Commercial Break

Wednesday, October 21, 2015

Hot Air Ballon of Cappadocia


Rezeki dapat menikmati pemandangan Hot Air Ballon lagi sekali pada petang hari di Goreme Valley sebelum menaiki bas ke Pamukkale.

Mungkin ada yang berkata,
“Tak naik Hot Air Ballon ke dah alang-alang tiba di Cappadocia? Uishh ruginya.”

Bagi saya tak rugi lansung.

Pertamanya, pemandangan dari Uchisar sudah cukup-cukup menawan dan tersangat heaven. Tanpa perlu menaiki Hot Air Ballon kami sudah dapat menikmati pemandangan yang awesome dari kawasan yang amat berdekatan dengan hotel.

Keduanya, kos untuk menaiki Hot Air Ballon tersangat mahal iaitu lebih kurang 120 USD per pax which is kami rasa tak berapa berbaloi. Anyway kalau nak cuba di alu-alukan sebab ia tetap pengalaman sekali seumur hidup. Why not kan..?

Selepas itu kami singgah makan di Nazar Borek, dan kemudiannya singgah solat di surau di Goreme Valley. Sejak di Cappadocia, sudah beberapa kali kami solat di sini. Senang je nak cari surau ini. Ianya terletak di sebelah kanan sedikit dari Goreme Otogar di sebelah belakang.



Untuk yang sering berada di Goreme tetapi hotel agak jauh, boleh sentiasa solat di sini. Sepanjang yang kami solat di sini ianya dibuka sentiasa. Pernah juga berasa berimamkan imam Turki!



Kemudiannya tepat pada waktunya, kami ke Goreme Otogar dan long distance bus bertolak ke Pamukkale tepat pada pukul 8.00 malam.






1 comment:

  1. Hai.igt lagi tak berapa lira tiket bus dari cappa ke pamukkale?

    ReplyDelete