Commercial Break

Monday, January 19, 2015

Pengalaman melancong ke New Zealand

Alhamdulillah, setelah lama berangan-angan, akhirnya saya berjaya merealisasikan impian bercuti ke New Zealand baru-baru ini.

New Zealand adalah salah satu negara yang sangat-sangat saya mahu jejaki dalam senarai negara-negara idaman. Sejak dahulu, dan lebih-lebih lagi setelah melihat keindahan bentuk muka bumi negara ini dalam filem terkenal Lord Of The Rings.

Dan yang paling menarik dan seronoknya, saya berada di New Zealand selama lebih kurang 3 minggu, jadi saya dapat merasai dua musim, iaitu Spring dan Summer di New Zealand.

Untuk tiket penerbangan, perancangan ke New Zealand tidak terlalu awal, maksudnya saya mengambil keputusan untuk ke New Zealand lebih kurang tiga bulan sebelum tarikh berangkat,  jadi tiket yang saya beli tidaklah terlalu murah, namun begitu ia tidaklah mahal seperti mana harga penerbangan biasa ke New Zealand.

Namun begitu ia tetap harga tiket yang paling murah semasa saya dapatkan tiket penerbangan Malaysia Airlines (MAS), KL – Auckland di Matafair ini.

Sebab utama saya memilih penerbangan MAS ialah kerana ia adalah satu-satunya penerbangan direct / terus dari Kuala Lumpur ke Auckland selama 10 jam yang paling murah ketika itu. Tetapi kini, Air Asia juga sudah menawarkan penerbangan direct / terus dari Kuala Lumpur ke Auckland.

Harga asal tiket penerbangan ke salah sebuah pulau tercantik di dunia ini sebenarnya lebih kurang sama sahaja dengan harga tiket penerbangan ke negara-negara Eropah. Malah, kadang-kadang ianya lebih mahal daripada itu.

Sebenarnya, ada banyak lagi cara dan tips untuk dapatkan tiket tambang murah ke New Zealand antaranya ialah:

1)  a) KL-SG (via any mode) 
     b) SG-NZ (via Jetstar/Emirates/MAS)

2)  a) KL-Australia (via AirAsia), 
     b) Australia - NZ (via Jetstar/AirNewZealand/Emirates)

3) Dan mungkin sekarang ini yang menjadi pilihan ramai, iaitu penerbangan direct / terus dari Kuala Lumpur ke Auckland melalui Air Asia.

Ini di antaranya, ada lagi cara, yang penting kena selalu peka dengan sebarang promosi dari syarikat penerbangan.

Kalau anda rajin transit dan banyak masa, anda boleh pilih cara ini. Mungkin ia agak memenatkan dan menggunakan banyak masa, tetapi ianya menjimatkan.

Berbalik kepada hari pertama dalam travelog New Zealand.

Penerbangan berlepas pada pukul 8.55 pagi dan dijangka tiba di New Zealand pada pukul 6.55 petang waktu Malaysia. Namun begitu, oleh kerana waktu di New Zealand adalah awal 5 jam dari Malaysia, ini bermakna waktu ketibaan di New Zeland ialah pada pukul 12.05 malam.

Untuk penerbangan antarabangsa, sebaik-baiknya kita kena berada sekurang-kurangnya 2 jam sebelum penerbangan. Manakala untuk daftar masuk(check-in) penerbangan MAS, kita boleh check-in di kiosk-kiosk yang terdapat di KLIA sahaja. Lepas tu terus drop sahaja bagasi. Pengalaman saya, segala urusan pada hari tersebut berjalan lancar, beratur pun tidak panjang. Sekejap sahaja segala urusan sudah selesai.

Pada mulanya saya tertanya-tanya dan  rasa agak berdebar untuk melalui pengalaman bersama penerbangan MAS pada kali ini, banyak persoalan terutamanya kiranya ada terdapat sebarang perubahan atau kekurangan setelah pelbagai perkara menimpa MAS baru-baru ini.

Namun, setelah melalui  lebih kurang 20 jam bersama MAS pergi dan balik dari Auckland, saya tetap rasa bangga dengan MAS dan akan memilih MAS sekiranya terdapat promosi harga murah seperti ini lagi di lain masa. Yang paling saya tidak lupa ialah layanan first class dan terbaik pramugari pramugara MAS.

Umum sudah sedia maklum, ada banyak desas desus tentang kekurangan makanan yang disediakan MAS sekarang berbanding dahulu. 

Jadi di sini saya berkongsi sedikit tentang makanan semasa penerbangan KL-Auckland.


Kami di hidangkan dengan brunch dan dinner.


