Commercial Break

Wednesday, February 18, 2015

NEW ZEALAND - Tips Pengangkutan / Kenderaan / Transportation di New Zealand

Tidak sabar-sabar saya mahu bercerita mengenai pengalaman manis di South Island, kerana sekiranya keindahan North Island memukau mata dan hati, pesona South Island pula terbawa sehingga ke mimpi.

Namun begitu, saya ingin berkongsi dahulu serba sedikit tentang Mode Pengangkutan/Kenderaan/Transportation di New Zealand sebelum saya teruskan dengan cerita tentang pengembaraan di South Island di dalam entri yang seterusnya.

New Zealand mempunyai sistem pengangkutan yang maju dan jalan/road yang user friendly.

Berikut ialah beberapa maklumat/tips pengangkutan / transportation NZ:


1)Domestic Flight/Penerbangan Domestik.

Untuk yang tidak kisah bajet dan mahu menjimatkan masa, menggunakan penerbangan domestik di New Zealand adalah cara yang terbaik untuk pergi dari satu tempat yang lain. 
New Zealand mempunyai bukan hanya satu, malah banyak airport yang menyediakan penerbangaan domestik iaitu di antaranya ialah di;

a)Auckland
b)Chritschurch
c)Dunedin
d)Queenstown
e)Rotorua
f)Wellington

dan banyak lagi.

Syarikat penerbangan utama yang menawarkan penerbangan domestik NZ ialah Air New Zealand dan Jetstar.

SIla klik di sini untuk maklumat penerbangan di dalam New Zealand - - - domestic flight NZ

Anda juga boleh booking domestic flights di sini --- NZ Domestic Flights


2)Perkhidmatan bas juga available dengan harga yang murah untuk perjalanan intercity (contohnya Christchurch-Dunedin, Dunedin-Queenstown, Hamilton-Wellington and a few others).
Perkhidmatan ini boleh di tempah secara online melalui:

a)InterCity Coachlines  (klik di sini)
b)Nakedbus  (klik di sini)
3)Atomic Shuttles  (klik di sini)


Harganya agak murah terutama pada waktu-waktu diskaun / offer .



3)Sewa kereta

Sebenarnya, mudah memandu di New Zealand kerana mereka mempunyai sistem pengangkutan yang maju dan jalan/road yang user friendly.

Memandu disini adalah selamat kerana rakyatnya sangat mengikut peraturan dan polisnya menjalankan tugas dengan cekap.

Jangan pula buat perangai seperti memandu di negara sendiri, amalkan sikap yang sabar dan tunjukkanlah kita orang asia juga berhemah dalam pemanduan.

Jika melanggar peraturan, bersedialah untuk membayar denda yang berharga sekurang-kurangnya 150 NZD. Paling teruk, pesalah lalu lintas boleh di penjarakan.

Ada banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewa kereta:

Kalau nak sewa kereta, pastikan rancang dan susun hari yang nak sewa kereta tu berturut-turut kerana ada syarikat yang menawarkan diskaun untuk  sewaan yang lebih lama. Maksudnya lebih lama sewa, lebih murah harganya mengikut hari.


4) Untuk family yang agak ramai mungkin sesuai sewa campervan/motorhome. Yang seronoknya di dalam campervan/motorhome anda boleh tidur, makan, memasak malah ada yang bersekali dengan kelengkapan tandas di dalamnya  :
c) Backpacker Campervans - http://www.backpackercampervans.co.nc/
d) Apollo Camper - http://www.apollocamper.co.nz/


5) Ingin cuba-cuba naik long distance train services / keretapi dan melalui laluan pemandangan New Zealand yang indah dan mengasyikkan:


Yang pastinya, laluan keretapi ini bukan biasa-biasa. Akan saya gambarkan pengalaman ini di entri kemudian.

Ada juga pakej scenic train bersama feri untuk yang perlu.


6) Perkhidmatan Ferry.
Laluan dari North Island ke South Island atau sebaliknya :
a) Interislander - http://www.interislander.co.nz/
b) Blue Bridge - http://www.bluebridge.co.nz/

Begitulah sedikit sebanyak perkhidmatan pengangkutan yang anda boleh gunakan di New Zealand.

Dengan perancangan awal dan rapi, InsyaAllah anda mampu melalui pengalaman indah dan menikmati pemandangan New Zealand yang mempesonakan dengan pelbagai cara pengangkutan.

14 comments:

  1. assalamualaikum ija....how many days u spend kat nz?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam.

    Exactly 3 weeks both in North Island and South Island

    ReplyDelete
  3. 3 weeks in NZ! Byk yg boleh diterokai...dan rasa mcm masih byk lgik yg boleh di explore....kaaan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sangat-sangat, banyak lagi yang boleh di explore

      Delete
  4. Assalamualaikum..ija pergi travel d new zealand utk 3 minggu ikut pakej ke atau travel sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Tiera, saya pergi sendiri je, tak ikut pakej.

      Delete
  5. Assalamualaikum Puan, saya bakal pergi ke NZ for 1 month in April. Maybe saya boleh mintak few pointers dari Puan.

    ReplyDelete
  6. Assalam ija...nice n good info. Boleh saya dptkan you punya itinerary, accomodation n transport costing...jazakallah cik...

    ReplyDelete
  7. Sorry..my email: hamidalhadi@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Sy coming soon this july ke nz... Pergi sndiri juga...lebih jimat..bila ditotal below 5k all in per head... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, tq for info :-)

    ReplyDelete
  10. Asalamualaikum, kami sekeluarga akan ke NZ July ni dan kebetulannya musim winter. Baca blog adik ni rasa macam sejuknya..even summer apatah lagi winter hehhe. Anyway semoga dipermudahkan.

    Kalau x keberatan boleh x share sedikit sebanyak itenerary adik disana? Terutama di south island sebab kami more to south than north. Jika sudi tlg emailkan kepada saya at norazie.sakimin@gmail.com


    Thanks in advance!
    Nora

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak..boleh check entri last NZ, sy ada share

      Delete
  11. salam.. how much u pay for car's deposit? (any?)

    ReplyDelete