Commercial Break

Thursday, February 5, 2015

AUCKLAND - Harbour & Downtown

Downtown dan Harbour yang terletak di penghujung Aucland CBD ini, adalah salah satu tempat menarik yang saya suka sangat kunjungi sepanjang berada di sini.

Ia adalah salah satu tempat PERCUMA untuk sesiapa sahaja yang mahu merasai suasana sebenar Auckland, menikmati angin dan keindahan tepi pantai Auckland, dan melihat pelbagai  perkara menarik di sekitar. 

Di sini, setiap lebih kurang pukul 5 petang - 6.30 petang, kita dapat lihat penduduk Auckland beratur untuk menaiki feri pulang ke kediaman masing-masing. 

Ada juga kapal layar pelbagai bentuk.
Dan pelbagai jenis kapal.
Untuk para pelancong yang mahu ke pulau-pulau atau tempat-tempat tertentu, perkhidmatan ferri ada di sediakan setiap hari, mengikut jadual yang sedia ada. Jadual ini anda boleh dapati di I site atau di kaunter pertanyaan di sini. Anda boleh ke tempat-tempat berikut daripada Downtown Terminal ini:
-Bayswater
-Birkenhead
-Devonport
-Rangitoto Island
-Waiheke Island
-Pine Harbour
-Wes Harbour
-Gulf Harbour
-Stanley Bay


Untuk yang membawa kereta, tak perlu risau kerana ada parking space di sediakan. 

Cerita pasal kereta, dah beberapa kali saya lihat kereta-kereta cantik dan juga nombor plat yang unik di sini.

Di sini juga terletaknya Maritime Museum, tiket masuk untuk dewasa ialah NZD 17dan NZD 8.50 bagi kanak-kanak (5-14 tahun). 

Di tepian Harbour dan Downtown ini ada juga beberapa kafe, restoran, dan pub.

Dalam gambar di bawah ini adalah salah satu pub mereka. Tengoklah..ada pak guard besar yang jaga.

Harus diingatkan, walaupun Auckland sangat selamat, dan New Zealand terkenal kerana kadar indeks jenayahnya antara yang terendah di dunia, namun anda harus berhati-hati sekiranya berjalan-jalan dan bersiar-siar di Auckland pada waktu malam terutama malam weekend, kerana mungkin anda akan terserempak dengan orang mabuk. 

Di tepi downtown ini ada satu kedai aiskrim (Pride & Joy Ice Cream) yang masih terkesan di hati saya sebab kedai ni bukan sahaja jual aiskrim dan brownies, malah mereka menyediakan aktiviti memerah susu lembu untuk kanak-kanak.
Ini lembu mainan , budak-budak boleh cuba perah susu main-main di sini

Dan ini basikal yang di cantum-cantum sehingga menjadi seperti pokok, juga terletak di tepian Harbour.



No comments:

Post a Comment