Tajuk di atas telah menerangkan segalanya. Sangat teruja kerana salah satu itinerary destinasi kami pada hari ini ialah The Great Wall atau pun Tembok Besar Cina yang terkenal di seluruh dunia.
Seperti biasa pagi-pagi Kak Mama dah sediakan sarapan. Hari ini sarapan kami ialah Laksa Johor. Laksa Johor memang keistimewaan Kak Mama. Saya dah pernah rasa banyak Laksa, tapi Laksa Johor yang Kak Mama buat memang antara yang terbaik. Sedapppp sangat...bertambah-tambah sampai tak cukup pinggan. Rania yang tak tahan pedas makan laksa semata tanpa kuah pun suka sangat dengan laksa ni. Aduhai..rasa nak terbang ke Beijing sekarang juga untuk menikmati laksa Kak Mama. Kak Mamaaaaa..saya rindu kamuuuu hehehe.
Next entri..tunggu untuk catatan pengalaman di hari yang mengujakan..
No comments:
Post a Comment