Saya bertuah kerana semasa saya berada di sini, perayaan Krismas menjelang tiba dan bahangnya sudah di rasai seawal sebulan sebelum hari perayaan.
Dapat saya menyaksikan Christmas Parade yang sangat popular di sini, saban tahun ianya di adakan malah di kunjungi oleh segenap penduduk Auckland, malah ada yang sanggup datang dari North Island semata-mata untuk menyaksikan antara acara gemilang bagi penduduk di sini.Dapatlah saya menyaksikan serba sedikit cara mereka menyambut perayaan mereka. Malah dapat lihat penduduk tempatan Kiwi dan New Zealanders.
Awal-awal lagi, penonton sudah mulai berderet-deret mengambil tempat menunggu mulanya acara |
Saya tidaklah seperti mereka, menunggu begitu awal. Sebelum mula acara, saya sempat berjalan-jalan di sekitar dan sempat mengambil gambar.
Series, polis ni memang tinggiiiiiii sangat haha |
Memang menarik saksikan Christmas Parade ini. Banyak sangat maskot dan juga pertunjukan yang menarik. Saya share a few kat sini.
Menarik, bukan sahaja kita dapat lihat parade, kita juga dapat mengenali penduduk tempatan dengan lebih dekat. Ini kerana, susah nak lihat ramai orang di New Zealand. Trust me.
Yang paling membuatkan saya kagum, sejurus sahaja habis acara, tanpa berlengah lagi jentera pembersihan segera menjalankan tugas mereka, dengan cekapnya. Dengan sebersih-bersihnya.
Jika anda ingin merasai kemeriahan sambutan Krismas di Auckland dan juga menyaksikan acara seperti ini, anda harus datang ke sini seperti waktu saya datang ke sini, iaitu lebih kurang sebulan sebelum Krismas.
Jangan datang seminggu dua atau semasa Krismas, ini kerana mereka bercuti dan kedai-kedai banyak ditutup. Christmas Sale seperti yang saya ceritakan di sini http://ijaie.blogspot.com/2015/02/auckland-dress-smart.html juga tiada lagi.
Tambahan pula, tempat percutian banyak yang sesak. Maka harga penginapan / accomodation akan menjadi lebih mahal. Lebih-lebih lagi ia jatuh pada musim summer yang sememangnya semuanya lebih mahal daripada biasa.
salam kenal..
ReplyDeleteparade tu setiap hari ker?
salam..
Deleteparade u satu hari sahaja