Commercial Break

Thursday, February 26, 2015

WELLINGTON - Museum of Wellington City & Sea

Haruslah ke sini.



Selain ianya PERCUMA, (ya betul di New Zealand memang banyak muzium yang PERCUMA) ianya berdekatan sahaja dengan Wellington's waterfront, Lambton Quay dan Museum of New Zealand Te Papa Tongarewa. Kiranya tempat-tempat ini adalah tarikan di Wellington.

Itinerary untuk ke tempat-tempat ini memang di susun sekali berderet-deret untuk memudahkan.

Uniknya muzium ini, bangunannya klasik dan ia dahulunya adalah Bond Store. Ianya di bina pada tahun 1892 dan terus kukuh hingga sekarang.

Muzium ini juga menjadikan tarikan orang tempatan. Masa saya ke sini, ada dua rombongan sekolah juga melawat tempat ini.









Terpukau juga kerana masuk-masuk sahaja, kita akan berasa berada betul-betul pada keadaan satu-satu peristiwa itu berlaku pada zaman dahulu.

Susah mahu gambarkan.







Selain itu ada juga di pamerkan Wellington Harbour Board.


Antara yang paling menjadi tarikan ialah di sini ada di pamerkan tentang 1968 Wahine Ferry Disaster yang berlaku pada tahun 1968, dan 101 stories of 20th century Wellington life.

Begitu juga dengan A Millennium Ago, iaitu kisah lagenda mengenai kaum Maori. 

Anggaran masa untuk menikmati pameran di Muzium ini ialah selama 2 jam.

No comments:

Post a Comment