Selesai
solat, kami berjalan kaki ke Selcuk Otogar semula. Perut menjerit minta di isi kerana
belum makan tengahari, jadi kami decide untuk makan di salah sebuah
restoran yang terdapat di stesen bas Selcuk ini, iaitu Yorem Restaurant.
Kami order Sulu Yemekler yang berharga 15 TR. Sulu Yemekler ini macam sate dan rasa Sulu Yemekler di restoran ini sungguh sedap.
Layanan mesra di Yorem Restaurant juga menambahkan keenakan rasa makanan yang di hidang.
Layanan mesra di Yorem Restaurant juga menambahkan keenakan rasa makanan yang di hidang.
Selesai makan kami beli siap-siap tiket long distance bus ke Bursa untuk keesokan harinya. Tiket berharga 55 TR seorang.
Then kami ambil teksi untuk ke Maryemena yang jauhnya 8 kilometer dari Selcuk Otogar. Memang tiada bas dan sebarang pengangkutan awam yang murah untuk ke Maryemena. Tambahan pula, Maryemena terletak di atas kawasan bukit yang tinggi.
Kautim punya kautim, teksi tersebut akan membawa kami ke Maryemena, Seven Sleepers (Ashabul
Kahfi) Caves & Ephesus (Top Gate) dengan harga 80 TL. Memang agak mahal, tetapi tiada pilihan yang lebih murah.
Apatah lagi, ini adalah tempat-tempat pelancongan penting yang harus di lawati oleh pelancong yang sedang menghirup udara di bumi Selcuk.
Apatah lagi, ini adalah tempat-tempat pelancongan penting yang harus di lawati oleh pelancong yang sedang menghirup udara di bumi Selcuk.
Kami akhirnya tiba di Maryemena atau Rumah Siti Maryam setelah melalui bukit yang berbelok-belok.
Siti Maryam, ibu Nabi Isa a.s yang cukup signifikan sejarahnya bukan sahaja kepada orang Islam, malah orang-orang Kristian.
Kedudukan rumah yang jauh terpencil di atas bukit Mount of Koressos berdekatan Ephesus, tidak menghalang pelancong-pelancong pelbagai kaum dan agama mengunjungi tempat ini. Ketika kami tiba pun, ada beberapa bas persiaran dan teksi serta berpuluh-puluh lagi kenderaan beratur ingin memasuki tempat ini.
Inilah rumahnya yang dipercayai rumah terakhir Siti Maryam r.a. Namun ianya bukanlah rumah kelahiran atau rumah yang di duduki semasa bersama Nabi Isa a.s.
Kedudukannya bukan sahaja terpencil, malah terletak di lerengan bukit yang agak curam.
Mengapa begitu?
Katanya, disinilah tempat terakhir beliau bersembunyi selepas melarikan diri dari tentera salib Rome angkara hukuman bunuh ke atas beliau selepas Nabi Isa a.s hilang. Itulah yang di beritahu jika datang ke tempat ini.
Ianya lebih dikenali sebagai Maryemena (Bahasa Turki)/Mother Mary House/House of Virgin Mary berbanding rumah Siti Maryam.
Aura kristian sangat kuat di tempat ini kerana seorang rahib kristian telah membeli tempat ini dan mengubahsuainya sehingga ianya seakan-akan gereja. Ramai orang-orang kristian sembahyang, bertafakur dan berdoa di tempat ini.
Assalam sis. Enjoy reading your blog. Nak minta sikit infos pls your trip ni boleh tak?? mcm mana nak contact awak?? kami nak gi tahun depan.
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Thank u, thank u.
DeleteBoleh takde masalah..bolh je nak share info.
Do contact me at ijaierania@gmail.com
Terimakasih. Sy khatam dulu blog awak lepas tu baru email.
ReplyDeleteOk...enjoy your reading!!! :-)
Delete