Commercial Break

Wednesday, June 4, 2014

Melancong ke Beijing-Day 4- Tempat-tempat shopping yang menarik di Beijing (Yashow Market, Menn Market, Solana & Silk Street)



Alhamdulillah, rezeki lagi hari ini, di hidangkan dengan nasi lemak yang super sedap berserta karipap, menyemarakkan pagi kami hari ini kerana kali ini kami akan pergi bershopping yeayyy!

Frankly speaking, semasa mula-mula merancang mahu ke Beijing, niat di hati ini tidaklah mahu bershopping sakan kerana tujuan utama saya ialah mahu mengenali dan menikmati keindahan dan keajaiban Beijing yang unik. Namun, kami telah di ingatkan oleh Kak Mama awal-awal sebelum kami bertolak ke Beijing untuk menukar duit RM ke yuan dengan secukupnya kerana menurutnya, ramai yang tidak cukup duit sebaik sahaja mula bershopping di Beijing kerana terlampau banyak pilihan dan apatah lagi nilai mata wang Beijing lebih murah hampir dua kali ganda dari pada mata wang Malaysia. Ia membuatkan kaki-kaki shopping atau bukan kaki shopping juga, rasa teruja.

Pagi-pagi lagi dah terpacak di hadapan Yashow market dan sementara menunggu ianya di buka sempat kami meninjau-ninjau kawasan sekeliling.





   

Yashow Market yang terletak di Sanlitun ini adalah syurga bagi pembeli yang suka tawar menawar dan juga antara shopping kompleks utama di Beijing yang menjadi tarikan pelancong.
Di Yashow terdapat pelbagai barangan seperti pakaian dewasa dan kanak-kanak, silk, kasut, barang elektronik,barangan kemas, hiasan dan macam-macam lagi di jual di sini. Terdapat juga perhidmatan yang menawarkan pediacure,manicure dan foot massage.


Antara tempat yang menawarkan pediacure, manicure dan foot massage.
Jom kita lihat gambar apa antara barang-barang yang ada di sini..










Tukar duit dengan amoi yang manis ini.

Lagi, antara shopping kompleks yang telah kami kunjungi ialah Menn Market. Di sini banyak juga terdapat cadar-cadar pelbagai jenis kain seperti cotton, silk dan patchwork. Ada juga barangan seperti pakaian wanita dan kanak-kanak.





Malamnya kami mengunjungi Solana. Nama pun dah sedap, tempatnya pun cantik secantik namanya.

Solana ini ialah shopping kompleks mewah yang berdekatan dengan kawasan kedutaan. Kawasan sekitar Solana ini memang di jaga rapi dan sangat indah. Di Solana inilah banyak barang-barang branded.Ia juga merupakan tempat mat salleh di Beijing melepak pada waktu malam. 









Bila waktu nak jalan balik dah tak larat dah, nak kena dukung. Nasib baik ada mak uda yang tough
         
Tentang Silk Market pula, saya akan ceritakan di entri yang akan datang.

Membeli belah di Beijing memerlukan beberapa tips agar operasi membeli belah akan berjalan dengan jayanya. Kalau nak tahu tips penting semasa shopping di Beijing, sila rujuk sini http://www.ijaie.blogspot.com/2014/06/tips-penting-melancong-di-beijing.html

No comments:

Post a Comment