Commercial Break

Wednesday, October 28, 2015

Denizle - Pengeluar tekstil terbesar di Turki


Denizle, sesungguhnya kedatangan kami ke sini tidak di rancang. Ianya tidak termasuk di dalam itinerary asal pada awalnya. Namun, sudah rezeki kami ke sini dan sempat menghabiskan masa sepetang di Denizle.

Nyatalah kedatangan kami ke sini tidak sia-sia.

Setelah tour tamat pada pukul 3 petang sebentar tadi, kami pulang ke hotel seketika untuk menunaikan fardhu solat. Oleh kerana masih banyak lagi masa, kami memutuskan untuk ke Denizle. Kami ke Denizle dengan menaiki dolmus dengan tiket yang berharga 3.50 TR seorang.

Sungguh saya mengesyorkan anda singgah di Denizle.

Ia merupakan pekan yang agak besar. Ada stesen bas dan pejabat-pejabat. Ada banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan. Ada ramai orang Turki yang mungkin tidak pernah melihat pelancong asing. Amat sesuai untuk melawat Denizle jika ingin merasakan suasana bandar di Turki yang tidak 'tourist-centric' yakni kehidupan urban sebenar di Turki.

And guess what? 

Denizle merupakan pengeluar tekstil yang terbesar di Turki. Dalam erti kata lain, ia adalah syurga bagi peminat pakaian, tudung, tuala, cadar or any tekstil yang berkualiti tinggi. 

And guess what? 

Saya menyesal tidak memborong shawl satin sebanyak-banyaknya semasa di sini walaupun saya ‘berjaya’ membawa pulang 3 shawl satin Made & Sold in Denizle. Hahaha Kerana sesungguhnya dari pengamatan saya, bukan hanya harganya mungkin agak lebih murah dari tempat-tempat lain di daerah Turki, tetapi ada kedai-kedai di sini yang menjual banyak pilihan yang tidak saya jumpai di tempat lain. (DEPENDS ON KEDAI). 

Bagaimanapun, agak sukar untuk berkomunikasi dengan pekedai2 di sini kerana mereka tidak tahu berbahasa Inggeris, mungkin kerana Denizle bukan merupakan kawasan pelancongan yang utama.

Untuk anda yang kaki shopping barangan tekstil, sesungguhnya Denizle adalah syurga buat anda.

No comments:

Post a Comment