Commercial Break

Showing posts with label Istanbul. Show all posts
Showing posts with label Istanbul. Show all posts

Monday, February 22, 2016

Panorama 1453 dan kegemilangan Muhammad Al Fatih

Seakan berada di daerah lain.

Tempat ini lebih santai dan damai berbanding tumpuan-tumpuan lain di Istanbul. Semasa kami bersiar-siar di sekitar tamannya dan makan aiskrim yang paling murah di Turki pernah di jumpai, tiada pelancong lain di situ. Namun hari pertama berakhir dengan aiskrim, kerana lokasi tujuan utama kami ke situ telah di tutup, hatta kami pun sampai agak lewat petang.

Hari kedua pagi-pagi kami sudah berada di dalam metro, menempuhi perjalanan panjang dari Yusuf Pasa menuju ke stesen Topkapi. Jangan keliru, walaupun nama Topkapi seakan-akan nama istana Topkapi yang berada di Sultanahmet, tapi stesen Topkapi ini kedudukannya jauh dari Sultanahmet. Mungkin dalam 30 minit di dalam train.

Panorama 1453, ianya tidak sukar untuk di temui kerana bentuk bangunannya yang unik. Bayaran masuknya murah sahaja, hanya 10 TL seorang, dan jika di tambah audio guide hanya dengan harga 5 TL. Kelemahannya mungkin hanya satu, iaitu kesemua penerangan disetiap gambar yang di paparkan adalah di dalam bahasa Turki, ketika inilah audio guide diperlukan jka tidak mahu geram.






Mengapa perlu ke sini?

Bukan sekadar pencinta Muhammad Al-Fatih, malah mereka yang baru mahu mengenali Muhammad Al-Fatih dan juga detik-detik hebat sebelum, semasa dan selepas penawanan kota Constantinople akan merasakan sekurang-kurangnya 2 jam di perlukan untuk menyusuri titian sejarah kegemilangan yang mencorakkan permulaan Islam di Turki.


Tingkat-tingkat bawah Panorama 1453 mempamerkan lukisan-lukisan, manakala tingkat teratas menonjolkan lukisan 3D 360 darjah keliling dinding dilengkapi dengan system audio yang canggih yang menggambarkan keadaan semasa peperangan menawan Constantinople bagi membolehkan pengunjung menghayati situasi ketika itu. Lukisannya terasa seakan benar.





Setelah tenggelam di dalam keasyikan sejarah Constantinople, kami beredar dari Panorama dan kemudian berjalan kaki ke tembok kubu lama yang terletak di sebelah Panorama 1453 ini. 

Tembok ini merupakan tinggalan zaman Byzantine yang digunakan untuk mempertahankan kota Constantinople semasa peperangan tersebut. Agak merugikan kerana tembok ini kelihatan tidak terpelihara dan mungkin akan terus dimamah usia sekiranya ditinggalkan berterusan.


Selepas menghabiskan masa di kubu bersejarah ini, kami menaiki metro semula dan singgah di Haseki. Berdekatan dengan train station, kamis singgah ke salah satu pasaraya dan membeli banyak coklat murah Turki untuk di bawa pulang ke Malaysia. 


Kemudiannya kami singgah makan di salah satu restoran yang terdapat di tepi jalannya. Yang pasti, kedua-dua harga coklat dan makanan di restoran jauh berbeza amat murah berbanding di lain-lain tempat tumpuan di Istanbul. Yang menarik, kami berjumpa dengan ramai pendatang luar Turki yang bekerja atau belajar tinggal di sini seperti dari Syiria, Uygur (China) dan sebagainya. Banyak restoran Uygur juga terdapat di sini. Namun, jarang-jarang pelancong singgah di sini. 


Jika berani dan mahu mencuba, sesungguhnya banyak tempat-tempat lain di Istanbul yang boleh di jelajahi.

