Commercial Break

Monday, June 16, 2014

Melancong ke Beijing - Day 5 (798 Art Zone)


798 Art Zone. Nama pun sudah jelas iaitu ART. Bagi pecinta-pecinta seni, 798 Art Zone ini adalah segala-galanya yang bernama seni.

Nama 798 ini adalah di ambil sempena nama sebuah kilang yang bernama kilang 798 yang telah di bina di kawasan ini sejak tahun 1950-an lagi.

Di 798 Art Zone ini, terdapat segala jenis pameran seni dan terhimpun segala budaya seni bukan sahaja daripada China sendiri malah antarabangsa seperti France, Italy, Britain, the Netherlands, Belgium, Germany, Japan, Australia, South Korea dan banyak lagiDi kawasan ini terdapat galeri seni, studio rekaan, pameran seni, studio artis, kedai-kedai fesyen, dan juga restoran. 

Dengarnya, ramai orang-orang terkenal seperti ahli politik, pelakon, dan celebriti yang tidak melepaskan peluang untuk datang kesini. Perdana Menteri pun ramai yang datang antaranya ialah Perdana Menteri Sweden, Switzerland, Austria, German dan ramai lagi.

Di antara tips-tips untuk berkunjung ke sini ialah:

1)Masa yang di perlukan untuk mengenali keseluruhan tempat ini mengambil masa lebih daripada setengah jam. Itu adalah masa anggaran bagi mereka yang bukan terlalu meminati seni. Jadi kalau anda benar-benar meminati seni, bersedialah untuk memperuntukkan masa lebih dari itu untuk menikmati kunjungan ke sini.

2)Anda boleh naik teksi atau bas untuk ke sini, namun adalah diingatkan bahawa teksi tidak di benarkan untuk masuk ke kawasan ini. Ia akan berhenti agak jauh jika anda menaiki teksi ke sini.

3) Pada malam hari, kawasan di sekitar sini agak gelap, jadi sebaik-baiknya datang ke sini pada siang hari.

Apalagi, sesiapa yang berminat boleh saja berkunjung ke sini. Mari nikmati dahulu gambar-gambar di bawah ini.















 




Seni jalanan

Restoran banyak terdapat di sekitar terutama bagi bukan  
Islam.


Ada juga Islam Beijing yang menjual..



Pendek kata, untuk mengenali budaya unik seni China dan antarabangsa, berkungjung ke sini adalah satu kemestian.

No comments:

Post a Comment