Untuk hidangan brunch, saya berpuas hati dengan makanan yang di hidangkan ini. Lengkap

sedap dan menyelerakan. Lengkap kerana ada nasi, sayur, dan ikan. Ada juga roti, buah-buahan dan puding. Di serikan lagi dengan jus oren dan air suam. Sedap kerana nasinya bukan jenis biasa-biasa, tapi rasa nasi ala-ala beras Jasmine Sunwhite AAA Special. Kuah kari ikan pun fuhh memang sedap. Pudingnya pun rasa puding-puding seperti yang kita biasa makan di hotel-hotel besar.

Bagi saya makanan ini cukup banyak dan mengenyangkan. 


Bezanya tiada lagi dihidangkan dengan Milo, coffee atau tea seperti dahulu. 




Sepanjang perjalanan dalam penerbangan, saya habiskan masa dengan tidur, makan, merenung ke arah luar tingkap dan berjaya menghabiskan movie Lucy lakonan Scarlett Johannson.




Untuk makan malam pula, jumlah hidangan sama juga seperti tadi, ianya tetap banyak dan mengenyangkan, cuma lauk ayamnya agak kurang sedap berbanding makanan pagi tadi. Bagi jenis hidangan lain, saya tetap bagi A untuk roti panas lembut yang di sapu merjerin dan jem, puding yang sedap tidak terlalu manis dan juga buah-buahan yang sememangnya segar.




Saya juga sangat suka dengan cara kapten kapal terbang ini landing, sangat soft, dan tak rasa bergegar-gegar or kecut perut macam sesetengah kapal terbang yang pernah saya naiki.

Sahlah juruterbang ini sangat berpengalaman.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Auckland. Namun ketika itu hari sudah jauh malam, jadi untuk tengok view tu, memang tak nampak sangatlah, but tidak mengapa, sebab saya akan ada banyak masa lagi untuk menghayati Auckland dan hampir seluruh New Zealand selepas ini.

Airport Auckland kecil sahaja, masa sampai di Auckland tu, orang pun memang tidak ramai. Ada tiga penerbangan sahaja yang tiba di Auckland lebih kurang sama dengan waktu ketibaan kapal yang kami naiki.

Harus diingatkan pemeriksaan masuk ke New Zealand sangat ketat, ada jenis-jenis barang /makanan/ubat-ubatan yang BOLEH/TIDAK BOLEH dibawa. New Zealand adalah negara yang mengamalkan "STRICTEST QUARANTINE LAW IN THE WORLD".  Jadi, untuk makanan yang anda rasa ragu-ragu tu, mesti DECLARE siap-siap agar tidak melakukan kesilapan dan di denda. Dendanya sangat mahal iaitu NZD400 kalau gagal declare. Ishh jangan main-main kerana currency NZ adalah lebih tiga kali ganda daripada currency negara kita. Boleh menangis kalau wang terbang melayang semata-mata kerana nak bayar denda. Dan yang paling nak menangis ialah kita juga boleh di bicarakan atau di penjarakan kerana bawa masuk barang yang di larang.

Adalah diingatkan bahawa negara ni tak pernah dilanda wabak penyakit yang teruk. Mereka begitu memandang serius tentang peraturan ini. 

Jadi, untuk next entry saya akan kongsi lebih lanjut lagi tentang bahan makanan/ubat-ubatan yang harus declare sejurus tiba di New Zealand.


30 comments:

  1. Hai. Terima kasih kerana berkongsi maklumat dan cerita pengalaman. Saya akan ke auckland pada disember ini.. yg merisaukan saya ialah perjalanan balik ke msia nanti. Flight saya pukul 7 pagi. Jd saya fikir nk tidur d airport saja mlm sblm tu. Tp tak tau adakah airport buka 24 jam.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, terima kasih kerana membaca :-). Saya tidak pasti tetapi waktu ketibaan saya pada tengah malam, airport masih di buka. Namun, airport dalam negeri tidak di buka 24 jam.

      Delete
    2. saya pernah bermalam di Airport auckland (international)....tunggu flight domestic ke christchurch pukul 6.00am...x de masalah kalau nk bermalam...ramaiii sgt org bermalam di departure hall level...

      Delete
    3. Terima kasih for your info @Hilmy :-)

      Delete
  2. Salam...tumpang iklan...kami sekeluarga akan ke nz via melbourbe pd 25/11 till 6/12..nak offer sesapa yg nak join....wa 0136373471.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..norazimah
      wow menarik iklan tu..berapa rm/head

      Delete
    2. Saya berhasrat nak melancung ke nz.(Saya dan suami) Adakah puan pergi mengikut agensi pelancungan atau backpacking?