Sunday, February 14, 2016

Little Hagia Sophia (Kucuk Aya Sophia)


Ianya benar-benar kelihatan seperti Hagia Sophia dari bahagian luar, kecuali saiznya yang jauh lebih kecil.

Itulah Little Hagia Sophia ataupun lebih dikenal sebagai Kucuk Ayasoya Camii (Kucuk adalah kecil dan Camii adalah masjid dalam Bahasa Turki).

Ciri-ciri binaan gereja masih di kekalkan dan di tambahbaik dengan fungsi dan ciri- ciri masjid.

Sama seperti Hagia Sophia yang asalnya sebuah gereja, Kucuk Ayasofya juga dibina oleh Emperor Justinian dan isterinya Theodora. Ianya di tukar fungsi sebagai masjid dalam tahun 1500 selepas penaklukan Kostantinople oleh kerajaan Uthmaniyah.




Tulisan Latin ini juga adalah peninggalan sewaktu Little Hagia Sophia berfungsi sebagai Gereja.



Untuk mencari masjid ini, anda perlu berjalan dari belakang Masjid Biru melalui Arasta Bazaar, dan terus berjalan kaki menuruni bukit melaui jalan Kucuk Ayasofya.

Masuk adalah PERCUMA.

Untuk yang mahu menyaksikan Hagia Sofia secara PERCUMA disamping mengelakkan kesesakan pelancong yang ramai, Kucuk Ayasofya adalah pilihan yang amat tepat kerana ciri-ciri dan binaannya hampir menyamai Hagia Sofia.



Wednesday, February 10, 2016

Dolmabahce



Pagi-pagi lagi kami sudah terpacak dari tram Yusof Pasa dan tiba di stesen Kabatas untuk ke Dolmabahce, istana singgahsana Mustafa Kemal Ataturk semasa hayatnya.

Sebaik sahaja turun dan berjalan kaki dari stesen Kabatas, akan kelihatan Masjid Dolmabahce yang merupakan sebahagian dari Dolmabahce Palace. Pintu masuk Dolmabahce terletak bersebelahan masjid ini. Langkah yang pertama di Domabahce di sambut oleh Menara Jam Domabahce.

Sekuriti yang amat ketat ala-ala pemeriksaan di airport harus di lalui oleh setiap pelawat sebelum dibenarkan masuk melangkaui gate Dolmabahce. Malahan, kasut juga perlu dilapik dengan plastik untuk mengelakkan kekotoran mencemari karpet di istana ini.

Dolmabahce mula di bina selepas Sultan AbdulMecid yang cenderung dengan pengaruh barat, mengarahkan agar sebuah istana baru dibina kerana merasakan binaan Topkapi sangat ketinggalan berbanding istana-istana Eropah.

Sememangnya, senibina ‘keinggerisan’ Dolmabahce amat berbeza dengan ‘keturkisan’ Topkapi. Namun, Dolmabahce tetap tidak kalah berbanding Topkapi dari segi keluasan.
Istana Dolmabahce terdiri daripada beberapa bahagian dan bangunan seperti Harem, Palace of  Crown Prince, Painting Museum dan Clock Museum.

Tidak seperi Istana dan Harem di Topkapi, pelawat tidak di benarkan berada sesuka hati di dalam kawasan Isatana dan Harem di Dolmabahce. Setiap beberapa orang di dalam kumpulan akan di berikan seorang tour guide untuk melawat kawasan. Fotogropi tidak lansung di benarkan di dalam istana. Pelawat tidak bebas untuk melawat ke sana sini dan pergerakan haruslah mengikut kumpulan yang akan mengikuti tour guide tersebut. Malahan, kita hanya dibenarkan mengikut laluan-laluan yang disediakan dan tidak dibenarkan menyentuh dan menilik secara dekat peralatan-peralatan dan hiasan-hiasan yang ada.

Bayaran masuk ke Dolmabahce ialah 30 TL. Ianya dibuka dari pukul 9 pagi – 4 petang, dan di tutup pada setiap hari Isnin dan Khamis.

