Commercial Break

Monday, October 5, 2015

Manisnya Cinta di Cappadocia (Kapadokya)



Tak lengkap pelancongan ke Turki tanpa Cappadocia.

Bukan setakat filem-filem Turki, malah cerita-cerita Mat Salleh pun banyak yang di filemkan di sini. George Lucas pun teringin untuk memfilemkan salah satu siri Start Trek di sini, tapi kerajaan Turki tidak benarkan atas sebab-sebab tertentu.

Keajaiban dan pesona bentuk muka bumi Cappadocia sememangnya menjadi tarikan penerbit televisyen dan filem serata dunia termasuklah Malaysia dalam “Manisnya cinta di Cappadocia”.

First time jejakkan kaki di Cappadocia perasaannya seperti berada di planet asing.

Ok, nanti dahulu mengenai puji-pujian dan kekaguman yang tak habis tentang Cappadocia sebab banyak hari kami akan spend di Cappadocia. 

Kami tiba di Goreme, salah satu pekan di Cappadocia pada pukul 8.30 pagi. Bas berhenti di stesen bas yang comel. Sebelum turun bas, dah siap-siap inform driver bahawa kami nak turun di Goreme sebab bas berhenti di beberapa tempat lagi di Cappadocia.


First thing yang kami buat sebelum ke mana-mana ialah siap-siap beli tiket bas long distance ke Pamukkale, iaitu destinasi yang seterusnya. Nak kena secure tiket dahulu, sebab Spring adalah antara tempoh yang paling ramai pelancong di Turki.

Harga tiket Cappadocia-Pamukkale ialah TR 50 melalui syarikat Metro Turizm juga. Kaunter Metro Turizm di sini kecil sahaja tidak sebesar di Istanbul. Seperti biasa, kami tumpang letak bagasi kat kaunter tiket Metro Turizm sebab kami akan berjalan di sekitar Goreme dahulu sebelum check in hotel yang berada di Uchisar ( 3km daripada Pekan Goreme).


Selepas tu kami ke tandas yang jaraknya dekat sahaja dari stesen bas, lebih kurang 50 meter. (Eh, tandas pun nak cerita? hahaha) Mestila… sebab nak beritahu, hampir kesemua tandas awam di Turki adalah berbayar, TIDAK PERCUMA. Tiket masuk ke tandas kebanyakannya adalah berharga TR 1. Rasanya entah berapa percent kami spend bajet untuk tandas semata-mata.


Kemudian, kami berjalan-jalan cari restoran or kedai makan untuk breakfast. Mungkin masih awal pagi, orang tak ramai dan kedai pun belum banyak bukak lagi. Ada sebuah restoran baru je buka masa tu, KAPPODAKYA KEBAB CENTRE.

Di sini kami try satu set Spicy Kebab & Coffee yang berharga 11 TL.

Kalau dah sampai Turki, wajib try Turkish Coffee ni sebab rasa dia lain dari yang lain. Memang umpphhhh. Dan saya rasa, Turkish Coffe di sini amat enak sekali.




Di sini ada wifi PERCUMA.

Selepas tu kami pun berjalan kaki menuju ke Goreme Open Air Museum.

Masa melalui jalan ke Goreme Open Air Museum ni hati dah mula terpukau. Tak habis-habis ‘waaa wow woowww”. Subhanallah, memang unik dan lain.Tak terasa berjalan sejauh lebih kurang 1.5km untuk tiba ke tempat yang mahu di tujui.








Saya akan sambung cerita mengenai Goreme Open Air Museum ini di entri selepas ini.

No comments:

Post a Comment