Kali ini
saya akan berkongsi tentang perancangan yang telah di buat untuk menjayakan
percutian di Bandung serta kos-kos terlibat. Percutian ini adalah
percutian selama 5 hari.
PENGANGKUTAN / TRANSPORTATION
KUL- BDO =
RM 111 per pax (AIR ASIA)
BDO-KUL =
RM 230.59 per pax (MALINDO AIR)
JUMLAH
HARGA TIKET PENERBANGAN PERGI DAN BALIK KL-BDO-KL = RM 341.59
Perkara
pertama yang perlu ada ialah tiket penerbangan ke Bandung. Oleh kerana
keputusan untuk ke Bandung ialah di saat-saat akhir, maka tiket yang di
dapati tidaklah terlalu murah.
Saya
telah memilih Air Asia untuk ke Bandung dan Malindo Air untuk pulang dari
Bandung memandangkan itu adalah kombinasi tiket yang paling murah untuk waktu
percutian yang di mahukan pada masa ianya di tempah.
Mudah
sahaja untuk dapatkan tiket ke Bandung dengan harga yang murah, iaitu melalui
Air Asia ataupun Malindo Air.
Saya
tidak menambah check-in baggage semasa bertolak, dan hanya menggunakan
sepenuhnya 7 kg hand-carry baggage. Tidak juga menempah sebarang makanan di
dalam flight, jadi tiada tambahan caj semasa penerbangan bersama Air Asia.
Manakala
dengan Malindo Air, harga yang di bayar sudah termasuk check-in baggage 30 kg
dan makanan percuma di dalam masa penerbangan! Sangat berpuas hati dengan
Malindo!
Harus di
ingatkan Bandung adalah kota fesyen, jadi check-in baggage semasa pulang ke
tanahair adalah harus!
PENGANGKUTAN
DALAM BANDUNG
JUMLAH KOS
PENGANGKUTAN DI DALAM BANDUNG : RM 255.75 / IDR 775,000 per pax
Di
Bandung, saya menggunakan sepenuhnya khidmat supir kerana ia amatlah mudah dan
menyenangkan memandangkan jarak yang jauh untuk pergi ke wisata di Bandung.
Hanya pada hari terakhir untuk ke airport dari hotel penginapan, saya
menggunakan khidmat hotel memandangkan harganya yang lebih murah, dan juga
penerbangan adalah di awal pagi, jadi memang tidak sempat untuk ke mana-mana.
Supir telah di tempah sejak di tanahair lagi manakala perkhidmatan penghantaran hotel ke airport telah di tempah melalui email kepada pihak hotel.
Untuk perkhidmatan supir, kebiasaannya rata-rata mereka caj dalam IDR 450 ribu-650 ribu satu kereta per day.
Oleh
kerana kami hanya berdua, maka saya telah berjaya menawar sedikit harga menjadi
lebih murah.
Namun
begitu, jumlah penumpang yang paling ideal untuk satu kereta ialah 4 orang,
kerana jumlah itu boleh di kongsi bersama.
Jika lebih
ramai dengan dengan kenderaan yang lebih besar, pastilah harga lebih berlainan
daripada ini.
PENGINAPAN
/ ACCOMODATION
JUMLAH KOS
PENGINAPAN : RM 189 per pax
Di
Bandung, saya memilih untuk menginap di Oak Tree Premier Bandung.
Hotel ini adalah hotel bertaraf 3 bintang.
Harga satu bilik untuk dua orang satu malam hanyalah RM 141.50 termasuk breakfast. Ini bermaksud, harganya lebih kurang RM 70.75 seorang! Biliknya sangat bersih, moden, baru dan saiznya cukup selesa untuk dua orang.
Ia
terletak di kawasan pentadbiran military dan polisi yang sangat selamat. Sekitarnya
sunyi, jadi sangat tenang dan sesuai untuk berehat berbanding jika memilih
hotel di tengah-tengah kota. Walaupun begitu, ia tidak jauh dari tengah bandar
dan airport. Sangat strategik.
Layanan
dari staf-staf hotel amat professional, cekap dan pantas.
TIKET MASUK / ENTRANCE FEES
JUMLAH KOS
TIKET MASUK : RM 73.43 / IDR 222,500 per pax
Untuk
rujukan, saya telah masukkan harga tiket masuk di dalam penyata kos akhir
sekali di bawah.
