Rasanya kalau bercerita mengenai pelancongan ke mana-mana, tidak sah sekiranya tidak berkongsi tips agar percutian berjalan dengan jayanya. Kali ini saya akan berkongsi tentang tips untuk bercuti di Beijing:
1)Pertama sekali yang saya paling concern kat Beijing ni ialah tandasnya TIADA AIR. Kebanyakan toilet yang saya singgah di Beijing ni, hanya ada air di sinki sahaja. Oleh kerana itu, ada beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian berkenaan tandas:
a.Bawa botol kosong di sepanjang perjalanan bagi memudahkan isi air di dalam botol di sinki dahulu dan di bawa masuk ke dalam toilet tempat membuang tu. Nak lagi rasa bersih, bawa tisu basah lap punggung baby tu. Dan nak lagi confident, bawa sekali sabun dalam botol, mana tahu tiba-tiba sakit perut, macam tak logik nak suruh tahan kan? Sabun bawa dari Malaysia kerana sabun disini mengandungi alkaline yang boleh mengeringkan kulit. Cuaca di Beijing ni dah lah sejuk dan kering..nanti kulit akan menjadi bertambah-tambah kering lagi.
b. Disebabkan tandas diorang ni tak ada air, jadi ada sesetengah tempat yang tandasnya berbau (tapi tidak di kebanyakan tempat pelancongan disini.) kerana tandasnya sentiasa di cuci.
c. Air paip kat masjid panas. Jadi, sila berjaga-jaga semasa nak ambil wuduk. Especially masa sapu air ke muka.
2) TIPS MEMBELI-BELAH (Ambek..siap tulisan huruf besar lagi). Memang tak sah kalau tak membeli belah di Beijing kerana harganya sangat murah. Ia adalah syurga shopping bagi mereka yang kaki shopping. Even kalau yang bukan kaki shopping pun akan berasa seronok shopping disini. Jadi sila ambil perhatian akan tips ini!
a.Tukar duit siap-siap di Malaysia kerana tukar duit di Malaysia akan lebih untung dibandingkan tukar duit di luar Malaysia, harganya lebih mahal.
b.Kalau boleh tukar lebih dari RM 1,000 kerana apabila tiba di sana kita akan rasa “arghh kenapa aku tak tukar duit banyak sikit”. Believe me. Dah jumpa ramai orang yang macam tu.
c. But still kalau rasa teragak-agak nak tukar banyak duit ke Yuan, boleh juga bawa duit Malaysia, stand by mana tahu tak cukup duit nak shopping apabila tiba di China. Ada juga kedai yang menerima duit Malaysia (tak banyak) tetap harganya kan menjadi susut sedikit. Namun, boleh juga tukar duit di Money Changer.
d. Rata-rata mereka tidak pandai berbahasa Inggeris. Jadi, bawa kalkulator sendiri bagi memudahkan urusan bertanya harga dan tawar menawar. Masa ini peranan kalkulator dan jari amat berkesan sekali.
e. Peniaga di sini suka letak harga tinggi-tinggi yang tersangat tinggi daripada harga asal. Jadi tips yang sangat berkesan yang telah saya, ibu, makcik dan ahli rombongan saya lakukan ini sangat-sangat berkesan untuk mendapatkan harga terbaik:
-Pastikan anda betul-betul mahu beli barang tersebut, sebab sekiranya anda dah tawar tapi tak jadi beli, pastinya akan kena maki hamun dengan teruk. Peniaga di Beijing, mereka tidak peramah, dan agak kasar. Kalau tak rasa nak beli, jangan cuba-cuba tanya atau menyinggah. Kalau kena maki jugak, anggap itu perkara biasa, memang favorite diorang. Kita kena lebih tegar dari mereka.
-Bila dah pasti nak beli, baru tawar sehabis baik, tinggal 25% daripada harga asal pun tak apa. Kalau dia tak mahu bagi, kita buat-buat nak pergi, tak nak beli dan beredar dari situ perlahan-lahan. Nanti dia akan panggil balik dan tanya nak beli dengan harga berapa. Stick dengan harga yang anda mahu, kiranya bila anda nak pergi semula dia dah tak panggil, maksudnya harga tu memang tak rasional. Tapi kalau dia panggil balik, maksudnya harga yang anda tawar tu memang ok.
f.Kebanyakan barang di sini Made in China, jadi ianya bukan original kecuali macam silk, cadar, dan ada sesetengah barang yang memang cantik dan berkualiti. Berhati-hati dan jangan terpedaya dengan kualiti.
g. Kalau boleh masa kat Malaysia tukar duit yuan nilai kecil supaya senang nak membeli. Sebab besar kemungkinan kalau kita bayar guna duit besar, mereka akan bagi baki duit palsu bagi yang perniaga jalanan. Berhati-hati dengan penaga jalanan ini.
i. Ada peniaga yang suka rampas duit semasa sedang tawar menawar, jadi kalau nak beli barang baru keluarkan duit.
