Commercial Break

Tuesday, October 6, 2015

Gerome Open Air Museum



Menjejakkan kaki di Goreme Open Air Museum, terasa seolah-olah berada bukan di bumi nyata. Seakan-akan di dalam filem atau mungkin di planet angkasa. Realitinya di hadapan mata, terbentang landskap bumi asing yang menarik.

Luarannya, jelas kelihatan formasi batu-batuan seumpama ‘flinstones’ serta gua-gua yang membentuk gereja-gereja dan monastery-monastery bersebelahan antara satu sama lain.



Goreme Open Air Museum merupakan kompleks gereja yang dibina dan aktif di gunakan sekitar abad ke 10 hingga ke 12. Pada zaman awal kristian, penganut-penganutnya telah melarikan diri dari keadaan politik yang tidak menentu dan penganiyaan dan hasilnya mereka telah mengorek dan membentuk gua untuk di jadikan tempat beribadat, gudang, tempat tinggal dan pelbagai lagi. Gerome Open Air Museum adalah satu contoh tempat beribadat yang sangat besar bagi mereka pada zaman tersebut.

Tidak hairanlah ianya di senaraikan di bawah UNESCO WORLD HERITAGE sejak tahun 1985 lagi.




         
Jelasnya, ia cukup bermakna bagi penganut agama kristian, di lihat dari ukiran-ukiran di dalam gua. Banyak ukiran yang menggambarkan pelbagai cerita dan rahsia yang mungkin hanya di fahami oleh sebahagian penganut kristian.






Terdapat juga, batu-batu yang di bentuk menjadi tempat makan, dapur dan sebagainya.





Paling tidak lupa, tulang-tulang manusia seawal abad ke 10, di biarkan terjaga rapi di sini tanpa di tanam, masih di kekalkan sehingga kini.


Ada sebuah church yang bernama Black Church, yang hanya boleh di masuki dengan tambahan bayaran TR 10. Mungkin church ini lebih istimewa dari yang lain, di lihat dari cara ianya di kawal.




Di luar kawasan ini terdapat kedai-kedai yang menjual souvenir. Harga di sini sederhana, tidak mahal dan tidak murah.



Sesungguhnya, pengalaman hari pertama di Cappadocia sangat mengujakan dan mendebarkan. Membuatkan saya tidak sabar untuk menikmati hari-hari seterusnya di Cappadocia.

No comments:

Post a Comment