Commercial Break

Wednesday, February 25, 2015

WELLINGTON - Mount Victoria


Wellington.

Ianya sangat berangin dan sejuk. Suhu maksima ialah 15’ celcius.

Kebanyakan penduduk Wellington masih memakai baju sejuk, pakaian tebal dan coat.

Ianya amat berlainan semasa saya tinggalkan Auckland yang sedang di jengah musim panas. Ramai yang sudah memakai t-shirt, skirt pendek atau baju yang nipis.

Benarlah, ianya lebih sejuk di selatan berbanding utara New Zealand. Keadaan suhu dan cuaca summer di Auckland tidak semestinya sama di selatan New Zealand.

Dan sangatlah tepat jolokan Wellington sebagai "the coolest little capital in the world" oleh Lonely Planet.

Kesejukan amat terasa apabila saya tiba di Mount Victoria ketika matahari belum lagi naik begitu tinggi.

Apa istimewanya Wellington?

Tidak ramai yang sedar bahawa Wellington ialah ibu negara New Zealand dan merupakan pusat pentadbiran yang utama. Jumlah populasi di sini adalah yang kedua ramai di New Zealand selepas Auckland.

Saya tahu akan kenyataan itu pun setelah mulai mentelaah mengenai New Zealand secara serius. Selama ini, sungguh-sungguh saya menyangka Auckland adalah ibu negara.

Berbalik kepada Mount Victoria, sekiranya mahu melihat Wellington secara keseluruhan 360 degree, disinilah tempatnya.

Sekiranya di tanah rata Wellington amat sejuk dan berangin, di puncak Mount Victoria ini pula amat sejuk, berangin, menggigil, beku…lengkap semua sekali. Ianya sehingga ke tahap harus memakai sarung tangan.

Namun, ianya tetap tenang dan mendamaikan apabila lihat ke bawah daripada Mount Victoria ini. Ianya panorama yang mengasyikkan.

Saya rasa di mana-mana pun, perasaan melihat ke bawah dari tempat tinggi adalah satu perasaan yang maha hebat. 

Menariknya, salah satu babak dalam trilogy Lord of The Rings (LTOR) ketika Hobbit yang ketakutan menyorok daripada Black Riders telah di adakan di Mount Victoria. Pastilah Peter Jackson akan memilih Wellington untuk salah satu lokasi perfileman, kerana Peter sangat memuja Wellington. Disinilah beliau di lahirkan.

Bukan itu sahaja, ada beberapa movie yang lain juga telah di filemkan disini.












No comments:

Post a Comment