3) TIPS kebersihan. Di perhatikan secara keseluruhan, persekitaran Beijing ni kira bersih jika nak di bandingkan dengan KL. Namun, masih kena berhati-hati dengan sesetengah kebersihan terutamanya toilet yang bukan di kawasan pelancongan. Dan lagi, ada certain-certain waktu, udara disini akan jadi sangat berdebu. Kalau rasa macam tak tahan, boleh juga bawa mask untuk cover hidung dan mulut.
4) TIPS makanan-pilih pakej pelancongan muslim kerana ejen boleh bawa ke restoran makanan halal.
a. Makanan di sini nampak macam ada pelbagai variety, tapi agak tidak sesuai dengan selera melayuku kerana makanan mereka kurang pedas dan kurang masin. Hidangannya banyak berasaskan sayur.
b. Kalau rasa tak tahan takut rindu bangat dengan masakan pedas melayu tercinta, dicadangkan bawa sambal goreng, sos cili, garam dan gula untuk bagi makanan rasa lebih sedap.
c. Sila bawak bekal makanan segera dari Malaysia supaya tidak kelaparan sekiranya tak jumpa kedai halal, sebab itu sekiranya ingin berkunjung ke China, amat di galakkan guna ejen.
5) TIPS kelengkapan untuk ke Beijing.
a. Kalau memilih pergi semasa autumn or winter:
Sila bawak baju tebal-tebal termasuk longjohn, jacket/wingbreaker/sweater dan stokin. Kalau rasa berat nak bawak, boleh beli kat sana. Harganya murah sahaja. Dan banyak pilihan berbanding di Malaysia. Bawa glove juga.
b. Tak perlu bawak banyak baju sebab badan tak berpeluh sangat. Cuaca pula kering, maka tiada bau badan yang busuk.
c.Kalau memilih memanjat tembok ciba berkilometer, bawa kasut sukan, lebih mudah.
d.Stand by dengan ubat. Kalau takde ubat terkial-kial nanti nak menerangkan kepada pekedai yang tidak tahu berbahasa Inggeris, silap gaya lain ubat yang di berinya.
e. Jangan sesekali lupa untuk bawa losyen dan pelembab bibir spt vaseline.
f. Jangan lupa bawa Universal Plug untuk memudahkan charge phone, camera dan sebagainya.
Harapannya tips-tips yang di kongsi ini dapat membantu anda semasa bercuti di Beijing.
Untuk travelogue penuh tentang perjalanan ke Beijing sila klik mulai dari sini: http://www.ijaie.blogspot.com/2014/05/melancong-ke-beijing-day-1-perjalanan.html
I'm really impressed with your writing skills and also with
ReplyDeletethe layout on your blog. Is this a paid theme or did you modify it yourself?
Anyway keep up the excellent quality writing, it is rare to see a nice
blog like this one today.
My blog post - Desert Plants
Tq utk perkongsian sis:) jemput visit blog sy juga ya.
ReplyDeletehttp://naziramiswan.blogspot.com
Salam sis. Tq for the info. Cuma saya nk tnya, mcm mana penggunaan internet di sana? Kita kena beli SIM CARD sana ke beserta pakej internt sekali? Tq.. i will wait ur respond.
ReplyDeleteSala sis. Maaf lambat reply. Maaf saya tidak tahu sebab saya tidak menggunakan internet di sana. Tq :-)
DeleteBoleh tahu travel agen yg digunakan?
ReplyDeleteSye guna agent beijing
DeletePerkongsian pengalaman yang sangat menarik...bermanfaat utk mereka yang merancang ke beijing...
ReplyDeleteBoleh saya dapatkan contact no atau email travel agen yang digunakan. Boleh email ke fauziyah.h@gmail.com
ReplyDeleteBoleh saya dptkan contact no atau email travel agen yg digunakan.boleh emailkan ke sdayu2008@gmail.com
ReplyDeleteMr tour guide tu dia dah tak buat tour dah..sy guna tour guide perseorangan
Deletegood info untuk saya yang bercadang nak ke Beijing nanti :D
ReplyDeleteboleh sy tahu brapa harga simcard di sana dan plan data internet?
ReplyDelete