Commercial Break

Friday, October 16, 2015

Cavusin

Cuaca di Cappadocia semasa kehadiran kami adalah tidak tentu dan berubah-ubah. Jika tadi semasa pagi cuaca amat sejuk, berangin dan perlu memakai jaket, di petang hari pula ia bertukar menjadi agak panas. Kata salah seorang penduduk Uchisar yang di temui, baru 10 hari lepas Cappadocia masih di litupi salji. 

Kami menaiki dolmus dengan harga 3 TR seorang untuk ke Cavusin yang jauhnya lebih kurang 3 km daripada Goreme Valley. Sepanjang perjalanan telah kelihatan pelbagai bentuk 'Chimney' yang tidak terdapat disekitar Uchisar atau Goreme. Kami diturunkan di sebuah simpang yang di sebelah kanannya terdapat Cavusin Church dan singgah masuk sekejap ke Cavusin Church ini dengan bayaran masuk sebanyak 8 TR seorang.

Cavusin Church


Saya rasa tidak perlu masuk ke Cavusin Church ini sebab gua-gua penempatan dan church lain lebih mengagumkan daripada Cavusin Church ini, kecuali untuk orang beragama Kristian yang akan dapat menghayati dan berdoa mengikut ajaran agama mereka. Saya lihat orang-orang Kristian yang masuk ke sini begitu bersungguh-sungguh mengamati setiap tulisan dan lukisan di dinding gua, yang pastinya mempunyai makna yang mendalam bagi penganut agama tersebut.

Cavusin Church

Yang uniknya ialah kawasan di sebelah kanan Cavusin Church ini, iaitu Pasabag Valley.


Pasabag Valley


Ya, Fairy Chimney di Pasabag Valley sememangnya kelihatan seperti muka bumi planet asing. Ianya merupakan bukit batu daripada timbunan lava gunung yang terhakis lantas menghasilkan bentuk yang unik.


Mengikut kajian geologi, fomasi Fairy Chimney ini terjadi disebabkan hakisan air hujan dan angin yang berlaku selama ribuan (jutaan?) tahun. 'Badan' Chimney ini berasal dari lava gunung berapi dan ia adalah lebih lembut daripada 'kepala' Chimney yang berasal dari batu. Kadar penghakisan badan chimney adalah lebih laju daripada kadar penghakisan kepala menyebabkan penghasilan pemandangan yang teramat unik yang dapat kita nikmati hari ini.

Apa yang penting, ianya adalah pemandangan mengagumkan yang PERCUMA!! 



Cavusin Castle


Selepas menghabiskan masa di Pasabag Valley, kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki memasuki kedalam simpang menghala ke pekan Cavusin. Di hujung jalan berjumpa dengan ramai tourist di pinggir Cavusin Castle. Cavusin Castle ini sejarahnya tidak selama cave-cave yang pernah kami jejaki sebelum ini, namun ianya masih unik dan menarik. Diceritakan bahawa church, monastery dan rumah2 cave di sini masih diguna pakai sehingga lewat tahun 1970an. Cumanya kawasan ini tidak berapa terjaga berbanding yang lain mungkin kerana ia tidak disenaraikan sebagai warisan utama Capapdocia.


Apa yang menariknya di sini ialah pemandangan dari atas castle boleh nampak keseluruhan Cavusin dan juga Uchisar.



Masuk adalah PERCUMA.

Lepak-lepak kejap kat atas tu, then selepas turun dari castle kami menghala keluar ke jalan besar semula (melalui jalan belakang yang kami nampak daripada puncak Cavusin Castle) dan berjalan kaki menyusuri Fairy Chimney yang terletak di antara Cavusin dan Urgup. Highly recommended sesiapa yang nak tengok Fairy Chimney yang banyak, di sinilah tempatnya.


CAVUSIN SERAMIK



Untuk peminat seramik atau yang mahukan seramik yang unik dan pelbagai bentuk, bolehlah singgah di sini. Harganya agak mahal, tetapi seramik yang terdapat di sini mungkin tidak mudah di jumpai di tempat-tempat lain. 

Lebuh kurang pukul 5 petang, kami kembali semula ke jalan besar di persimpangan Cavusin tadi. Kali ini untuk kembali ke Uchisar, kami tunggu dolmus di sebuah kedai runcit yang terdapat di simpang tersebut. Sekali tu tengok-tengok bas yang datang, jadi kami menaiki bas dengan harga 3 TR seorang.

No comments:

Post a Comment