Tidak lengkap kunjungan ke Auckland sekiranya tidak melawat
Sky Tower, menara setinggi 238 meter yang merupakan mercu tanda Auckland. Keseluruhan
Auckland jelas kelihatan dari atas menara Sky Tower.
Mudah sahaja nak ke sini kerana sekiranya anda berada di Auckland City Centre (CBD), anda dapat lihat Sky Tower dari tempat anda berdiri, walau di mana jua anda berada.
Bayaran masuk untuk dewasa ialah 28 NZD, kanak-kanak (6-14 tahun) 11 NZD dan ianya percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Malah ada pakej istimewa untuk yang datang sekeluarga dengan pakej yang lebih murah harganya. Anda boleh rujuk di sini www.skycityauckland.co.nz
Kemeriahan Krismas dapat juga dilihat di dalam bangunan Sky Tower, di bahagian lobi. |
No comments:
Post a Comment