Tuesday, February 2, 2016

Grand Bazaar


Kami singgah di Grand Bazaar sekejap sahaja, tidak telalu lama kerana kami dapati barang-barang yang di jual kedai-kedai di tepi dan di bahagian luar Grand Bazaar lebih murah berbanding di dalamnya. Lagipun, kami sudah banyak membeli barangan ketika di Cappadocia, Seljuk, Denizli dan Bursa.


Namun Grand Bazaar harus di kunjungi kerana selain ianya bazaar yang tertua dan terbesar, bangunannya juga unik. Grand Bazaar luas dan banyak gate keluar masuk. Tiada masalah sekiranya anda seorang yang peka dan cekap jalan, tetapi sekiranya tidak sila pastikan anda menyediakan map/peta Grand Bazaar sebelum ke sini. Takut boleh tersesat semasa leka membeli-belah dan melihat-lihat. Nak dapatkan map Grand Bazaaar boleh google, mudah untuk di dapati. Pelbagai barangan boleh dilihat di sini tetapi yang menariknya adalah cenderamata Turki, permaidani, lampu-lampu dan barangan tekstil.


Untuk yang sukakan tekstil, banyak juga kedai-kedai tekstil yang terdapat di luar Grand Bazaar menuju ke Spice Market. Bukan setakat itu sahaja, banyak juga pilihan makanan dengan gerai-gerai kebab, makanan Turki dan pelbagai jus buah-buahan segar seperti delima, mangga dan sebagainya.




Untuk yang menaiki train, sila turun di stesen Chamberlitas atau Beyazit untuk ke Grand Bazaar.

Hari sudah gelap ketika kami keluar dari Grand Bazaar, dan setibanya di Sultanahmet, ada satu konsert sedang di adakan. Kami singgah menonton konsert dahulu sebelum pulang ke hotel.


Tuesday, January 26, 2016

Basilica Cistern

Basilica Cistern yang sentiasa basah, penuh misteri, unik dan mengkagumkan. 

7,000 hamba telah berkerja keras untuk menyiapkan tangki air gergasi bawah tanah ini. Basahnya Basilica Cistern seakan banjiran dari air mata mereka. Penuh dengan cerita derita umpama deritanya hamba yang menyiapkan tembok besar terulung China.

Tiang-tiang marmar yang gah menyambut ketika kami perlahan-lahan menuruni lima puluh dua anak tangga batu dari pintu masuk ke bawah, lokasi terletaknya Basilica Cistern.



Jelas kelihatan ikan-ikan berenang-renang di sebalik tiang-tiang. Dahulunya ikan -ikan ini di tempatkan di sini untuk menandakan tahap kebersihan air. Sekiranya air ini kotor atau di racun, pastilah ikan-ikan ini akan mati kesemuanya.



Aura misteri Basilica Cistern yang dahulunya pernah menampung 100,000 tan air, jelas di rasai hari ini terutama sekali apabila kaki melangkah ke bahagian belakang Basilica Cistern. Dahulunya, tempat ini merupakan water reservoir untuk keseluruhan kawasan Constantinople semasa zaman kerajaan Byzantin lagi. Oleh itu, memang terdapat ciri-ciri architecture Roman pada tiang-tiang yang digunakan untuk menyokong water reservoir ini.


Di penghujung belakang sekali, terdapat satu misteri yang tidak pernah dapat di perjelaskan sehingga kini.

Satu kepala Medusa yang terbalik menyokong salah satu tiang, jelas menimbulkan pelbagai persoalan mengapa ianya terbalik. Tidak jauh daripada kelapa Medusa terbalik, terdapat lagi satu kepala Medusa, namun ianya dalam keadaan terbalik di sisi.

Medusa yang dahulunya wanita tercantik yang rambutnya bertukar menjadi ular atas sumpahan Anthena, menurut kepercayaan mitos Yunani.

