Commercial Break

Wednesday, June 11, 2014

Melancong ke Beijing -Day 5 (Fayuan Mosque, Dr Tea dan Hutong)


Perjalanan hari ke 5 diteruskan dengan bersembahyang sambil melawat antara Masjid yang tertua di Beijing, iaitu Masjid Fayuan.

Masjid Fayuan ini dibina pada zaman Dinasti Ming.

Struktur binaan masjid ini juga menkagumkan kerana ia adalah kombinasi antara Cina dan Arab. Kalau nak tengok contoh masjid tradisional di China, Fayuan Mosque ini adalah antara yang terbaik, kerana itu, ramai pelancong Muslim luar negara berkunjung ke sini.



Masjid ini memang cantik. Bukan itu sahaja, malah ia sangat bersih. Seperti biasa seronok sangat rasanya sebab jumpe air dalam tandas muhehe. Adoi terkinja-kinja. 


Kerusi untuk orang yang nak mengaji atau yang tak mampu sembahyang seperti biasa juga ada disediakan.



Selepas bersembahyang kami ke Dr. Tea. Dr Tea ini ialah kedai   yang bukan sahaja mempamerkan pelbagai jenis teh di China, tetapi mereka menunjukkan pelbagai khasiat berlanan bagi setiap jenis teh kepada kesihatan dan cara unik untuk menikmati setiap jenis teh. Di kedai ini bukan main lagi kami belajar cara dan adab-adab minum teh yang betul. Balik Malaysia kena belajar semula hee.





Tidak terlalu lama di sini, kami kemudian menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu Hutong.

Untuk sesiapa yang benar-benar mahu mengenali budaya penduduk Beijing, Hutong adalah tempat yang sangat sesuai untuk di lawati kerana di sinilah sebenar-benarnya penempatan ataupun kediaman penduduk Beijing dulu-dulu. Perkataan Hutong itu sendiri merujuk kepada 'kejiranan'.

Sejak abad ke 20, bilagan Hutong yang ada di Beijing telah meurun secara mendadak kerana kediaman mereka di runtuhkan untuk memberi laluan kepada bangunan-bangunan yang baru di bina. Hanya baru-baru ini sahajalah kerajaan negara China mula melindungi sesetengah kawasan Hutong untuk mengekalkan sejarah kebudayaan China.






Banyak betul jumpa panda hari ni. Di sini pun ada kedai jual patung panda.


Berhadapan dengan penempatan Hutong ini, terdapat tasik yang indah dan bersih, tenang je airnya.




Banyak betul basikal



Perjalanan hari kelime bukan berakhir di Hutong ini. Tunggu next entri untuk tahu destinasi yang seterusnya.



No comments:

Post a Comment