“It took hundreds of thousands of years to create the Huka
Falls, one of the most visited natural attractions in New Zealand”
Madah ini saya petik daripada leaflet yang saya ambil dari
kaunter di Huka Falls. Kata-kata ini sudah cukup menggambarkan betapa Huka Falls
amat mempesona dan mengkagumkan. Personally, saya rasa siapa-siapa pun yang ke
North Island, mesti lawati Huka Falls sekali.
Huka Falls terletak di Waikao River, Taupo, North Island.
Waikato River ni adalah sungai yang terpanjang di New Zealand, ia mengalir dari
Taupo.
Saya ke Huka Falls dengan menaiki kereta, jaraknya ialah
kira-kira 3 jam daripada Auckland CBD, melalui State Highway 27 dan State Highway
1.
Sudah beberapa hari saya di Auckland, Spring sudah berlalu
dan kini Summer mulai menjengah New Zealand. Walau cuaca di Auckland mulai panas di siang
hari, namun malamnya masih perlu berselimut tebal. Angin masih lagi bertiup kencang.
Jadi saya meramalkan cuaca di North Island pun begitu juga
kerana jaraknya tidak terlalu jauh dari Auckland.
Pemandangan memang indah sepanjang perjalanan menuju ke Taupo. Ianya tidak bosan. Apa yang pasti,
lembu dan kambing biri-biri adalah lebih banyak kuantitinya daripada manusia.
Sempat saya singgah di local shop semasa dalam perjalanan. Menariknya, kebanyakan yang di jual di sini ialah homemade.
Selepas itu singgah di Wairakei Geothermal Power Station di area volcano di selatan Taupo.
Alhamdulillah akhirnya saya tiba di pintu masuk Huka Falls. Masa di tempat parking, ini kali pertama saya dapat lihat campervan/motorhome yang amat terkenal di New Zealand. Untuk rombongan yang agak ramai dan mahu jimat, anda boleh pilih menerokai New Zeaand secara campervan / motorhome kerana anda boleh tidur dan memasak di dalamnya.
Menariknya, di New Zealand, ada di sediakan tempat-tempat perhentian untuk Campervan / Motorhome ini parking.
Jambatan betul-betul dibina di atas air terjun Huka Falls di Huka Falls Viewpoints.
Air terjun Huka Falls ini terhasil di sebabkan oleh kewujudan mendapan batu volcano yang terbentuk bertahun-tahun lamanya, yang menyebabkan Waikato River yang berkeluasan lebar 100 m, tba-tiba menjadi sempit selebar 20m. Ia mengakibatkan fenomena Natural Hydo Power – iaitu lebih daripada 220,000 liter air melalui kawasan ini per saat.
Subhanallah, masa pertama kali saya lihat Huka Falls, saya sangat kagum dan terpesona dengan ciptaan Allah s.w.t.
Huka Falls mengeluarkan bunyi ngauman air yang deras dan laju. Bayangkan, air sungai yang tiba-tiba mengalir sederhana, menjadi sangat laju kerana berlumba-lumba di lorong yang sempit. Huka Falls seperti air terjun kita di Malaysia, bezanya air terjun di Malaysia mengalir dari atas dan sangat tinggi. Huka Falls tidak begitu. Ianya seoalah-olah seperti sungai yang mengalir amat laju. Sungguh laju. Deras yang amat.
Paling indah, Huka Falls sangat jernih hingga menyerap semua warna yang melaluinya.
Gambar ini masih tidak cukup untuk menerangkan segala.
Bagi yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar adrenalin, boleh cuba kayak/canoe atau sebagainya di Huka Falls |
Huka Falls Viewpoints ini berada di bahagian hadapan. Tidak perlu berjalan jauh dari kawasan parking untuk sampai ke Huka Falls Viewpoints.
Tapi untuk melihat punca dari mana Huka Falls datang, anda perlu ke Spa Park melalui Huka Falls Walkway atau lebih di kenali sebagai Spa Park Taupo. Anda perlukan 1 jam berjalan kaki untuk masuk ke dalam ini. Saya memilih untuk masuk. Rugilah tak masuk, dah sampai jauh-jauh. Bukan senang nak buat keputusan pergi ke New Zealand dan akhirnya sampai di sini.
Selama satu jam berjalan kaki melalui Huka Falls walkway, memang tidak bosan sebab view kiri kanan memang cantik dan indah.
Boleh tengok macam-macam jenis tumbuhan yang tak pernah kita nampak di Malaysia dan melalui sungai yang jernih tetapi nak masuk kena fit juga, sebab kawasannya naik bukit dan turun bukit. Bukannya tanah rata.
Sepanjang perjalanan memang tidak sunyi, kerana kerap terserempak dengan beberapa mat salleh yang masuk melaluinya.
Dalam setengah jam berjalan, di seberang sungai sana tersergam rumah yang comel ni. Sungguh heaven orang yang duduk di sini sebab udara segar, tambahan pula pemandangan memang cantik.
Udara di dalam ni memang sangat bersih. Sungai tidak lansung tercemar.
Dan anda nampak tak jambatan di hujung sana?
Tahu tak apa yang saya jumpa di bawah jambatan itu?
Jeng.. Jeng..
Tara!!!!!
Mat salleh mandi manda. Huhu. Fully utilized sungguh mereka akan air sungai jernih di Huka Falls ini.
Sudah puas saya lepak dan berehat sebentar di Spa Park, saya berpatah semula ke Huka Viewpoints. Perlu menempuhi lagi satu jam perjalanan.
Cuaca agak panas. Pokok-pokok di walkway ni tak mampu melindungi kita dari di panah matahari. Jadi untuk yang pergi pada musim panas, better pakai sun block tebal-tebal sikit, dan juga bawa air yang mencukupi.
Dalam perjalanan pulang, saya terjumpa dengan mamat mat salleh ni. Dia berkayak sorang-sorang kat sini.
Sempat borak-borak dengan dia, dia yang menyapa dulu. Rupa-rupanya dia ni berasal daripada London. Patutla slang dan gaya bercakap dia tak macam Kiwi, tapi macam British pekat. Dia dah bermastautin di New Zealand dan duduk di Taupo ni sejak berumur 30 tahun.
Hebat dia ni, nampak macam muda. Bertenaga sungguh dia berkayak. Sekali bila dia suruh teka umur dia..saya salah teka. Rupa-rupanya dah 80 tahun.(tapi takpe, sebab dia pun salah teka umur saya ha ha ha)
Rasa macam tak percaya, then bila dia buka topi yang dia pakai..mak aiii botak habis. Ada sikit-sikit je rambut. Namun, walau dah bukak topi,tetap tak nampak macam 80 tahun. Macam 60 tahun.
Mungkin sebab dia exercice tiap-tiap hari, buat aktiviti macam ni, hirup udara segar dan pandai jaga kesihatan.
Sungguh. Terus rasa macam...waaa bestnya tinggal kat sini.
Sebelum pulang ke Auckland bersama memori yang indah di Huka Falls, saya singgah sebentar di Lake Taupo dan menjengah pekan sekitarnya. Lake Taupo sangat-sangat tenang dan sangat mendamaikan..
Subhanallah...mmg amazing!
ReplyDeleteSubhanallah..cantik sangat ciptaan..tumpang singgah..nanti baca lg..tgh usha north new zealand 😉
ReplyDeleteYa memang amazing :-)
ReplyDelete