Commercial Break

Showing posts with label Dunedin. Show all posts
Showing posts with label Dunedin. Show all posts

Tuesday, April 7, 2015

NEW ZEALAND SOUTH ISLAND - DUNEDIN

Dunedin merupakan bandar yang tertua di New Zealand dan ia mempunyai bilangan pelajar universiti yang paling ramai di universitinya, iaitu University of Otago.

Pada awal 1900 an, Dunedin merupakan pusat komersial New Zealand sebelum Auckland.



Ada beberapa attractions dan tempat yang menarik untuk dikunjungi di Dunedin selain Baldwin Street dan Larnach Castle yang telah saya ceritakan sebelum ini:

1)Dunedin Railway Station

Dibina sejak tahun 1906, ianya tetap gah sehingga kini dan mempunyai reka bentuk yang menarik.

Untuk yang mahu mencuba short scenic trail, boleh menaiki scenic train yang bertolak daripada Dunedin pada masa-masa yang tertentu.



2) First Church of Otago



3) China miniature ini terletak di Octagon. Jika berada disini, benar-benar terasa seperti di negara China.


4) Di sini saya shopping coklat Cadbury tak hengat. Kalau mahukan coklat Cadbury liited edition yang tiada di Malaysia, di sinilah tempatnya. Sedap sangat. Bagi penggemar souvenir, ada juga di jual souvenir Cadbury.Juga tiada di Malaysia.





5) Akhir sekali, bolehla berjalan-jalan atau shopping di sekitar bandar Dunedin. Namun, ianya tidak murah atau banyak pilihan seperti di Auckland dan Queenstown.

DUNEDIN - Larnach Castle

Bulu roma tegak berdiri. Seram sejuk. Namun ianya bukan disebabkan oleh angin sejuk Dunedin. 

Tidak. Bukan kerana itu.

Maklumat yang di baca tempoh hari melalui google mengenai Larnach Castle yang konon-kononnya ada aura supernatural, hanya di percayai 50-50 sebelum ini. Namun, apabila tiba di sini, benda yang tidak ada pun terbayang di mata.  
Agkibat terlalu percayakan akan apa yang di baca.

Fuhh kanan fuhhh kiri. Jauhkan..

Dan tiba-tiba seakan dititip semangat baru, sebaik sahaja kereta yang di naiki tiba di pintu masuk ke Larnach Castle dan berhenti untuk bayaran tiket, bayang keseraman yang muncul sebentar tadi hilang dan menjauh. Senyuman penjaga tiket amat meyakinkan dan menenangkan. Di tambah dengan hati mulai terpaut dengan keindahan sekeliling. Tidak haruslah takut. Sia-sia takut apabila berada di tempat indah sebegini.




Amat besar. Sehinggakan bayaran yang di kenakan untuk castle & gardens serta gardens sahaja adalah berlainan cajnya.

Larnach castle tersergam indah. Ia adalah satu-satunya istana di New Zealand. Tetapi cerita sejarah di sebalik gahnya Larnach Castle, ianya agak menyayat hati. Indah tetapi sunyi. Saya agak keberatan mahu bercerita mengenai sejarah Larnach di sini. Kalau sesiapa nak baca cerita lengkap, boleh klik disini Larnach History.

Istana yang di bina pada tahun 1871 ini pada asalnya adalah kepunyaan William Larnach, seorang ahli politik dan perniagaan yang terkemuka pada ketika itu.

Kini, semua itu hanya tinggal sejarah. Larnach Castle telah di beli dan kini di punyai oleh keluarga Baker. Mereka tidak tinggal di sini, sebaliknya menjadikan istana ni sebagai tempat pelancongan.




Di ruang hadapan di dalam castle ini telah dijadikan kedai souvenir.


Mari tinjau serba sedikit keadaan di dalam Larnach Castle.

Satu bilik di jadikan sebagai tempat pameran dan cerita lengkap tentang Larnach Castle.


Yang ini pula ballroom dan dining room. Tempat ini juga sering di sewa untuk sebarang majlis/function.



Ini pula antara bilik-bilik yag terdapat di Larnach Castle. Ada juga bilik dan kelengkapan untuk bayi.




Aduhai..jangan terkejut. Kalau takut tengok je sebelah mata.

Selepas itu, kami naik ke bahagian balkani atas. Perlu melalui tangga berbelok-belok yang sempit ini. Pintu keluar pun amat kecil.

Ini pintu kecil yang di lalui untuk keluar ke balkoni.
   
Subhanallah, inilah sebab utama William memilih tempat terpencil ini untuk di jadikan kediamannya. Pemandangan yan magnificent. Inilah dia Dunedin, Otago Harbour,  Peninsula dan  Pacific Ocean.




Selepas itu kami bersiar-siar di luar.

Ini katanya adalah tempat tinggal orang gaji pada zaman dahulu.



Dan ini antara kawasan yang tidak di baik pulih.





Wishing Well.
               

Dan lupa nak beritahu, jika mahu, anda boleh tinggal di sini. Maksud saya, ada bangunan kecil didalam kawasan castle ini yang di jadikan hostel/hotel. Ada berani? hehehe

Sempat saya mengambil gambar di luar dan salah satu bilik di Larnach Hotel ini.




Biliknya biasa-biasa, tetapi pemandangan di balkoni bilik, sangat superb.

Akhir sekali, kami menerokai kecantikan garden di Larnach Castle.




Monday, April 6, 2015

DUNEDIN -Memanjat BALDWIN STREET (The steepest street in the world)

DUNEDIN.

Matahari memancar, namun tidak terik. Sejuk ala-ala New Zealand masih terasa tatkala musim panas di South Island.

Agak tergamam apabila kami tiba di lorong memasuki Baldwin Street ini. Ianya sudah di rancang bahawa kami mahu menyaksikan sendiri lorong yang telah di senaraikan sebagai "The steepest treet in the world" oleh Guinness Book of Records. Namun tidak menjangka yang ianya securam ini.
                  

Penuh gigih kami memanjat. Harus hilang beberapa gram. 

Bayangkan mereka yang tinggal di tepi lorong lereng ini. Setiap waktu perlu menggunakan jalan ini hatta walau ke mana.

Untuk yang membawa kereta pula, jangan cuba sekiranya tiada kepakaran yang sangat tinggi dalam mengawal kelajuan.

                



Sempat kami tinggalkan kesan dan jejak di lorong Baldwin ini. Kebetulan tiada kereta yang lalu. 

Serius, agak seriau. Rasa mahu terjatuh menggelongsor kerana kecuraman jalan yang hampir 90 darjah.

 Sesungguhnya, harus ke sini sekiranya singgah di Dunedin.