Kali
ini, saya mahu berkongsi pula tentang percutian di Krabi, iaitu perancangan
yang telah di buat untuk menjayakan percutian ini, itinerari serta kos-kos terlibat. Percutian ini
adalah percutian selama 4 hari.
PENGANGKUTAN
/ TRANSPORTATION
KUL-
KRABI-KUL = RM 239 PER PAX
Perkara
pertama yang perlu ada ialah tiket penerbangan ke Krabi. Tiket ini di beli
lebih kurang 3 bulan sebelum tarikh berlepas.
Saya
telah memilih tiket return Air Asia ke Krabi. Harga sudah termasuk 25 kg
check-in bagasi pergi dan pulang, di kongsi seramai 5 orang.
Kami
tidak menempah sebarang makanan di dalam flight, kerana jangkasama penerbangan
dari Kuala Lumpur ke Krabi hanya mengambil masa selama 1 jam 25 minit sahaja.
PENGANGKUTAN
DALAM KRABI
JUMLAH
KOS PENGANGKUTAN DI DALAM KRABI : RM 87.00 / 688 Baht per pax (kereta di kongsi
5 orang)
Di
Krabi, kami telah menyewa kereta sebaik tibanya di airport Krabi dan telah
menggunakan sepenuhnya kereta sewa sepanjang di Krabi. Memandu di Thailand
mudah untuk rakyat Malaysia kerana lesen kenderaan Malaysia boleh di gunapakai tanpa perlu memohon lesen
antarabangsa.
Kereta
di sewa melalui kaunter Budget yang terdapat di airport Krabi. Kebetulan pada
ketika itu, ada promosi di adakan oleh Budget, maka harga yang ditawarkan cukup
murah memandangkan ia sudah termasuk insurans penuh. Melalui pemerhatian saya,
harga jika menempah secara online adalah berganda-ganda lebih mahal.
Ini
adalah details kos sewa kereta sepanjang di Krabi:
Jumlah
kos sewa kereta selama 3 hari (jenis Honda City): 2,850 Baht untuk 3 hari (iaitu
950 Baht per day)
Duit
minyak di Krabi selama 3 hari: 590 Baht.
PENGINAPAN
/ ACCOMODATION
JUMLAH
KOS PENGINAPAN: RM 97 per pax (4 hari 3 malam)
Di
Krabi, saya memilih untuk tidak menetap di Aonang, memandangkan kami telah
mengambil keputusan untuk menyewa kereta sejak awal lagi.
Namun,
tempat penginapan kami tidak terlalu jauh iaitu lebih kurang 8 km (13 minit)
dari Aonang dan 18 km (25 minit) dari airport.
Kami telah memilih untuk menetap di Krabi Inn Resort. Ianya adalah hotel yang baru sahaja di buka mulai awal March 2017.
Untuk yang sukakan ketenangan dan kedamaian, haruslah pilih Krabi Inn Resort. Selain harganya yang murah, bilik dan kawasan sekitar SANGAT luas dan bersih. Ianya kawasan yang sesuai untuk berehat berbanding memilih hotel di tengah-tengah Aonang. Namun jika anda sememangnya sukakan suasana yang happening, mudah bergerak walau tanpa kereta, senang makanan halal, maka hotel di kawasan Aonang adalah jawapannya.
Harga untuk 4 hari 3 malam bagi kami berlima ialah RM 484 tidak termasuk breakfast. Ini bermaksud, harganya hanya berjumlah RM 97 seorang untuk keseluruhan hari bercuti! Biliknya sangat bersih, moden, baru dan saiznya cukup selesa untuk berlima. Ianya menempatkan 2 katil king di dalam dua buah bilik yang di pisahkan oleh ruang tamu di tengah-tengah. Setiap bilik mempunyai dapur dan peti ais sendiri.
Layanan dari staf-staf resort adalah cekap dan memuaskan.
TIKET
MASUK / ENTRANCE FEES (PAKEJ ISLAND HOPPING DAN SNORKELING)
JUMLAH
KOS PAKEJ ISLAND HOPPING DAN SNORKELING: RM 380 / 3,000 Baht ( kos untuk 5 pax)
Untuk
rujukan, saya telah masukkan harga tiket masuk di dalam penyata kos akhir
sekali di bawah.
MAKANAN
JUMLAH KOS MAKANAN : RM 86 per pax.
Kami memang makanan di Krabi semata-mata dan tidak lansung membawa makanan dari Malaysia.
Oleh kerana kami tidak menetap di Aonang serta bernasib baik terjumpa lokasi makanan yang halal, murah dan sedap, maka kos makanan tidak terlalu mahal walaupun kami lansung tidak berkira tentang makanan. Makanan halal di Aonang lebih mahal.
LAIN-LAIN KOS
Simkad :
Simkad memang wajib la ada kan.. bawa kereta dah confirm kena guna google maps untuk cari arah. Kalau sewa gps harga terlalu mahal.
Kami beli simkad DTAC di
airport Krabi. Masa tu ada promo. Harga simkad unlimited wifi selama 7 hari
hanya 100 Baht je (RM 13.00). SImkad ni memang power. Di tengah-tengah lautan
pun boleh dapat internet.
Travel Insurans:
Seperti biasa, saya memang
amat suka dan setia dengan travel insurans AXA iaitu harga SMART Traveller
kalau ke Krabi hanyalah RM 13.00 seorang. Murah dan berbaloi-baloi.
JUMLAH
KESELURUHAN PER PAX
JUMLAH KOS PER
PAX ialah RM 616 setelah
di campurkan jumlah tiket penerbangan perbelanjaan hotel, pengangkutan,
entrance fees, makanan, simkad dan travel insurans.
