Commercial Break

Wednesday, February 4, 2015

AUCKLAND - Britomart Transport Centre


Kali ini saya ingin berkongsi secara terperinci sedikit mengenai Britomart Transport Centre, iaitu stesen utama pengangkutan keretapi di Auckland. Malah yang menariknya, ia ada juga menyediakan perkhidmatan bas.

Bangunan Britomart Transport Centre terletak di penghujung Queen Street, Auckland CBD. Stesen keretapi terletak di tingkat bawah bangunan.

Mudah sahaja untuk mengenali bangunan ini, kerana ia masih mengekalkan reka bentuk lama dan unik.

Bangunan Britomart dibuka pada setiap hari seawal pukul 5 pagi (Isnin-Khamis), 5.20 pagi (Jumaat) dan 6.30 pagi (Sabtu dan Ahad).

Antara perkhidmatan yang terdapat di Britomart:
1)      Mesin tiket (syiling)
2)      Kaunter tiket (menjual tiket keretapi, tiket bas ke Howick & Eastern, dan NZ bus)
3)      Lif
4)      Tandas awam
5)       Kaunter pertanyaan perkhidmatan pengangkutan awam (sebarang informasi        mengenai sebarang jenis pengangkutan ada di sediakan di sini)
6)      Kafe & restoran

Saya telah menggunakan perkhidmatan keretapi ini untuk merasai pengalaman menaiki keretapi di sini. Semasa saya menggunaan perkhidmatan ini, orang tidak ramai kerana ia bukan peak hourIanya sangat bersih dan selesa.

Ini stesen-stesen dan laluan keretapi


No comments:

Post a Comment