Commercial Break

Monday, June 2, 2014

Melancong ke Beijing - Day 3 (Ming Tombs)

Hari ini cuaca sejuk dan angin juga masih bertiup sejuk mencengkam sehingga ke tulang. Luarannya nampak macam matahari bersinar, tetapi uniknya matahari tidak terasa panas.

Destinasi pertama sebelum ke Great Wall yang di damba-dambakan ialah kami akan ke Ming Tombs atau Makam Maharaja-Maharaja daripada Dinasti Ming dahulu. Lokasinya agak jauh juga daripada city center. 

Besar betul kawasan Ming Tombs ni. Sangat luas negara China ni, sampaikan tempat bersemadinya Maharaja pun boleh ada kawasan sebesar ini.Jika tidak disebabkan kami duduk rumah Kak Mama dah di hidangkan dengan makanan lazat setiap hari, rasanya 5 kg boleh hilang kot sekali trip. Siapa nak kurus mari datang Beijing ramai-ramai. Jangan bawa sambal dan sos cili. Makanan di sini tidak pedas, jadi untuk sesiapa yang suka pedas, makan tu tidaklah berselera sangat. Boleh slim meh..

Ok, berbalik pada cerita Ming Tombs tadi. Lokasi tempat ini betul-betul terletak di lembah  Tianshou Mountain. Kawasan ini dipilih pada zaman tersebut berdasarkan ramalan Fengshui yang dibuat ketika itu. Ada 13 Maharaja daripada destinasi Ming di makamkan di sini.






Mengikut kepercayaan mereka, patung ini di percayai membawa tuah untuk tempat ini. Banyak lagi fungsinya selain itu. 

Dan sekali lagi, terpamer kehebatan mereka dalam kehalusan senibina...
Senibina yang mengkagumkan


Pokok-pokok di sekitar Ming Tombs ini banyak yang begini bentuknya
Banyak juga kena naik tangga kat sini...sebab mereka percaya lagi tinggi makam, lagi tinggi kedudukan. Tangga pun di buat menyerong begini (cuba tengok tangga ini) agar sesiapa yang naik akan jalan menunduk, tandanya sujud kepada raja. Bila pikir balik, memang teliti betul mereka ni, sampaikan design tangga pun di ambil kira ke tahap begini.
Kena naik tangga untuk sampai betul-betul di kawasan permakamam

Ok, hampir sampai. Di sebalik tembok tinggi inilah terdapatnya makam 13 orang maharaja dinasti Ming. Tinggi sangat tembok ni. Pelawat tidak boleh masuk ke sebelah tembok. Hanya boleh lihat dari sini sahaja.




Nampak tak pokok dibawah ni? Pokok ini sangat tinggi. Tembok itu sudah cukup tinggi, saya rasa 5 kali tinggi saya kot? Tetapi pokok ini lagiiiiiiiii tinggi.

Mari kita zooom kat pokok ini. Yang sangat amazing..pokok ini berusia ribuan tahun. Ya Allah..memang sangat amazing.
Gambar ini di ambil dari bahagian atas. Kebetulan pokok ini ada di sebelah tembok lagi satu, yang berhadapan dengan tembok yang menempatkan makam Maharaja Ming tadi. Di tembok ini, ada di buat jalan atas tembok. Eh korang paham ke? Kalau tak paham meh datang sini..
Daripada atas tembok yang bersebelahan dengan tembok yang menempatkan makam maharaja-maharaja Dinasti Ming ini, boleh nampak kawasan makam tersebut.
Haa inilah dia kawasannya. Di bawah tanah itulah bersemadinya Maharaja-maharaja tersebut.
Dah sampai ke sini baru teringat nak pandang ke kiri dan kanan. Lorrr...takde orang rupanya. Kami satu-satunya rombongan pelancong di sini. Patutla senyap sunyi je..dalam hati baca Ayat Qursi banyak-banyak..tapi takdela seram mana pun. Terang benderang kot. Rasanya tu sebab Mr Tour Guide ni bawa kami ke sini pagi-pagi.

Di atas ni ada view yang sangat cantik rupanya. Sempat kami duduk sini sekejap, menikmati pemandangan gunung-ganang yang cantik. Mana nak sangka boleh bersiar-siar kat maqam Cina wehh..kat Malaysia ada nak buat gitu? Lalu depan naik kereta laju pun baca Ayat Qursi banyak-banyak.
Selepas itu kami melawat Muzium Mini yang menceritakan lagi tentang tempat ini.




Dan pastinya..banyak lagi yang menanti kami di destinasi menarik seterusnya.. ;-) salah satu antara 7 keajaiban dunia iaitu Great Wall.

Tembok Besar Cina, tunggu ya kamu, aku datang.


No comments:

Post a Comment