang Arab menyebut perkataan ini), dahulu keadaannya begini. Mereka akan pergi mencari sendiri haiwan untuk di Qurbankan.
Masa sekarang kita hanya perlu membayar melalui wakil-wakil tertentu contohnya wakil Tabung Haji.
Bercukur pada masa dahulu keadaannya adalah di tepi-tepi jalan seperti ini. Pada masa sekarang ada kedai-kedai di sediakan di tepi pintu keluar masuk Masjidil Haram
Pada masa dahulu di tepi Kaabah, kawasan sekitarnya masih berbukit bukau, dan banyak sekali rumah-rumah dan bangunan-bangunan lain.
Sekarang ini Masjidil Haram telah di perbesarkan, dan rumah-rumah serta bangunan di sekitarnya telah menjadi nostalgia. Ia semuanya di lakukan untuk keselesaan para jemaah.
Gambar Kaabah ni mungkin kita tak pernah lihat sebelum ini. Ada setengah imejnya sangat kabur-kabur menandakan betapa lamanya gambar ini. Namun kesannya tetap sama di hati...
Video klip ini berkisar di sekitar Masjidil Haram pada tahun 2007. Masa ni hotel benar-benar berdekatan dengan Masjidi Haram. Sangat syahdu dan sayu melihat video ini.
Video ini di kongsi oleh rakan FB. Tidak tahu siapa yang empunya. Harap tuannya redhakan saya berkongsi di blog. Terima kasih.
Pada yang di luar sana yang rindukan Mekah, boleh juga rujuk entri ini.
Jika hati rindukan Mekah.......tetapi ia amat jauh untuk di gapai
Jika hati rindukan Mekah......tetapi untuk pergi lagi sekali serasa tidak mampu
Jika hati rindukan Mekah......dan terasa diri agak goyah untuk mempertahankan kemabruran haji dan mahu menyedarkan diri agar mengingati saat-saat hati tersentuh di tanah suci
Mungkin menonton link ini akan mampu mendekatkan anda padanya.
(CNN) -- He was an adventurer, a scholar, and possibly a spy -- but as
Dutchman Christiaan Snouck Hurgronje proved with his rare 1885 photographs and
sound recordings of Mecca, he was also a pioneering multimedia journalist.
Snouck's extraordinary collection of sepia-tinted images of Mecca in a bygone
age have gone on display in Dubai ahead of the annual Hajj pilgrimage that
originally drew him to the heart of Islam.
Accompanied by crackling, eerie soundscapes captured by Snouck using Thomas
Edison's newly-invented wax cylinders, the exhibition paints a very different
picture from the ornate and built-up Mecca familiar to modern visitors.
Among the newly-restored platinum prints, one image taken from a nearby
hillside shows the Kaaba, the instantly recognizable cubic building considered
by Muslims to be the holiest place on the planet.
But though the galleried compound which surrounds it is echoed by Mecca's
contemporary architecture, the sparsely-built city of Snouck's era bears only a
passing resemblance, as do the rudimentary travelers' tents on the dusty plains
outside the city.
The images are all the more astounding, says Elie Domit -- creative director
of Dubai's Empty Quarter gallery, which is hosting the exhibition -- when one
considers the lengths he went to to get them.
"People tend to forget the situation because cameras today are so versatile
and light," he told CNN. "In Snouck's day they probably weighed about 40 kilos,
and he needed to take all the chemicals for developing, which he would have done
on site."
"And he not only took photographs, but also recorded sounds. Can you just
imagine going there and going through all the hardship to record that moment in
history? It's fascinating."
Also fascinating, says Domit, is the story of Snouck himself. A pioneering
traveler, he was a rare Western presence in Mecca, but embraced the culture and
religion of his hosts with passion, converting to Islam.
He stayed for five months, documenting the run-up to Hajj, but although he
had intended to stay for the pilgrimage, he was forced to leave after unfounded
accusations of his involvement in an attempt to steal a historical artifact.
"Being one of the first Europeans, people were suspicious of his agenda,
particularly as he had gained the confidence of the Ottoman leader," added
Domit. "So when they heard the rumor he was a thief, he had to escape -- leaving his
camera equipment behind."
The equipment wasn't wasted. After Snouck's departure, Al-Sayyid Abd
al-Ghaffar, a local physician that the Dutchman had worked alongside, began
using the camera, possibly becoming Mecca's first home-grown photographer.
Al-Ghaffar continued sending his images to Snouck in The Netherlands. Many of
the photographs were originally credited solely to Snouck but they are now
jointly credited, with experts unable to tell who shot what.
The images, archived by Leiden University Library, were published four years
after Snouck's trip. Original copies of the album now sell for about $45,000,
according to the gallery.
There was, says Domit, more to Snouck than pictures and sound.
"He never said himself that he was a spy because there was no Hollywood to
pay tons of money for his inside story, but there have been many documents and
historians claiming this.
"Most likely he was working as an agent of espionage in order to furnish
information to the Dutch who had an interest in finding out about Muslim
insurgents trying to topple the colonialism of the Netherlands.
"But he was also very convinced about the state of Islam, very knowledgeable
and very dedicated. He was a kind of dichotomy: Here was a guy sent on a
mission, but after he arrived he was convinced by and converted to Islam.
"I'm sure in terms of his personality, it was quite difficult."
According to Domit, Snouck also left behind a pregnant Ethiopian wife when he
fled Mecca, but later married again while working in the what is now Indonesia.
"He married several times, I believe. Very convenient when the Dutch government
is paying your bill."
Mecca: A Dangerous Adventure -- Snouck Hurgronje's early
photographs 1885 is showing until December 6 at Dubai's Empty Quarter
Gallery.