MAKANAN
JUMLAH KOS
MAKANAN : RM 100 per pax per day.
Bajet kami untuk makan sehari ialah RM 100.
Kami
memang makanan Bandung semata-mata dan tidak lansung membawa makanan dari
Malaysia.
Kami
telah meminta supir untuk bawa kami ke tempat makan yang bersih dan enak
sahaja.
Pilihan
tempat makan sangat penting kerana sudah ramai orang Malaysia yang sakit perut
apabila ke Bandung.
KOS SHOPPING
Tidak sah ke Bandung tanpa shopping.
Sila peruntukkan lebih bajet untuk shopping lebih-lebih lagi sekiranya itu
tujuan utama anda ke Bandung. Oleh kerana ini adalah pertama kali saya di
Bandung dan memang memasang niat untuk shopping agak bersungguh, maka saya
telah bajet lebih 70% hanya untuk shopping semata-mata.
JUMLAH KESELURUHAN PER PAX
JUMLAH KOS PER
PAX ialah RM 859.29 setelah di campurkan
jumlah tiket penerbangan perbelanjaan hotel, pengangkutan dan entrance fees.
JUMLAH
KOS PER PAX ialah RM 517.70 sekiranya
tidak termasuk tiket penerbangan.
Sila tambah jumlah bajet makanan, shopping dan lain-lain dengan anggaran sendiri mengikut poin yang telah saya nyatakan di atas.
Jumlah
ini ialah untuk 5 hari di Bandung.
Jangan
lupa untuk memperuntukkan sedikit bajet untuk lain-lain perbelanjaan seperti simkad
dan insurans.
Rumusan kos
pelancongan ke Bandung di atas dapat di simpulkan seperti di dalam rajah di
bawah. (Sila klik pada gambar untuk besarkan)
Berikut ialah ringkasan itinerary
Bandung selama 5 hari:
Day 1
-Di jemput supir di airport bandung pukul 5.20 petang
-Beli simcard
-Dinner
-Paris Van Java
-Check-in hotel
Day 2
-The Lodge Maribaya
-Floating market ( And Lunch)
-Farm House
-Grafica Cikole
- Factory Outlet
-Rumah Mode
- back to hotel n rest
Day 3
-Pasar baru
- dinner
-Cihampelas walk
- pulang ke hotel n rest
Day 4
- Kawah Putih
- Glamping Lakeside
-Petik Strawberry
--kartika sari, Amanda
-Parfum Collector
- dinner
- back to hotel n rest
Day 5
- breakfast at hotel
- check out
- drop to airport
Oleh kerana ramai yang bertanya
tentang aktiviti-aktiviti di The Lodge Maribaya seperti gambar di atas, maka di
sini share sedikit tips untuk memaksimakan masa anda di The Lodge:
TIPS DI THE LODGE MARIBAYA:
1) Jarak perjalanan dari kota ke The Lodge ialah lebih kurang 1 – 1
jam setengah bergantung kepada keadaan trafik semasa.
2)Avoid weekend kerana keadaan trafik yang sesak dan que yang panjang.
3)Opening Hour adalah pukul 9 pagi walaupun dalam website di
catatkan pukul 10 pagi! Sila pastikan tiba sebaik sahaja pukul 9 pagi.
4)Susun The Lodge no 1 di itinerary Lembang pada hari yang sama
5)Jika anda ingin mencuba kedua-duanya iaitu Mountain Swing &
Zip Bike, sila ke Mountain Swing dahulu kerana que tidak ramai berbanding Zip
Bike.
6)Pilih Mountain Swing yang di bahagian bawah kerana fotonya lebih
lebar dan cantik.
7)Selepas tamat segala aktiviti yang dipilih, sila terus beratur
untuk pilih foto yang di mahukan. Harga bagi sekeping foto ialah RP 10,000.
Selepas itu barulah anda habiskan masa untuk bersiar-siar di The Lodge.
Itu serba sedikit tips di Bandung, untuk next entri saya akan
share tips yang sangat-sangat penting seperti tips shopping, makan dan sebagainya untuk percutian di Bandung. Stay tuneee for my next entryyy…
Assalam..saya nak tanya yg kawah putih tu ade kos tak untuk kereta supir parking or naik ke sana macam tangkuban perahu?.then supir ni entrance fee dia uolls bayar asing atau dh include dalam bayaran supir per day tu?.tq for your reply
ReplyDelete