Commercial Break

Saturday, May 31, 2014

Melancong ke Beijing (Day 2) -(Silk Factory, Summer Palace, Pearl Center, Beijing Olympic Stadium)

Perut yang menjerit minta diisi setelah puas membakar lemak di Forbidden City sebentar tadi, akhirnya bertenang seketika setelah sampai ke destinasi kami yang seterusnya, iaitu sebuah Restoran Makanan Muslim Halal berdekatan Forbidden City.


Keunikan Restoran Makanan Halal di China, para pekerja restoran memakai penutup kepala berupa seperti songkok, tidak kira pekerja lelaki atau wanita, walaupun pekerja wanita tidak memakai tudung.

Tidak pasti apa nama restoran, kerana semuanya di dalam tulisan Cina. Hatta menu sekalipun. Untuk mereka yang tujuan melancong mahu menikmati pelbagai makanan, China adalah negara yang sesuai kerana di setiap restoran yang dikunjungi di sini, kami di hidangkan lebih kurang hampir 10 lauk setiap kali. Ini kerana budaya mereka mengganggap waktu makan adalah waktu penting untuk bersosial bersama keluarga. Kalau sesiapa suka tengok cerita cina di telivesyen, mesti tahu bahawa setiap adegan semasa makan akan di selitkan walaupun sekali dalam kisah yang mereka paparkan di tv. Uniknya juga, kebanyakan lauk yang di hidangkan pasti ada sayur-sayuran terselit bersama. Susah nak jumpa lauk yang tiada sayur. 
Namun begitu, mungkin juga ada sesetengah masakan tidak menepati selera Melayu kerana makanan mereka agak kurang pedas. Kalau rasa tak tahan dengan masakan yang tidak pedas, sila bawa sos cili, serunding, cili, atau sambal dari Malaysia. Berkampung Malaysialah kita dengan segala pemedas makanan di restoran China jika mahu.
Lagi, jika anda tidak biasa menggunakan chopstik, boleh bawa sudu dan garfu sekali, sebab mungkin ada kedai yang menyediakan sudu sekiranya kita tidak biasa menggunakan chopstik, tetapi sudu mereka jenis plastik lembik atau kecil sekali. Rasa tak puas makan gunu sudu kecik kot.

Di restoran ini, makanan yang di hidangkan boleh tahan sedap, cuma kurang pedas. 
Baru teringat nak ambil gambar bila dah makan separuh. Lapar sangat perut dek berjalan tak hengat di Forbidden City.
Selepas makan, sempat menjenguk di lorong-lorong sebelah restoran. Sempit sungguh, belakang tu macam ada rumah-rumah, dan banyak basikal. Mereka ini suka menaiki basikal.

Sebaik sahaja habis makan, kami di bawa pula melawat ke Kilang Sutera. Di sini kami lihat cara-cara pembuatan sutera, contohnya bagaimana ulat Sutera tu boleh jadi kain sutera. Tidak ketinggalan juga alat-alat yang di gunakan untuk membuat kain-kain yang di jadikan daripada ulat sutera.

Dalam botol-botol ni ditunjukkan dan di terangkan satu persatu, daripada baby ulat sutera sehinggalah sutera dewasa. 
Dah sampai kilang sutera takkan nak tengok je kan? Di sini ada juga di jual barang-barang yang di perbuat daripada sutera. Memang sangat berkualiti kain sutera di China ini. Ada cadar, kain, baju dan macam-macam lagi. Jika nak beli kain-kain ela yang boleh buat baju, saya rasa beli di sini kualitinya sangat bagus, tambahan pula harganya lebih murah di bandingkan dengan Malaysia. Untuk barang lain selain kain ela, saya tak pasti , saya rasa harganya agak mahal tetapi kualiti adalah superb.
Kain cadar pun ada jual. Cantik dan lembut sangat. Memnag superb dari segi kualiti, tetapi kami tak beli di sini sebab dah target nak beli kain cadar lain di tempat lain.

