Hari yang sama di Wellington. Perjalanan di teruskan lagi ke The Beehive.
Ianya lebih kurang 15-20 minit berjalan kaki daripada Te Papa. Angin petang di Wellington semakin kencang dan suhu semakin sejuk. Wellington memang terkenal dengan cuaca yang sentiasa berangin, seakan tidak mahu berhenti.
Akhirnya tiba di pagar The Beehive dan masih perlu mendaki untuk sampai ke bangunan The Beehive yang terletak di atas bukit.
Ianya sama seperti kebanyakan bangunan lama di New Zealand, The Beehive masih mengekalkan struktur, reka bentuk dan ciri-ciri terdahulu.
Opps lupa nak cerita. The Beehive ialah parlimen di New Zealand.
Istimewanya di The Beehive ini, ada disediakan perkhidmatan 'parliament tour'. Seorang dedicated guide akan membawa pelawat-pelawat menjelajahi seluruh bangunan parlimen, di bahagian-bahagian tertentu yang dibenarkan berserta dengan penerangan yang cukup padat.
Masuk adalah PERCUMA.
Pemeriksaan ketat akan dilakukan sebelum pelawat dibenarkan masuk ke dalam, dan fotografi tidak sesekali di benarkan.
Saya rasa, para pelancong yang memilih Wellington sebagai destinasi pelancongan harus memasukkan The Beehive sebagai salah satu tempat yang wajib di kunjungi kerana di sini banyak maklumat dan pengetahuan berguna yang dapat di pelajari daripada undang-undang yang di laksanakan di New Zealand.
Undang-undang ini yang merencanakan New Zealand sebagai salah satu negara yang amat rendah kadar jenayahnya sehingga sekarang ini.
No comments:
Post a Comment