      Delete
  3. hi nak share pengalaman. baru ni kami sekumpulan ke new zealand. kami pergi melalui mahira travel & tours sdn bhd, sebenarnya kami pun di recommend kan oleh kawan2 yg sudah pernah ke nz menggunakan khidmat mahira travels ni. jadi atas nasihat kawan kawan kami pun ikutlah pakej mereka. dari mula kami enquire pasal pakej, layanan memang bagus sgt. siap dia boleh cater kan mengikut apa yg kita nak. dari situ pun kami da dpt agak mcm ok je company ni. so august baru ni kami alhamdulillah selamat jejak kaki ke new zealand. yg penting keselamatan kami dititik beratkan sebab kami semua wanita., memang sempurna tour, tempat penginapan yg sgt selesa dan cantik, jadual perjalanan yang sungguh menarik. pengamalan snow landing dengan helikopter juga atu pengalaman yg x boleh dilupakan\

    saya memang highly recommend kan mahira travels ni. makanan halal terjamin, boleh kata sempurnalah semua nya. boleh contact Puan Siti 0362765610

    semoga apa yg saya sharekan dapat manfaatkan kepada yg sdg mencari pakej. oh ya lupa nak ckp yg paling penting., harga mereka sangat berbaloi!

    ReplyDelete
  4. must be great to be there kan :) hope one day nak pergi juga heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh ya sis...ameen saya doakan sis pun dapat jejakkan kaki di sana nanti ya :-)

      Delete
  5. Salam.nak Tanya kalau ke bz bawa duit perbelanjaan brapa dollar NZD ya at least DLM seminggu dua?

    ReplyDelete
  6. Salam, nak declare makanan dan ubat tu maknanya kita kena buat list atau kastam akan buka beg kita?
    T kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kena buat list and kastam pun akan buka beg kita. Boleh refer entri yang selepas ni...ada entri saya pasal ni :-)

      Delete
  7. Betul i pun ikut mahira travels to new zealand.kami sekeluarga. Mmg servis dari kl lagi da bagus. Smpi la time nak blk tu sampai sebak2 kami rasa hehehe.such amazing. Highly recommended

    ReplyDelete
  8. Tumpang tanya..Berapa pakej?berapa hari?

    ReplyDelete
  9. susah ke kalo pergi melancung ke NZ tnpa mgunakan pakej? saya x punya budget yg byk. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah saja pergi sendiri.
      If budget tak banyak, jgn pilih tempat yg entrance fee mahal. Dan juga opt for cheaper accomodation or mode of transportation.

      Delete
  10. Assalamualaikum good entri..very helpful..kalo nk dpt snowie time blan brape ye? Ade iltinery x..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam ada...awak boleh refer entry yang ini untuk itinerari http://ijaie.blogspot.my/2016/01/itinerari-dan-perancangan-percutian-ke.html

      Winter di NZ pula ialah drp Jun - August tpi sejukk sangat

      Delete
  11. Kalo pergi sendri x susah..cri backpackers accommodation..murah..naik bus awam..jadual bleh check online. Then just bgtau pd bus driver diorg akan tlong biasanya..bus xpress pun x mahal sgt. Pergi tourism centre boleh pilih pakej aktiviti yg kecik2..

    ReplyDelete
  12. MashaAllah kami (company trip) baru pulang dari NZ guna khidmat Mahira travels. Guna pakej caravan mereka. Saya baca review2 tentang mahira ni dan terus boss saya setuju nak ambil pakej motorhome dengan mereka. Bagus sgt2. Info, briefing semua lengkap. Arrangement alhamdulillah memang bagus. Syukur pergi dengan mereka sebab byk kawan2 lain yg pergi ikut trip2 fb, insta semua hadapi mcm2 masalah juga byk hidden cost.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih...perkongsian yang sangat bermanfaat...

    ReplyDelete
  14. Selama tiga minggu tu berapa kos penginapan?

    ReplyDelete
  15. Boleh share hotel mana u stay?
    Sy in planning pegi sana tahun depan...

    ReplyDelete
  16. Hi. Senang tak nak cari makanan halal kat sana?

    ReplyDelete
  17. Hai..Saya plan travel solo ke NZ.X pasti musim apa yg sesuai. Summer ok?

    ReplyDelete
  18. Menarik entry ni. Biasanya musim apa yang orang suka pergi ye?

    ReplyDelete
  19. Hi...bole bertanya...kira2 brapa RM utk kos mlancong ke NZ?

    ReplyDelete