Commercial Break

Tuesday, February 17, 2015

NEW ZEALAND NORTH ISLAND - Cathedral Cove ( Coromandel Peninsula )

Cathedral Cove adalah destinasi  menarik seterusnya di Coromandel Peninsula, selepas puas berendam kaki di air panas Hot Water Beach. Cathederal Cove jaraknya hanya 10 minit memandu daripada Hot Water Beach.

Keindahan dan keunikan New Zealand sememangnya menjadi tarikan seantero dunia, lantas Cathederal Cove ini juga pernah menjadi lokasi untuk pengambaraan filem The Narnia : Prince Caspian.

10 minit? Ianya ternyata tidak begitu kerana setelah memandu sampai di hujung utara Hahei Beach, untuk ke Cathedral Cove yang sebenar haruslah berjalan kaki lebih kurang 1 jam melalui jalan yang khas di sediakan untuk pejalan kaki. Ianya bukanlah jalan mendatar tanah rata, malah ia mencabar dengan pengunjung perlu naik bukit dan turun bukit hinggalah sampai ke puncak, dan kemudiannya menuruni Cove.

Letih dan berpeluh sudah pasti, kerana itu harus ada stamina yang kuat untuk sampai ke Cove. Namun ianya sangat berbaloi kerana tersergam di hadapan mata satu keindahan dan keunikan yang tidak pernah di saksikan sebelum ini.   

Tambahan pula, sepanjang perjalanan pasti tidak terasa jemu kerana mata di sajikan dengan keindahan di kiri kanan dan menikmati udara nan segar tidak tercemar.
Di antara pemandangan indah di sepanjang jalan 
Pemandangan pantai di sebelah kanan laluan ke Cove.
Tangga untuk menuruni Cove setelah sampai ke hujung puncak
Setelah satu jam, akhirnya terbentang Cathedral Cove di hadapan mata.

Cathederal Cove umpama gua raksasa yang menghubungkan dua teluk kecil yang terpencil.

Ianya sangat indah seumpama lukisan. Hanya ada satu sahaja yang seumpamanya di sini.

 

Bukan itu sahaja, tidak terlalu jauh daripada Cathedral Cove ini terdapat satu batu yang amat besar kelihatan seperti terapung di atas air. Ia dinamakan 'Te Hoho' .

Ada beberapa 'Te Hoho' di sekeliling pantai.
                           

Pantainya sempurna untuk berkelah, bermain air dan berenang kerana pasirnya yang putih bersih dan di penuhi pokok-pokok  Potukawa yang rendang meredupkan sepanjang pantai.

Pantai ini juga sesuai untuk mereka yang minat snorkeling dan scuba. Untuk maklumat lanjut, sila klik ---Cathederal Cove Marine Reserve.

Sebenarnya selain berjalan kaki, anda boleh memilih untuk datang ke sini dengan menaiki bot atau kayak. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenainya ---Cathedral Cove.

Pengalaman di Cove, akan tabah berseri sekiranya kita mandi manda dan bersantai di sini. 

Rancanglah perjalanan awal ke Cathedral Cove untuk mengelak hari yang gelap ketika berjalan kaki pulang ke hujung Hahei Beach.

No comments:

Post a Comment