Katanya, mereka yang meletakkan kepala ini secara terbalik dan bersisi percaya bahawa kedudukan seperti ini akan menangkis dan mengimbangkan kuasa-kuasa jahat lantas mengekalkan keamanan.

Namun, ianya tetap tinggal teori semata-mata dan kedudukan kepala Medusa ini tetap menjadi teka teki sehingga kini.



Bayaran masuk ke Basilica Cistern ialah 10 TL. Museum card tidak boleh digunakan sebab Basilica Cistern tidak termasuk dalam senarai museum yang termasuk dalam pakej museum card. Ianya amat dekat dengan entrance Ayasofya sekitar 200 meter dan hanya perlu menyeberangi jalan raya dan laluan tram.



Monday, January 25, 2016

Keistimewaan Topkapi Palace



Topkapi yang istimewa.

Bukan kerana kenyataan yang ianya merupakan istana tertua (1478) yang terjaga rapi sehingga kini. Dan kini ia di senaraikan sebagai Unesco World Heritage Site sejak 1985.

Bukan juga semata-matanya  kerana kesan dan tinggalan gaya hidup mewah sultan-sultan dari salah satu empayar terbesar dalam sejarah dunia. Seperti kewujudan berlian 86 karat yang terbesar dan paling berharga di dunia di salah satu biliknya.

Bukan juga kerana fakta pernah dahulu ada 1,000 orang pekerja dapur yang memasak di dapurnya untuk menyediakan makanan untuk puluhan ribu penghuni dan pekerja.

Bukan juga kerana kewujudan beribu artifak dan manuskrip lama yang menggambarkan tahap perkembangan ilmu di zamannya.

Bukan juga kerana kawasannya yang sangat luas merangkumi tempat kediaman sultan, masjid, hospital, tempat mencetak wang, dan banyak lagi.

Bukan juga semata-mata kerana didalamnya ditempatkan pedang Nabi Muhammad (saw), tapak kaki Nabi Muhammad (saw), janggut Nabi Muhammad (saw), tongkat Nabi Musa (as), serban Nabi Yahya (as), sarung tangan Nabi Ibrahim (as), malah juga tinggalan para sahabat (ra) termasuk pedang Khalid al-Walid (ra) , pakaian Fatimah az-Zahrah (rah) dan banyak lagi.

Sesungguhnya kata-kata tidak cukup menggambarkan pengalaman di dalam Topkapi sehinggakan kami menghabiskan masa di sini daripada pukul 9.30 pagi- 3.30 (6 jam lamanya!!). (mungkin juga kami bernasib baik kerana ketika kami menjejakkan kaki di Topkapi, ianya dihiasi pemandangan indah berlatarbelakangkan bunga-bunga tulips di tamannya. Jadi kami bukan setakat sibuk di bilik-bilik pameran, malah sibuk mengambil gambar di taman yang luas). Dan seterusnya  kami asyik menyelusuri sejarah kegemilangan empayar Uthmaniyah sehingga tidak sedar sudah lewat untuk makan tengah hari. Tidak satupun bilik di Topkapi tidak kami lawati.






MAKLUMAT DAN TIPS MASUK TOPKAPI PALACE:-

1) Topkapi di buka daripada pukul 9 pagi – 4.45 petang (winter) atau 6.45 petang (summer)

2) Topkapi di tutup pada setiap hari Selasa.

3) Topkapi juga di tutup pada hari cuti umum.

4) Tiket masuk ialah TL 30 seorang. Boleh dapatkan Muzium Card sekiranya bercadang mahu memasuki banyak Muzium di Istanbul.

5) Tiket berasingan di perlukan untuk Harem Section iaitu berharga 15 TL seorang. Harem Section ialah ‘private area’ sultan, maharani, permaisuri, gundik-gundik dan putera puteri. (lebih kurang 400 buah bilik!)

6) Bawa makanan dan minuman mencukupi. Boleh makan dan minum di kawasan Topkapi yang luas. Tidaklah kelaparan kerana menghabiskan masa berjam lamanya di dalam Topkapi.

