Seronok sebenarnya kalau kita ke timur dunia ni especially far east iaitu negara matahari terbit, Jepun. Jepun ada banyak tempat yang menarik boleh anda pergi lagipun sekarang ni dah ada trend naik flights to Osaka dan banyak airlines yang ada direct flight ke sana. So tulis kat calendar masing-masing OSAKA besar-besar supaya uollss dah set azam yang kuat untuk bercuti ke Osaka. Apa yang ada sebenarnya kat Osaka ni kan? So saya nak share serba sikit pasal Osaka.
Bila melawat negara Jepun, tak sah kalau tidak singgah ke kawasan istana lamanya. Kalau kat Osaka, tarikan bersejarah ini dapat ditemui kat Osaka Castle. Untuk pengetahuan semua, bangunan sebenar istana ini telah dibina pada tahun 1583 sebelum beberapa kali melalui kemusnahan dan dibina kembali pada kali terakhir pada tahun 1931. Ianya turut diperbaharui pada tahun 1997 dengan kelengkapan moden seperti lif. Istana ini kini dijadikan muzium yang mempamerkan info dan pameran lain berkaitan sejarahnya sendiri setelah berabad lamanya wujud kat tapak yang sama.
Osaka Castle, Sumber: https://www.japan-guide.com
Setelah puas mengisi minda dengan kisah sejarah istana ini, anda boleh menenangkan fikiran dengan berjalan-jalan kat Nishinomaru Garden, kawasan taman istana. Kat taman ini terdapat 600 batang pokok sakura, tea house, bekas Osaka Guest House dan kemudahan rekreasi. Untuk view lebih indah, datanglah ke taman ini ketika musim bunga sakura berkembang iaitu pada awal April. Terletak kat dalam sebuah bangunan yang unik reka bentuknya, Osaka Aquarium Kaiyukan adalah sebuah tarikan penting yang wajib dilawati semasa berada kat Osaka. Secara keseluruhannya, kat dalam ini terdapat sebanyak 27 buah tangki yang terbahagi kepada 16 buah pameran berbeza. Tangki yang terbesar adalah berkedalaman 30 kaki kat mana anda dapat melihat 2 ekor ikan jerung bergerak dengan bebas kat depan mata. Bahagian-bahagian lain yang ada kat sini adalah Deep Sea Zone, Japanese Forests, Tunnel Tank, Panama Bay, Ecuadorian Jungle, Antarctica, Tasmanian Sea, Great Barrier Reef, The Pacific Ocean dan banyak lagi!
Dunia penuh magikal, Sakuya Lumina adalah sebuah lokasi tarikan kat mana anda sekeluarga dapat merasai pengalaman yang mustahil boleh didapati kat tempat lain. Memori percutian anda kat Osaka dapat diperindahkan lagi dengan aktiviti night walk kat Osaka Castle Park. Yang menariknya lagi, anda bukanlah sekadar berjalan kat tengah malam dalam suasana malam yang biasa, kerana night walk yang akan di lalui adalah sebuah perjalanan yang dikelilingi oleh dunia fantasi. Seolah-olah andaa telah ditelan masuk ke dalam filem fantasi yang selama ini hanya ditonton kat kaca tv. Kat dalam Sakuya Lamina, anda sekeluarga akan mengikuti karakter fantasi yang akan membawa anda kat sekitar istana untuk menyelesaikan sebuah misi. Sepanjang perjalanan ini, anda dapat melihat efek pencahayaan, bunyi, efek view dan banyak lagi ciri interaktif lain yang dapat menghidupkan seluruh deria. Cukup unik dan menyeronokkan!
Sakuya Lumina sumber: momentfactory.com
Tak sempat untuk melawat semua tarikan yang ada kat Osaka sebab kesuntukan masa? Shortcut untuk memuaskan jiwa travel anda adalah dengan melawat Umeda Sky Building. Dari bangunan ini, anda dapat berdiri pada ketinggian 170 meter di Kuchu Teien atau Floating Garden Observatorynya yang terletak di tingkat 39 untuk menikmati panorama seluas pandangan mata seluruh bandar Osaka secara 360 darjah. Untuk ke ruang pemerhatian ini, anda perlu ke East Tower dan dari tingkat 3 menara ini anda boleh mengambil lif sehingga ke tingkat 35. Lif ini lengkap dengan tingkap untuk melihat view luar. Kat tingkat 35 anda perlu menggunakan eskalator untuk ke tingkat 39 kat West Tower. Jangan lupa untuk membawa kamera semasa ke sini. Lagi best kalau anda rekod video sekali!
