Jika sebelum ini kami hanya melihat dan menikmati daripada atas betapa uniknya pemandangan Pigeon Valley dari Uchisar, hari ini bermula lebih kurang pukul 10 pagi kami dah ready untuk berjalan kaki melalui Pigeon Valley yang jaraknya 5 km ke Goreme hujung ke hujung.
Dari pekan Uchisar, hanya perlu menyusuri jalan utama pekan tersebut dimana pemandangan Pigeon Valley akan dapat dilihat disebelah kiri. Teruskan berjalan sampai jumpa kedai Nuts & Lather. Teruskan jalan ke hadapan sedikit and akan jumpa sebuah restoran. Daripada restoran ini, anda perlu belok kiri dan akan menyusuri trek menuruni cerun untuk tiba ke trek permulaan Pigeon Valley (belah Uchisar).
Sepanjang trek yang di lalui ni, memang heaven and rasa macam ala-ala berjalan di dunia asing. Banyak kesan-kesan gua dan penempatan yang telah ditinggalkan.
Agak adventure jugakla, sebab masa mula-mula start tracking, lansung tidak berjumpa dengan seorang manusia pun (pigeon banyak!). Lebih kurang dalam 40 minit berjalan, barulah berjumpa dengan beberapa couple Mat Salleh yang datang dari arah Goreme menghala ke Uchisar.
Tips untuk trekking Pigeon Valley:
1. Gunakan kasut yang sesuai, kadang-kadang kita perlu menyusuri lopak dan mendaki/menuruni cerun
2. Kalau boleh, mulakan sessi anda awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan cuaca panas. Jika bernasib baik, akan berpeluang melihat hot air balloon yang juga akan menyusuri Pigeon Valley dari udara
3. Bawa air (dan makanan ringan) secukupnya
4. Sediakan memory space kamera anda secukupnya kerana anda akan mengambil banyak gambar di sini jika anda seorang yang poyo bergambar :)
Lebih kurang 2 jam setengah berjalan (hanya 1 jam jika anda tidak bergambar!), akhirnya kami tiba di Goreme Valley dan singgah untuk makan tengahari di Restoran Nazar Borek sebelum meneruskan perjalanan ke Cavusin menggunakan dolmus.
puan sy amat tertarik dgn gaya penceritaan tulisan pengalaman puan, sy harap puan dpt abeskan nye secepat mungkinnn,haha
ReplyDeletesy tgh merancang ke turki dalam bulan 1, kalau dpt intinerary lengkap drpd penceritaan puan ni, pasti membantu! keep it up
Hi Fahim @Arase....terima kasih atas dorongan...hahaha saya pun memang nak habiskan cepat-cepat sebab dah ada a few yang interested dengan itinerari penuh.
DeleteInsyaAllah doakan saya tidak kering idea dan semangat, hopefully nanti itinerari dan bajet lengkap yang akan saya share at the end of the Turki Travelog dapat membantu ramai orang.
Turki is a very beautiful country with nice people, saya harap awak juga dapat enjoy Turki nanti sebagaimana ramai lagi yang telah mempunyai pengalaman manis di Turki ;-)