JUMLAH
KOS PER PAX ialah RM 377 sekiranya
tidak termasuk tiket penerbangan.
Jumlah
ini ialah untuk 4 hari di Krabi.
Dan akhirnya, rumusan
kos pelancongan ke Krabi di atas dapat di simpulkan seperti di dalam rajah di
bawah.
ITEM | Total MYR (ALL) | Total MYR (PER PERSON) | Total Baht (ALL) | Total Baht (PER PERSON) |
TRANSPORTATION | ||||
KL - KBV, KBV-KL (AIR ASIA) | 1,194 | 239 | NA | NA |
Car rental for 3 days - Budget | 361 | 72 | 2,850 | 570 |
Car petrol | 75 | 15 | 590 | 118 |
TRANSPORTATION (TOTAL) | 1,630 | 326 | ||
ACCOMODATION | ||||
Krabi Inn Resort (4D3N) | 484 | 97 | NA | NA |
ACCOMODATION (TOTAL) | 484 | 97 | ||
Hong Island Package (TOTAL 3Adult, 2Children) | 380 | 3,000 | ||
Summary | ||||
Adult | ||||
Package Fee | 400 | |||
National Park Fee | 300 | |||
Total (3 Adult) | 265 | 88 | 2,100 | 700 |
Children | ||||
Package Fee | 350 | |||
National Park Fee | 100 | |||
Total (2 Children) | 115 | 58 | 900 | 450 |
ENTRANCE FEES (ALL) | 380 | 76 | ||
TRAVEL INSURANCE -AXA | 66 | 13 | NA | NA |
SIMCARD | 26 | 13 | 200 | 100 |
FOOD | 430 | 86 | 3,398 | 679.6 |
SOUVENIR | 63 | NA | 500 | NA |
TOTAL WITHOUT FLIGHT TICKET | 1,885 | 377 | ||
GRAND TOTAL (ALL) | 3,079 | 616 |
Day 1
-Tiba di airport Krabi pada pukul 2.00 petang
-Beli simcard
-Sewa kereta
-Check-in Krabi Inn Resort pada pukul 3.15
petang.
-Solat dan rehat-rehat sebentar di hotel
-Alas perut makan pancake di Aonang
-Singgah di Aonang Hilltop
-Lepak-lepak di Pantai Aonang
-Survey dan beli pakej Island Hopping
-Jalan-jalan di Muslim Street.
-Back to hotel n rest.
Day 2
-Breakfast berdekatan Muslim Street
-9.30 – 4.30 petang - Hong Island Trip (Lading
Island, Pakbia Island for Lunch, Hong Lagoon & Hong Beach)
-6.30 petang – discover Krabi Town. Ada pasar
malam & Fun Fair.
- back to hotel n rest
Day 3
-Breakfast berdekatan dengan Kak Hang Nak
-9 am – Mula Mendaki Tab-Hang Nak Hill Nature
– Pendakian ni ialah pendakian yang santai, siap sempat berkelah makan-makan di
puncak gunung!
-12.30 pm – Air Terjun di kaki gunung Hang Nak
- 2.00 pm – Lunch
- 3.00 pm – Fossil Beach
-5.00 pm – Go back hotel to solat & Rest
-6.00 pm Dinner & beli Souvenir
Day 4
- Check Out and drop to airport (Morning
Flight)
Oleh kerana ramai
yang bertanya tentang aktiviti pendakian di Tab Hang Nak Hill, saya akan share
tentang pendakian tersebut di entri kemudian. Stay tune ya.
macamana nak beli travel insurans tu?
ReplyDeleteHye nak iternarary pergi hiking tu please sbb sy nak pergi krabi next week
ReplyDeleteBlh share x..nama company sewa kereta tu?
ReplyDeleteKalau sewa berapa kalau sehari
ReplyDeleteTravel insurans axa tu beli kat mana ya? Tiket flight awak x termasuk insurans air asia tu la ye? Boleh reply ke email saya x mahirah_thebest@yahoo.com
ReplyDeleteSaya mmg beli tiket fligh asing drp insurans. Beli Axa tu tru onlone je awak
Deletesangat bagus blognya, boleh share untuk package hong island dimana beli dan apakah sudah termasuk snorkeling? untuk adult berapa harga?
ReplyDeleteterimaksh informasinya
Nak tumpang tanya semasa menyewa kereta di krabi ada tak diaorang minta deposit kredit kad 9000baht.Tolong lah balas
ReplyDeletesalam...boleh email tentatif x? nurul_qziedana@yahoo.com
ReplyDeleteBoleh saya tau pasal tmpt hiking tu
ReplyDeleteNak tanya kalau sewa kereta ada apa apa deposit ke
ReplyDeleteWah... macam menarik je aktiviti yang ni. Sebelum ni ke Krabi juga tapi ada tempat kat disebut tu belum sampai lagi. Nampaknya macam kena repeat lagi ni.
ReplyDeleteAnyway sudi2 lah singgah ke blog saya ye.. 😊
http://ehgadismisteri.blogspot.com/?m=1
huking tu free ye?
ReplyDelete*hiking
ReplyDeleteSye dh pegi tahun lpas bln 5..tahun ni nk pegi lagi bulan 4 ni.., dgn mak ayah Dan partner, sbb ada jgk tmpat yg blom explore lagi mse pegi tahun lpas...
ReplyDeleteSye dh pegi tahun lpas bln 5..tahun ni nk pegi lagi bulan 4 ni.., dgn mak ayah Dan partner, sbb ada jgk tmpat yg blom explore lagi mse pegi tahun lpas...
ReplyDeletesalam. Simcard DTAC tu boleh buka hotspot ?
ReplyDeleteSalam. simcard DTAC tu boleh buka hotspot ?
ReplyDelete