Saya nak mintak awak semua buka Traveloka dan book Cathay Pacific Malaysia flights to Osaka sebab sangat berbaloi dan ada promotions yang awak kena check time in time supaya tak terlepas. Its not easy untuk cari masa nak pergi bercuti so saya harap awak jadikan percutian kali ini getaway yang takkan awak lupakan :-)
Bercuti di Jepun, kami banyak menggunakan pass-pass untuk memudahkan perjalanan menaiki pengangkutan awam. Selain memudahkan perjalanan, penggunaan pass-pass ini juga sangat menjimatkan masa dan wang.
Bagi mereka yang baru pertama kali merancang bercuti di Jepun, confirm pening nak pilih pass yang bersesuaian dengan destinasi, jarak dan tempoh perjalanankan? Jadi kena faham betul-betul itinerary dan kegunaan setiap pass. Pasti boleh jimat banyak.
Berikut ialah pass-pass yang kami gunakan sepanjang di Jepun yang merangkumi perjalanan di Tokyo, Nikko & Kawaguchiko:
1) Tokyo Subway Ticket (Tokyo Metro & Toei Subway)
Pass ini sangat
menjimatkan untuk cover sekitar bandar Tokyo dengan menggunakan train line
Metro dan Toei. Banyak attractions popular boleh di jelajahi dengan pass ini. Pass yang hanya di jual untuk pelancong sahaja ini istimewa kerana ianya
boleh digunakan sebanyak mana yang di mahukan mengikut tempoh tertentu. Jadi,
kalau sesat banyak-banyak kali pun takde hal sebab kita hanya guna pass yang
sama setiap kali menukarlaluan train. Sangat bagus especially untuk first timer yang baru nak faham tentang train di Jepun kan?
Berapa harga pass ini? Pass ini
terdapat dalam 3 pakej. Bolehlah pilih nak beli yang mana mengikut hari dan
tempat. Tak tau nak decide? Kena study route betul-betul dulu sebelum beli.
a)800 yen untuk 24 jam (sehari)
b)1,200 yen untuk 48 jam (2 hari)
c)1,500 yen untuk 72 jam (3 hari)
(harga ni harga untuk
dewasa, harga tiket untuk kanak-kanak 6-12 tahun ialah separuh harga).
-Penggunaan 24/48/72 jam ialah dikira
daripada saat pertama kali kita menaiki train.
-Pass ini boleh di beli beberapa tempat seperti di airport,
Tokyo Metro Pass Office dan Tourist Information Centre.
2)PASMO CARD – 3,000 yen
Bagi laluan train yang
TIDAK menggunakan Tokyo Subway Ticket seperti di atas, kami telah menggunakan
Pasmo Card.
Saya telah membeli
PASMO Card sebaik sahaja tiba di airport Haneda.
Kad ini
adalah kad prabayar ala-ala Touch N Go iaitu baki akan di tolak daripada kad setiap
kali di gunakan. Penggunaan PASMO Card ini menjimatkan masa dan memudahkan perjalanan menaiki/menukar train kerana
ia dapat mengelakkan kita membeli tiket di kaunter / mesin setiap kali ingin
menggunakan train yang bukan Tokyo Metro / Toei Subway. Yang menariknya, PASMO card ini juga boleh di gunakan untuk
kegunaan lain seperti membayar tambang bas atau teksi, berbelanja di
kedai,kiosk dan pelbagai lagi tempat yang di benarkan.
Dengan menggunakan PASMO Card ini,
kita tak perlu risau jika tak cukup baki dalam kad semasa penggunaan, sebab
kita boleh top-up baki dalam PASMO Card ini di kiosk di train station. Malah
saya juga telah menebus semula baki yang lebih di Haneda Airport (baki + 500
yen deposit) tanpa dikenakan processing fee atau sebagainya. 3)Pembelian tiket bas secara online
Ada beberapa tiket
telah di tempah secara online sejak di Malaysia lagi:
1)Bas dari Haneda Airport ke Nikko (ya, saya terus ke
Nikko sebaik sahaja tiba di Haneda untuk mengelakkan terlalu banyak berpindah
accomodations.)
