Commercial Break

Saturday, October 24, 2015

Necropolis

Sememangnya rekod telah di pecahkan, tidak pernah saya melawat kawasan makam or anything yang related dengannya sebanyak ini di dalam negara sendiri berbanding semasa saya di Turki dan Egypt.

Anehnya, semakin banyak yang saya lawati, ia semakin menjadi alah bisa tegal biasa. Perasaan seram bulu roma tegak berdiri semasa pertama kali melawat mummia di Muzium Alexandria tempoh hari seakan tidak di rasai di Turki. Ataupun barangkali di kelilingi mummia berbeza perasaannya berbanding di kelilingi beratus makam seakan kota orang mati di Necropolis ini.

Sekali pandang, ianya seakan kota lama Roman & Byzantine yang berabad telah di tinggalkan. Dua kali pandang, baru jelas keranda-keranda besar yang mempunyai pebagai bentuk dan rupa. Kecil dan besar. Ada yang berbentuk mewah, siap dengan pintu gerbang seperti kawasan rumah lagaknya.




Jelaslah, di Necropolis yang telah wujud seawal abad ke 2 BC ini juga, kematian di anggap sebagai perdagangan yang menguntungkan. Semakin tinggi kasta, semakin mewah dan semakin mahal harga ‘makam’ seseorang. Juga, yang mampu boleh membayar untuk dikebumikan di tepi jalan 'suci' kita Necropolis manakala warga marhaen akan dikebumikan dikawasan pergunungan.


Kesan-kesan gempa bumi berabad dahulu jelasnya tidak menghancurkan kawasan ini keseluruhannya. Namun ia tetap meninggalkan kesan jelas di lihat dari batu-batu dan tembok-tembok yang berkedudukan senget dan pecah-pecah. Amat menarik pemandangannya, terutamanya bagi rakyat yang negaranya tidak pernah di landa gempa.


Bayangkan sampai sekarang pun Pamukkale dan Karahayit sering di landa gempa? 

Namun keadaan ini seakan normal dalam kehidupan mereka. Urusan berjalan seperti biasa dan tiada perkataan takut akan gempa dalam kamus seharian mereka.

Nota: Necropolis merupakan salah satu UNESCO World Heritage Site di Turki.


1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete