Commercial Break

Tuesday, February 24, 2015

NEW ZEALAND - Pengalaman menaiki Jetstar

Pagi itu saya bangun dari tidur pada pukul 3.30 pagi, sebelum masuknya Subuh pada pukul 4.30 pagi waktu Auckland. 

Alangkah mudahnya di kejutkan oleh sistem tubuh yang barangkali sudah bersedia walau berada di alam mimpi yang enak. Dan juga kerna terujanya hati yang sudah lama bercita-cita mahu menjejakkan kaki ke Pulau Selatan ataupun South Island New Zealand ini.

Kata orang, North Island dan South Island mempunyai kecantikan tersendiri. Ianya ibarat seperti blond dan brunnete. 

Deringan  handphone pun terlewat dalam tugas setianya mengejutkan tuannya yang bangun lebih awal dari kebiasaan. 

Di luar masih lagi gelap. Tepat pada pukul 4.25 pagi, me and my mom sudah terpacak menunggu Supershuttle yang di jangka akan tiba beberapa minit lagi di Symond Street ini. Perkhidmatan ini ditempah melalui SUPERSHUTTLE (klik di sini) dengan rate 29 NZD per pax.

Lebih kurang pada pukul 4.35 pagi, pemandu berbangsa Maori bertubuh besar bersuara garau  tiba dengan van Super Shuttle yang telah di penuhi oleh beberapa orang.

Tujuan mereka semua sama, iaitu mahu ke domestic airport Auckland.


Perancangannya, saya akan ke Wellington yang berada di bahagian hujung Selatan North Island, melalui Jetstar yang sudahpun di tempah lebih awal. Selepas itu saya akan tinggal satu malam di Wellington dan akan ke South Island melalui perkhidmatan ferry keesokan harinya. Saya akan ke Picton dahulu, dan dari Picton saya akan menyambung perjalanan dengan menaiki Scenic Train ke Christchurch.

Ia seakan perjalanan yang panjang, tetapi ianya berbaloi kerana dengan cara ini saya dapat menerokai keindahan New Zealand dengan pelbagai cara pengangkutan.

Semasa saya tiba di Airport, ianya masih belum di buka lagi. Kelihatan beberapa penumpang sudah menunggu di pintu masuk.

Ianya tidak lama, hanya penantian selama 5 minit.
Gambar di ambil setelah pintu di buka dan penumpang yang menunggu telah pun masuk.

Suasana di  Auckland Domestic Airport tidak  sesak. Tenang-tenang sahaja. Orang tidak ramai.


Setelah selesai semua urusan yang tidak lama, kami menunggu disini, pun sekejap sahaja.


Semuanya wajah-wajah mengantuk.


Ini pertama kali pengalaman saya menaiki Jetstar.

Tiket Jetstar Auckland – Wellington (sehala) ini berharga 58 NZD.

Rasa saya, ruangnya agak sempit. Mungkin sebab ianya penerbangan domestik? Saya tidak pasti apakah semua Jetstar sesempit ini? Saya tidak pernah menggunakan Jetstar untuk penerbangan antarabangsa.


Pramugari pramugara ok. Senyuman sentiasa menghiasi bibir.

Penerbangan dari Auckland ke Wellington hanya memakan masa selama 1 jam 5 minit sahaja. Namun, sempat saya tidur sepanjang perjalanan. Sempit macam mana pun kalau dah letih nyenyak aje.

Landing oleh pilot Jetstar ini agak bergegar-gegar. Rasa saya mungkin ianya penerbangan pilot muda atau kerana Wellington sangat berangin?

Pandai-pandai je buat kesimpulan.

Cuaca Wellington yang sejuk berangin dan Airport Wellington yang kecil menyambut kedatangan kami dengan aura Lord of The Rings.



No comments:

Post a Comment