2)Return Bus to Kawaguchiko (perlu tempah awal kerana
bas ke Fuji laris seperti goreng pisang panas)
4)Pembelian pass di kaunter di Jepun
Ada beberapa pass yang
telah di beli di Japan Tourism Information di lokasi-lokasi Japan Tourist
Information Counter tertentu.
a)Chuzenji Onsen Free Pass – 2,000 yen
Di Nikko, saya telah
memilih Chuzenji Onsen Free Pass. Dengan pass ini, saya boleh cover semua
tourist attraction di sekitar area Nikko City Area sehingga ke Lake Chuzenji
dengan menaiki bas yang melalui free route ini. Pass ini berkonsepkan hop on
hop off. Segala maklumat jadual bas (station & waktu) terdapat di stesyen.
Sebenarnya di Nikko,
banyak jenis pass yang disediakan, so up to us untuk decide pass yang
bersesuaian dengan itinerary dan jumlah hari di Nikko. Jangan tersalah beli pass ya, sebab rugi jika beli pass tapi tak sempat cover tempat-tempat yang di lalui route untuk pass tersebut!
b)Kawagoe Pass – 700 yen
Kawagoe Pass ini untuk
kegunaan menaiki Tobu Tojo Line ke Kawagoe. Pass ini di beli di Tobu Tojo Line
kaunter, Ikebukuro Station.
c)Sightseeing Bus All Lines (Red Line, Green Line and
Blue Line) with Mount Kachi-kachi Ropeway and Kawaguchiko “En Soleil”
Sightseeing boat Ride - 2,300 yen.
Pass ini dibeli
untuk cover attractions tertentu di sekitar Fuji dengan menaiki bas. Pas ini valid untuk
2 hari sahaja. Kami beli sekali dengan pakej Ropeway dan boat ride kerana
harganya lebih murah berbanding jika beli berasingan.
Namun personally saya
rasa, Mount Kachi-kachi Ropeway and Kawaguchiko “En Soleil” Sightseeing boat
Ride Pass ini agak over rated kerana ada lagi banyak spot menarik untuk lihat
Fujisan. Tambahan pula, jika peak season, kita perlu beratur lama untuk enjoy
both ropeway & boat ride.
Tambahan pula, masa untuk cover semua tempat dalam pass ini sangat suntuk.
Salah satu contoh spot menarik dan wow untuk menyaksikan Fujisan yang indah tetapi tidak di cover dalam pass ini ialah ke Chureito Pagoda dengan menaiki train.
Anyway terpulang
kepada itinerary dan bajet masing-masing kerana ada beberapa lagi jenis pass
yang boleh dipilih mengikut kesesuaian. Jika berpeluang sekali lagi untuk ke Fuji, sudah tentu saya akan pilih pass lain. Saya tidak akan naik ropeway dan juga boat.
Pass-pass Fuji boleh dibeli di Tourist
Information Centre Kawaguchiko berdekatan dengan stesen bas Kawaguchiko. Penerangan tentang setiap pass boleh di dapati dari petugas di kaunter.
5)Tiket on the spot.
Ada juga tiket bas
yang di beli on the spot. Keputusan di buat mengikut kesesuaian masa dan perjalanan pada waktu tersebut. Contohnya tiket bas limo dari Akihabara ke airport Haneda. Hanya tunggu bas pada masa tertentu, naik bas, dan tiket di bayar dalam perjalanan. Untuk yang stay di Akihabara atau tempat-tempat laluan airport limo, saya galakkan anda naik airport limo ini kerana ianya sangat convenience.
Ringkasannya, tips untuk menjimatkan percutian di Jepun:
1)Rancang awal perjalanan.
2)Kenali tempat-tempat menarik yang berdekatan antara satu sama lain.
3)Kenali route yang akan di lalui. Kenali jenis pengangkutan awam yang paling jimat dan terdekat untuk ke tempat tersebut.
4)Kenali jenis pass yang bersesuaian untuk menjimatkan kos perjalanan. Banyak info boleh di dapati daripada laman web rasmi pass-pass berkenaan. (Terdapat maklumat di dalam Bahasa Inggeris).
