Museum of New Zealand Te Papa Tongarewa.
Tergeliat lidah mahu menyebutnya.
Maka sebutlah sahaja Te Papa. Semua orang di sini kenal nama itu.
Te papa di buka pada setiap hari. Masuk adalah PERCUMA.
Saya memang teruja sekiranya tempat yang di lawati itu PERCUMA kerana di New Zealand ini, kalau satu-satu tempat itu ada admission fee, memanglah mahal apatah lagi selepas convert duit kita.
Museum ini WAJIB di lawati. Ianya sangat menarik dan macam-macam ada.
Susah nak cakap apa yang ada di dalam ini kerana hampir kesemuanya ada di sini. Kalau rajin, mari baca serba sedikit mengenai muzium ini di sini. TE PAPA (Klik di sini)
Untuk ke Te Papa, dari Museum of Wellington City & Sea hanyalah 5 minit berjalan kaki melalui Wellington Waterfront.
Haip!! Jangan malas nak jalan! Di New Zealand memang kena rajin jalan.
Boleh je nak lepak-lepak dan rehat-rehat di Waterfront ini kalau rasa penat. Banyak benda yang menarik untuk di lihat disini.
Muzium Te Papa ini amat besar. Rasanya ada dalam 5 tingkat.
Ini di antara gambar-gambar di Muzium Te Papa.
Dalam banyak-banyak benda dalam Te Papa ni, saya sangat rasa kagum dengan rumah ni. Rumah ni bukan biasa-biasa. Bila kita masuk dalam rumah ini, rumah ini akan bergegar-gegar beberapa minit untuk menunjukkan seperti keadaan gempa bumi sebenar.
Orang New Zealand mungkin tak teruja sebab gemba bumi memang lumrah di beberapa tempat di New Zealand.
Dapat kat orang Malaysia, mahu beberapa kali ulang tayang feel-feel macam gempa bumi.
Bagi saya, 2 jam tidak cukup untuk menghabiskan masa di sini. Ianya sangat besar dan sangat banyak untuk di terokai.
No comments:
Post a Comment