Commercial Break

Sunday, February 1, 2015

AUCKLAND - Dress-Smart

Bagi yang suka berkunjung ke La Valle Village, Paris ataupun Bicester, London, anda pasti tidak akan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Dress-Smart yang terletak di Onehunga, Auckland ini.

Di sini terletaknya outlet-outlet yang menawarkan harga yang sangat berpatutan bagi barang-barang branded dan berjenama lebih-lebih lagi harganya akan jauh lebih murah pada masa musim jualan murah atau jualan sebelum Krismas.

Sebenarnya, Dress-Smart di New Zealand mempunyai 3 cawangan iaitu di Onehunga, Hamilton dan Christchurch.

Bagi anda yang suka bershopping, terutamanya barang yang berjenama, percayalah yang anda kena dah HARUS memperuntukkan satu hari untuk DressSmart semata-mata.

Ada beberapa cara yang mudah dan murah nak pergi ke Dress-Smart ini iaitu dengan menaiki train ataupun bas. Kalau ada kereta, nak naik kereta pun boleh, tetapi DressSmart sangat mudah di kunjungi melalui two mode of transportation ini.

Oleh kerana saya pergi ke branch Onehunga, maka saya akan ceritakan cara saya pergi ke Dress-Smart di Onehunga.

Saya pergi dengan menaiki train / keretapi melalui Britomart.
Untuk ke Britomart, saya haya perlu berjalan kaki menyusuri Queen Street dari tempat penginapan saya di Symonds Street, Auckland sehinggalah tiba di Britomart yang terletak di Downtown Auckland. Ia hanya lebih kurang 15 minit berjalan kaki.

Di stesen Britomart, saya membeli tiket yang berharga NZD 5 ke stesen Onehunga. (direct tanpa henti).

Menaiki trains / keretapi adalah sangat convenience kerana jadual keretapi daripada Britomart ke Onehunga pada setiap hari Isnin-Jumaat adalah setiap setengah jam sekali waktu peak hour (6.15am-9.45am dan 2.45pm -7.45pm) dan satu jam sekali pada waktu non-peak hour. Train yang terakhir meninggalkan Britomart ialah 9.17 pm dan tiba di Onehunga pada 9.47pm. (setengah jam perjalanan).

Manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, trains lalu setiap satu jam sekali bermula pada pukul 7.42am daripada Brittomart.

Memilih untuk menaiki keretapi adalah cara terbaik untuk melihat dan menyusuri dan mengenali Auckland kerana keretapi akan melalui stesen Newmarket, Remuera, Greenlane, Ellerslie, Penrose, Te Papapa sehinggalah tiba di stesen Onehunga.

Tiba di Onehunga, sangat mudah untuk ke Dress-Smart (dalam 7 minit berjalan kaki) kerana ada peta yang di sediakan di stesen Onehunga.

Semasa berjalan, saya mengambil peluang melihat pekan kecil Onehunga.


Kalau dah nampak church ni, bermaksud Dress-Smart dah dekat sangat dah.


Memang terbukti, berjalan di dalam Dress-Smart, memerlukan sekurang-kurangnya satu hari. Ini kerana barang-barang yang di jual, adalah berjenama dengan harga berpatutan sekiranya ada sale.

Saya pulang dari DressSmart dengan menaiki bas percuma yang memang khas di sediakan untuk pelancong sahaja. (Dress-Smart Free Tourist Shuttle Bus).

Shuttle percuma di sediakan setiap hari Isnin – Jumaat sahaja, dan ianya bergerak betul-betul dari Dress-Smart pada setiap pukul 10.30am, 12.00pm, 2.00pm dan 4.00pm. Bas ini kecil sahaja, jadi pastikan anda tiba lebih awal agar dapat beratur di hadapan kerana tiada siapa di benarkan berdiri di dalam bas ini.

Sebenarnya, shuttle percuma ini ada juga di sediakan untuk pelancong yang mahu ke Dress-Smart. Saya menaiki keretapi kerana ingin melihat pemandangan Auckland.

Shuttle percuma bergerak dari Langham Hotel, Rendezvous, 61 Victoria Street West, Outside the Money Exchange dan Mercure Hotel sehinggala tiba ke Dress-Smart.

Dress-Smart di buka pada setiap hari daripada pukul 10 pagi sehingga 5 petang.



No comments:

Post a Comment