5)Jika masih tidak dapat decide mode pengangukutan atau pass yang bersesuaian, jangan risau kerana Jepun sangat tourist-friendly. Anda boleh sahaja buat keputusan selepas mengunjungi Tourist Information Counter yang banyak terdapat di Jepun.
Di harap entry ini dapat membantu semua yang sedang merancang perjalanan ke Jepun.
Last but not least, (kerana ada lagi post menarik menanti anda selepas ini :-)) ..di harap post ini banyak membantu anda yang sedang merancang percutian di Jepun. Ameen. Lots of love.
Finding halal options yet experiencing authentic Japanese food to eat around Tokyo is a bit challenging. Overall there are only a small number of halal restaurants and food in Japan. But recently Japan has started to increase their Muslim friendly facilities including their food production. And when you found one, you must not resist!
Below I share halal restaurants that I've visited and some of the halal foods I've tried in Japan:
1) Curry House CoCo Ichibanya Halal Akihabara
Crispy cutlets and mouth watering curry! What more could you want? If you dream for a creamy and different taste Japanese curry, here's the place! You can select the level of spice, available from 1 to 10, from less spicy, somewhat spicy, most spicy even to the overly spicy!
Tips: Look for the green color signboard, because CoCo Ichibanya branch with yellow signboard is not halal. As at today, please take note that the only halal-certified CoCo Ichibanya is in Akihabara.
Address: 16 Kanda Matsunagacho, Chiyoda, Tokyo 101-0023,
Opening Hours: Open 24 Hours!! Yeahhh you hear it right!!
2) Shinjuku Gyoen Ramen Ouka
A nice eatery that serves authentic halal ramen.
The Ramen was light, yet flavourful and satisfying. It comes with a set of 2 sides, rice and a drink. You also can select the level of spice from 1 to 10.
As place is limited, reservation is highly recommended or else be prepared to wait for 30 minutes to an hour.
We did not made any reservation but we came during off peak hours, so we didn't have to wait at all! So please do come during off peak hours if you wanna really enjoy your meal.
Attention to all premium and rare taste lover! The meat here was so tender and delicious...not only the meat grade was superb, but it was fresh and juicy! At least once in life try!
The price might be expensive, but considering the quality of the Wagyu beef, it’s a worthy treat. Besides, there are many set options with various prices and you can choose the set that suits you.
Address: 3 Chome-27-9 Taito, Taitō, Tokyo 110-0016, Japan
A comfortable Japanese-deco restaurant located in Diver City Mall.
A Set of Tempura and Mee Soba which was worth every penny.. The portion was so big, enough for sharing of two persons. You can choose hot/cold soba, and it taste so unique.
Address: 1 Chome-1-10 Aomi, Koto, Tokyo
Opening Hours: Everyday 11am -11pm
5) Aladdin Restaurant
The food was very good and the naan taste excellent. The rice portion was very large. The only setback is, you have to buy food with the price of minima 1,000 yen.
Address: 5 Chome-2-1 Tsukiji, Chūō, Tokyo 104-0045
7) Halal food in Haneda Airport.
There are some interesting halal food that you can but at Haneda Airport and I highly recommend you to get this "Royce Nama Chocolate' to bring back home. The are two available halal flavours as per below picture, and the rest are non-halal.
Kami berada di Jepun (Tokyo – Nikko – Kawaguchiko – Disneysea) pada
akhir musim luruh (autumn) selama 10 hari.
Selama tempoh tersebut, sebanyak 5 buah hostel/hotel telah kami pilih
sebagai tempat untuk menginap di Jepun. Kesemua accommodations ini telah di tempah
seawal 2 BULAN hinggalah 3 BULAN sebelum menjejakkan kaki di Jepun.
Berikut adalah jumlah harga
setiap accommodations yang telah kami tempah:
1) First Cabin (1
malam): 5,300 yen per person
2) Hotel Famitic Nikko
(1 malam) : 9,000 yen per room.
3) E-Hotel Highashi
Shinjuku (3 malam): 35,000 per room for 3 nights.
4) Plaza Inn
Kawaguchiko (1 malam) : 8,500 yen per room
5) Akhibara Hotel 3000
(3 malam) : 21,342 yen per room for 3 nights.
Penginapan di Jepun
telah di tempah melalui website AGODA.
