Commercial Break

Tuesday, February 17, 2015

NEW ZEALAND NORTH ISLAND - Hot Water Beach ( Coromandel Peninsula )

Hot Water Beach.

Jika mahu saksikan orang dewasa dan kanak-kanak turut sama berganding bahu menggali pasir, di sinilah tempatnya.

Dan jika mahu saksikan fenomena unik luar biasa kolam air panas di tepi pantai, di sini jualah anda harus tujui.

Hot Water Beach terletak di Coromandel Peninsula, hanya 2 jam perjalanan dari Auckland CBD.

Seperti biasa, perjalanan ke North Island dari Auckland memang tidak pernah bosan kerana pemandangan indah menjadi santapan mata sepanjang perjalanan.

Pemandangan indah membuatkan perjalanan 2 jam terasa sekejap, dan akhirnya selamat tiba di Hot Water Beach.

Jika sebelum ini saya memuji tandas-tandas di New Zealand yang bersih, teratur dan berbau wangi, tandas di Hot Water Beach agak pelik sedikit.

Hanya ada dua (satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan), dan ini pertama kali saya menggunakan tandas yang lubang tandasnya terus tembus ke bawah tanah huwahuwahuwa.
Dari luar nampak biasa-biasa sahaja, cuba masuk dalam baru tahu keunikan tandas ini.

Hot Water Beach lebih di kenali sebagai Holiday Park Resort, oleh sebab itu mungkin pengunjungnya rata-rata adalah mereka yang sedang menghuni resort-resort berdekatan yang mempunyai kemudahan tandas yang lengkap di resort mereka, maka sebab itu lah kemudahan tandas tidak dititikberatkan di sini.

Jika sebelum ini cuaca agak panas di Huka Falls dan kemudiannya cuaca di Hobbiton pula sejuk berangin, hari ini cuaca di Hot Water Beach agak panas seperti di Huka Falls.

Seperti biasa, haruslah bersedia dengan sun block kerana tidak banyak pokok rendang untuk berlindung dari matahari di Hot Water Beach.
Prepare yourself with sunglasses juga.


Keseluruhan cuaca di New Zealand, memang agak payah di ramal.




Menariknya di Hot Water Beach ini, pengunjung boleh berendam air panas di tepi pantainya. 
Luar biasanya, air panas ini bukan berasal dari air laut tetapi ianya berpunca dari air di bawah pasir. 
Uniknya, air panas ini tidak sentiasa ada sepanjang waktu, tetapi hanya wujud pada waktu-waktu tertentu sahaja.

Fenomena air panas di Hot Water Beach hanya berlaku pada masa air surut sahaja, kerana pada masa itulah pasir ini boleh di gali dan akan mengeluarkan air panas. Suhu maksima air panas di sini ialah 65’!!!


Kebiasaanya, apabila hampir waktu air panas, para pengunjung akan mengorek pasir dengan agak dalam seperti kolam sehingga mengeluarkan air panas dan seterusnya akan berendam di dalamya.

Antara tips penting berkunjung ke Hot Water Beach ialah jangan lupa bawa penyedok untuk menggali pasir. Selain itu, anda tidak di galakkan berenang terlalu jauh dari pantai kerana ombak besar di Hot Water Beach adalah dalam kategori bahaya. Ombak ini sering datang bila-bila masa tanpa di sedari.

Sila klik di sini untuk sebarang maklumat lanjut mengenai tempat ini ---Hot Water Beach.



No comments:

Post a Comment