Selepas itu, kami ke Summer Palace pula. Summer Palace ini adalah istana tempat Maharani Cixi berehat ala-ala resort sewaktu Musim Panas beratus-ratus tahun dahulu. Yang menariknya Summer Palace ini terdiri daripada istana, bukit bukau, taman dan tasik yang mana tiga per empat daripada keseluruhan Summer Palace ialah terdiri daripada air. Bukit di sini di kenali sebagai Longevity Hill dan tasik yang terdapat di sini ialah Tasik Kunming.

Masa kami tiba di Summer Palace ini, angin bertiup kencang sungguh, terasa sejuk hingga ke tulang walaupun matahari bersinar cerah. Angin yang bertiup menerbangkan tudung yang kami pakai. Seinibina di sini yang wujud sejak beratus tahun dahulu juga sangat mengkagumkan. Terror sungguh Orang Cina ini sejak zaman dahulu. Yang mana yang baik boleh di jadikan ikutan.







Disebabkan angin yang bertiup sangat kencang, semua perkhidmatan menaiki bot ke kawasan Istana Summer Place ditutup kerana agak bahaya menggunakan laluan bot pada ketika ini. Kalau tidak kami dah ke sana. Tiada rezeki kami pada hari itu. Nak buat camner...terpaksa tengok dari jauh jela..
Semua kawasan di sini termasuk tasik ialah kawasan Summer Palace. Nun yang kelihatan ialah bangunan istana. Tadi sebelum tiba di sini, sangkanya ala-ala resort kecil sahaja, rupanya luas terbentang di hadapan mata. 


Seperti biasa ada je Singa ni kat Istana. 



Separuh jalan, saya lihat Mr Tour Guide menurunkan Rania sekejap dan dukung semula budak tu selepas membetulkan beg sandangnya. Saya rasa mesti dia tak sangka Rania berat macam tu. Mesti dalam hati nyesal aku offer haha. (tak baik buruk sangka ekeke)

Perjalanan seterusnya ialah ke Pearl Centre. Di sini di tunjukkan asal Pearl di China dan cara-cara Pearl di hasilkan dan seperti biasa pameran Pearl untuk di jual. Oleh kerana kami orang Malaysia yang dah biasa sangat dengan pearl, tambahan lagi kat KK pun banyak pearl..maka kat sini singgah kejap sangat, tak beli apa2 pun. duit yang di bawa hari ni pun dah di habiskan beli silk cantik tadi.

Pearl Center

Destinasi seterusnya ialah Beijing Olympic Stadium (Beijing National Stadium). Stadium ini mulai terkenal setelah menjadi tuan rumah sukan Olimpik tahun 2008. Ia juga turning point bagi kota Beijing kerana mulai saat tu, Beijing menjadi bertambah maju dan bertambah pelancong membanjiri Beijing.

Oleh kerana berdekatan stadium ini tak boleh parking, maka van yang kami naiki di berhentikan agak jauh sedikit. Anyway tidak mengapa sebab sepanjang perjalanan dari parking ke Beijing Olympic Stadium ni kami boleh menikmati dan lebih mengenali Kota Beijing dari kacamata yang lain.

Unik sungguh. Banyak kenderaan macam ini di Bejing. Saiznya lebih kurang motosikal, tetapi ada cover macam kereta.




Ada pun tulisan dalam Bahasa Inggeris. Kalau tak semua tulisan Cina.



Akhirnya kami sampai di Stadium. Memang sangat cantik reka bentuk stadium ni. Wah tak sangka dapat menjejakkan kaki di tanah yang sama dengan jejak-jejak olahragawan dan olahragawati Olimpik. Ok la tu..tak dapat masuk sukan Olimpik, dapat pijak tanah yang sama di mana sukan Olimpik di adakan kira puas hati..



Lebih kurang pukul 4.30 petang, lawatan kami di hari kedua berakhir. Ia hari yang sangat mengkagumkan. Tak sabar nak tunggu agenda seterusnya nanti.

Nota: Entri Beijing ini bersambung dari entri tempoh hari http://www.ijaie.blogspot.com/2014/05/melancong-ke-beijing-day-2-tiananmen.html

No comments:

Post a Comment