Ketika memilih dan menempah accommodations yang sesuai untuk 2 orang,
saya telah mengambilkira beberapa faktor:-
1) SELESA YANG PALING MURAH. (atau BERPATUTAN). Percutian ini tidaklah bajet
sangat,, memandangkan saya membawa ibu bersama. Pilihan pertama ialah yang
selesa. Namun saya tetap dengan sedaya upaya cuba untuk meminimakan kos accommodations.
Lagipun kami keluar awal pagi dan hanya pulang lewat petang/malam, jadi agak
rugi jika pilih accommodations yang mahal.
2)RATING YANG TINGGI. Walaupun murah/berpatutan,
kesemua accommodations yang dipilih saya pastikan punya rating
Agoda sekurang-kurangnya 7.5 dan ke atas. Saya juga membandingkan rating di
Tripadvisor, Booking.com dan Hostelworld.com. Seperti yang telah dinyatakan di
atas, saya tetap pentingkan keselesaan dan kepuasan hati dalam memilih tempat
penginapan yang sesuai.
3) PRIVATE ROOM & PRIVATE BATHROOM Pilihan pertama, saya cuba untuk
mendapatkan accomodations Private Room & Private Bathroom. Jika tidak
mampu, saya akan aim hostel-hostel with shared bathroom dengan rating yang
tinggi. Jadi, separuh accomodations yang saya senaraikan ini adalah murah untuk
mereka yang mahukan private room. Jika anda pilih yang bukan private
room, mungkin harganya boleh dapat lebih murah lagi.
4) HEATER & HOT SHOWER – ini sangat penting kerana cuaca
autumn sejuk sedang menghampiri winter. Paling best kalau
accommodation yang dipilih ada floor heating, pijak lantai yang warm dalam
kesejukan yang mencengkam adalah sebuah kebahagiaan.
5) BERDEKATAN SUBWAY, BUS STATION atau EASILY ACCESSIBLE. Kalau tidak, jenuh menapak
sebab kami menggunakan pengangkutan awam sepenuh masa. Kena rajin baca review jika
mahu tahu betul atau tidak accomodations berkenaan berdekatan metro atau tidak
kerana 5 minit orang Jepun mungkin bersamaan dengan 15 minit orang Malaysia
berjalan kaki. Trust me!
6) BERSIH, BERSIH & BERSIH. Dah la murah, nak bersih pulak
tu. Itu sudah pasti! Banyak je accomodations di Jepun murah
dan bersih. Selain bersih, pastikan jangan ada bed bug (kena
baca review satu persatu jika mahu tahu ada bed bug atau
tidak.)
Semasa accomodations ini di tempah, ianya adalah pada waktu yang
berbeza-beza, maka rate semasa itu juga berbeza-beza.
Setelah study berulangkali, akhirnya berikut ialah
senarai tempat-tempat penginapan pilihan yang telah di tempah selama berada di Jepun.
1)First Cabin (Haneda)
Apa yang bestnya hostel ni?
Tujuan utama saya memilih tempat ini ialah kerana mahu
merasai tinggal di capsule hostel. Sebab kedua ialah saya merancang untuk
bergerak ke Nikko dengan menaiki bas dari Airport Haneda pada awal pagi, maka hostel
ini adalah pilihan yang paling sesuai memandangkan ia terletak di kawasan
airport.Ianya sangat dekat dengan Haneda International Airport, dan hanya perlu
menaiki shuttle bus untuk ke First Cabin, yang terletak di Haneda Terminal 1.
Selain itu, hostel ini sangat bersih, dengan toilet yang first class. Kemudahan
yang disediakan adalah first class dengan selipar, baju tidur dan toiletries
brand Sheiseido yang terdiri daripada pencuci muka, toner malah moisturizer. Ladies Cabin dan Men Cabin adalah berasingan.
Kelemahan capsule hotel ialah untuk orang yang mudah terjaga, mungkin
tidur akan sedikit terganggu sekiranya jiran-jiran capsule
keluar/masuk/bercakap walaupun dengan nada perlahan.
My rating : 7.0/10 - Capsule hotel adalah pengalaman yang unik, tetapi
saya suka tidur didalam keadaan yang senyap sunyi, maka mungkin saya tidak akan
memilih capsule hotel lagi selepas ini. Jika anda jenis yang tidak mudah terjaga semasa tidur, saya rasa
capsule hotel lebih bagus daripada hostel kerana keadaan tempat tidur yang
sangat privacy.
