Auckland Domain merupakan taman rekreasi yang tertua di
Auckland.
Ianya luas dan mempunyai banyak fungsi, bukannya hanya terhad
kepada kawasan untuk bersantai semata-mata.
Antara tempat yang boleh di lawati di Auckland Domain ini
ialah Wintergarderns dan Auckland War Memorial Museum.
Di Auckland Domain kita boleh lihat taman rekreasi yang
mempunyai pokok-pook yang unik, tua dan juga kolam itik. Uniknya itik-itik di
sini peramah. Maksudnya tidak takut orang. Malah kesemuanya akan datang kearah
kita mengharapkan makanan.
Keseluruhan kawasan ini bersih dan cantik. Sekali lagi,
masuk ke Auckland Domain dan WIntergardens adalah PERCUMA. Cuma masuk ke Auckland War Memorial Museum kena bayar.
Mudah sahaja nak berkunjung ke sini, sebab sentiasa ada bas
yang berhenti di Domain ini dan juga stesen keratapi Grafton yang berhampiran.
No comments:
Post a Comment