Devonport, Auckland terkenal dengan dengan pantai-pantai yang cantik, bersih dan selamat untuk pelbagai aktiviti pantai. Penduduk tempatan atau local New Zealanders sendiri ramai yang datang ke sini untuk berkelah bersama keluarga.
Selain terkenal dengan sejarah navy, ia juga unik kerana pemandangan dan bangunannya yang comel dan cantik.
Untuk yang gemar membeli-belah di butik cantik dan unik, (tapi harga tidak murah) di sinila tempatnya. Devonport juga sesuai untuk peminat seni kerana di sini terdapat galeri seni yang pelbagai.
Cara untuk ke sini memang mudah. Hanya naik ferry dari downtown terminal melalui Fullers Passangers, 10 minit sahaja dah tiba di Devonport.
Ataupun boleh juga ke sini dengan menaiki kereta atau pun bas, 20 minit dari tengah-tengah bandar Auckland.
Anda boleh memilih menggunakan Self-guided Audio Tour sepanjang kunjungan anda di Devonport. Untuk yang berminat ke Davenport menggunakan cara ini, pergi sahaja ke I SITE Visitor Information Centre di Davenport Wharf, anda boleh dapatkan perkhidmatan Davenpor Audio Tours.
Sekiranya sudah berada di Devonport, wajib ke Mount Victoria yang terkenal dengan sejarahnya sebagai tempat simpanan senjata. Lagipun, view dan pemandangan di sini sangat indah. Jika mahu tengok aerial view of Devonport, di sinilah lokasinya.
Ingin mencuba-cuba merasa angin pantai, pilih sahaja salah satu pantai di Devonport. Ada beberapa pantai telah saya kunjungi sepanjang di Devonport. Salah satu pantai cantik, putih bersih yang saya kunjungi Devonport ialah Narrow Neck Beach.
Selepas itu saya ke Torpedo Bay Navy Museum. Muzium ini memang sangat menarik sebab mempamerkan sejarah bertahun-tahun naval di New Zealand. Masuk adalah percuma. Ianya terletak di hujung jalan King Edward Parade di Torpedo Bay.
Di sebelah pintu masuk muzium ada sebuah kafe,Torpedo Bay CafĂ© – di sinilah pertama kali saya merasai aiskrim New Zealand yang enak dan semestinya halal.
Aiskrim di kafe ini sangat-sangat sedap, terselah rasa keenakan dan kepekatan susu segar New Zealand. Selain sedap, ianya aiskrim yang paling murah di sini. Saya beli dengan harga hanya NZD 1. Kat tempat lain memang tak dapat harga ni.
Selepas itu saya ke Long Bay Beach.
Di sini, saya lihat banyak kemudahan yang di sediakan untuk memudahkan aktiviti bersama keluarga.
Yang pastinya, semua kawasan pantai dan rekreasi di Auckand sangat bersih dan selesa.
DI New Zealand, adalah menjadi satu kesalahan BESAR sekiranya membuang sampah merata-rata. Kalau ada sesiapa nampak anda berbuat begitu, jika tidak bernasib baik dia akan telefon dan buat aduan kepada polis. Memang bila-bila masa sahaja polis akan sampai depan mata dan anda akan di DENDA.
Sama juga sekiranya anda melakukan kesalahan lalu lintas / trafik. Denda bagi kesalahan lalulintas/trafik ialah sekurang-kurangnya NZD150.
Semasa pulang ke Auckland CBD, saya singgah sebentar di New Market. Berbanding Auckland CBD, saya tidak berapa gemarkan New Market kerana di sini harga-harga barang lebih mahal dan tidak banyak pilihan seperti di Auckland CBD.
Missha pun ada di New Market, mungin sebab ramai orang Korea menetap di New Zealand.
Saya syorkan sekiranya anda betul-betul mempunyai masa lebih, barulah anda ke New Market untuk melihat-lihat dan menerokai Auckland.
No comments:
Post a Comment