2) Hotel Famitic Nikko
Saya pilih hotel ini
kerana ia adalah hotel yang paling murah dengan rating yang paling tinggi di Nikko
mengikut ciri-ciri yang saya mahukan.
Hotel ini tersangatlah dekatnya dengan TobbuNikko station, tak sampai 5
minit berjalan kaki.
Bilik yang saya pilih mempunyai tandas dan sinki di dalam bilik, cuma untuk
shower ianya terdapat di luar, bersebelahan bilik. Keluasan di dalam bilik
adalah sederhana, tidak besar tetapi memadai untuk 2 orang.
Toiletries juga tiptop, dengan pencuci muka dan moisturizer.
Kebersihan adalah tip top, dengan pemandangan luar yang amat memukau.
Yang seronoknya, hotel ini berhadapan dengan Famili Mart, malam-malam
sempat kami ke sana minum coffee dan hot chocolate. Malam tidur memang enak kerana suasana bilik yang sunyi, tambahan pula
bilik di lengkapi dengan floor heating.
My rating: 9/10
3)E-Hotel Highashi Shinjuku
Segala-galanya yang ada di sini sememangnya seperti hotel. Harga sebenar hotel adalah mahal, tetapi saya dapat grab semasa promo oleh Agoda.
Keluasannya tidak besar, tetapi memadai untuk 2 orang, bergantung kepada saiz beg. Semuanya lengkap termasuklah ada ubat gigi dan siap dengan toiletries seperti pencuci muka, toner dan moisturizer. Kebersihan adalah tip top. Toilet sudah tentulah complete di dalam bilik.
Yang paling seronok, hotel ini terletak betul-betul di sebelah pintu
masuk mrt station.
My rating: 8.5/10
4) Plaza Inn
Kawaguchiko
Mungkin kerana Kawaguchiko menjadi tumpuan ramai pelancong, jadi di saat-saat saya survey accomodations di sini, tak banyak yang tinggal mengikut jenis-jenis hotel yang saya mahukan. Pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk menempah hotel ini kerana terbaca review bahawa ia merupakan bangunan lama. Namun nasib baik semuanya baik-baik sahaja haha!
Walaupun accommodation ini ialah sebuah hoteldi bangunan yang agak lama, tetapi ianya bersih dan lengkap, toilet di dalam bilik. Ianya merupakan bilik yang paling besar sepanjang saya menginap di Jepun. Ntah mengapa saya lupa mengambil gambar bilik, mungkin kerana terlalu asyik mengambil gambar video dan pemandangan di luar. Jadi kalau nak tahu pemandangan di dalam bilik, boleh aje tonton video di bawah sekali.
Bilik saya menghadap belakang, view luar bilik memang super awesome! Paling best boleh lihat rumah-rumah orang Jepun secara dekat.
Ianya sangat dekat dengan Kawaguchiko Station, iaitu lebih kurang 5
minit berjalan kaki.
Cuma yang tak bestnya, ada receptionist yang agak kurang fasih berbahasa Bahasa Inggeris. My ratings: 7.5/10
5) Akihabara 3000
Antara semua tempat saya menginap di Jepun,
Akihabara 3000 adalah yang paling jauh dari stesen mrt iaitu sejauh 600 meter.
Ianya merupakan sebuah hostel dan kesemua tandas
terletak di luar bilik.
Seperti biasa, saya tetap memilih private room untuk
2 orang. Kekurangannya, semua katil adalah jenis dua tingkat, tiada double bed atau single bed. Namun yang bertuahnya, sepanjang kami menginap, hanya kami berdua di tingkat
tersebut dan penggunaan tandas juga amat privacy, iaitu kedua-dua toilet dan shower room sangat dekat terletak di
hadapan bilik.
Paling saya suka di hostel ini ada disediakan kemudahan coffe, tea etc 24 hrs di kafenya yang berada di tingkat bawah sekali. My ratings: 7.5 /10
RINGKASANNYA, JUMLAH KOS PENGINAPAN PER PAX bagi 10 hari percutian kami di Jepun
ialah MYR 1,605 Per pax.
Bagi yang berminat untuk lihat lebih lanjut, ini pula video accomodations di atas..harap dapat membantu. Tq and stay tune for next entry!