7) Dilarang mengambil gambar di dalam bilik-bilik di Topkapi Palace. Ada pekerja khas yag memantau.

8) Kebiasaanya barisan masuk yang panjang ke kawasan-kawasan pameran hadapan. Boleh masuk bilik pameran belakang dulu tetapi mungkin menjejaskan aliran pemahaman garis masa (timeline) sejarah.





Tidak keterlaluan jika saya katakan, tidak lengkap lawatan ke Istanbul tanpa kunjungan ke Topkapi.

Friday, January 22, 2016

Turkiye Is Bankasi Muzesi (Muzium Bank Turki)


Di sebabkan ada masa terluang sementara menunggu Bosphorus Cruise pada pukul 6 petang, sempat kami singgah di Turkiye Is Bankasi Muzesi ataupun Muzium Perbankan Turki ini. Ianya terletak berhampiran dengan stesen tram dan jeti Eminonu.

Sesungguhnya muzium di Turki sangat informative dan padat dengan ilmu. Jika benar-benar meminati muzium dan perbankan, muzium ini mempamerkan segala-galanya tentang sejarah dan perkembangan system perbankan di Turki sejak awal hingga kini.

Tiket masuk adalah PERCUMA.





Tuesday, January 19, 2016

Tiket tour Selat Bosphorus paling murah dan Kunafa paling sedap di Turki

Angin dari Selat Bosphorus yang memisahkan bahagian Turki Eropah dan Asia membelai dan menyapa lembut. Seakan tidak sabar mahu kami sama-sama turut menyaksikan uniknya dua benua di dalam satu negara. Bosphorus juga pernah menyaksikan saat-saat kegemilangan Al Fatih menawan Kostantinopel.

Kami beli siap-siap tiket Bosphorus Cruise pukul 6 petang dengan tujuan menyaksikan matahari terbenam di atas cruise. Di Eminonu, tiket paling murah cruise di jual, iaitu dengan harga 12 TL seorang. Bagaimanapun tiada makanan disediakan seperti mana pakej2 cruise yang lain. (yang pasti mahal harganya!!)

Sementara menunggu pukul 6 petang, kami berjalan di Spice Bazaar yang berdekatan dan sempat juga round-round sekeling Eminonu.



Di sini iaitu di kawasan luar berdekatan Spize Bazaar ada satu kedai manisan sedap, highly recommended dan wajib rasa manisan unik ini bagi yang sempat singgah iaitu Haci Serif yang telah wujud sejak tahun 1938






Tengokla sendiri nama manisan ini ya...sebab tergeliat keyboard nak menaipnya.





Sempat pula selepas itu bershopping di belakang Spice Bazaar, terdapat sebuah kedai jual baju kanak-kanak dengan harga yang murah namun berkualiti.




Selepas itu kami tidak melepaskan peluang untuk merasai Balik Ekmek di salah satu gerai terapung yg ada di jeti Eminonu. Style makan yg sempoi samaada duduk bersama-sama penduduk tempatan yg lain atau pun berdiri menikmati pemandangan selat yang penuh dengan burung camar berterbangan.






Tepat pukul 6 petang kami naik Bosphorus Cruise.

Uniknya pengalaman di Selat Bosphorus ini kerana ianya pasti melalui bahagian Europe and Asia. Cruise ini berlayar selama lebih kurang satu jam setengah lamanya. Jika duduk di open space, amat sejuk dengan angin selat Bosporus yang dingin. Boleh nikmati teh/kopi dan makanan ringan yang dijual dengan harga yang berpatutan.










Selepas turun dari Cruise, kami makan lagi, Kunafa di masak menggunakan arang dan Lentil Soup enak berdekatan Spize Bazaar. Highly recommended dan the best ever Kunafa yang pernah kami rasai di Turki setakat ini.




Setelah kenyang dan hari sudah gelap, barulah kami pulang ke hotel.